Tiba-tiba aku terkenang pada kenangan... Azahar Rasadi Dan Naida Hazni adalah nama yang tak asing pada aku...Aku mengenali Azahar sejak tahun 1997. Mengenali Azahar melalui Naida Hazni, Isteri kepada Azahar Rasadi.....
Bila aku lihat gambar di atas aku rasa sedih...kerana dalam usia yang muda sahabatku Naida Hazni telah kehilangan suami tersayang. Aku mengenali Naida Hazni, semasa aku masuk ke UiTM pada tahun 1997....Aku rapat dengan Naida kerana tarikh lahir kami adalah hampir sama...Naida lahir pada 10 September dan tarikh lahir aku pada 6 September....
Naida mula berkawan dengan Azahar sejak mereka part 1, macam-macam dugaan dalam hubungan mereka...sehingga mereka telah memutuskan pertunangan mereka....tapi kalau dah jodoh tak kemana....Perhubungan yang terputus disambung semula dan mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 orang cahaya mata....
Naida ..berkerja di UPSI dan Azahar berkerja di RTM....dari dulu lagi aku selalu bertanya...pada Naida " Tak penat ke Azahar berulang alik ke Kuala Lumpur ke Perak"......"dah rezeki di sana"..jawap Naida....
Azahar adalah seorang yang baik dan pendiam...tetapi romantik...heheheeh...tapi kalau marah kemut-kemut muka dia....itu semua adalah kenangan....Kenangan terakhir aku dan suami bersama mereka semasa kami mula mempunyai anak pertama...Kami berkumpul di Kuala Lumpur untuk perjumpaan antara keluarga aku, keluarga Naida dan Keluarga Sya...kerana kami amat rapat makan bersama dan tidur juga bersama...
..sampai sini je...nanti sambung lagi
No comments:
Post a Comment