Monday, March 21, 2011

Modul Induksi - Pengurusan Kewangan Kerajaan

Konsep Pengurusan Kewangan

- Adalah satu proses untuk pembiayaan perkhidmatan awam yang diuruskan oleh jentera pentadbiran kerajaan:

a) Perlu mengikutlangkah-langkah tertentu untuk memperolehi dan mengagihkan sumber-sumber berdasarkan keutamaan-keutamaan.

b) Menggunakan cara-cara dan kawalan-kawalan (perakaunan) tertentu untuk mencapai objekti-objektif kerajaan dengan cekap dan berkesan.


KAWALAN KEWANGAN

Kawalan keatas pengurusan kewangan merupakan satu tanggungjawab yang berat dan tidak boleh di elakkan serta terpenting dalam pentadbiran kerajaan. Menjadi lebih kompleks dan rumit dalam keadaan di mana pertumbuhan hasil dan perbelanjaan negara meningkat.


ASPEK KEWANGAN DALAM PERLEMBAGAAN

  1. Sistem pengurusan kewangan samada di peringkat kerajaan persekutuan atau negeri berlandaskan peruntukan dalam perlembagaan.
  2. Tiada cukai boleh dikutip atau bayaran dibuat melainkan melalui undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
  3. Segala hasil dan punguta wang hendaklah dimasukkan kedalam kumpulan wang disatukan kecuali kutipan zakat, fitrah dan baitulmal

AKTIVITI UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN

  • Mengkaji sumber hasil dan lain-lain sumber kewangan
  • Menentukan cara yang paling optimum dalam penggunaan dan pengagihan sumber kewangan
  • Mengawal Penggunaan Sumber Kewangan ( Elak pembaziran dan penyalahgunaan wang)
  • Penyediaan akaun dan laporan

SISTEM KAWALAN KEWANGAN

  1. Kawalan Dalaman
  2. Kawalan Perbelanjaan
  3. Kawalan Pungutan Hasil
  4. Kawalan Perolehan Dan Stor

PRINSIP DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

2 Prinsip Utama

- Akauntabiliti

  • Bermaksud memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan atau pun kegagalannya

-Legaliti

  • Bermaksud pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang digubal oleh kerajaan

AKAUTABILITI BERHUBUNG DENGA KAWALAN KE ATAS PERBELANJAAN

3 Peringkat utama kawalan

  • Kawalan Parlimen - Parlimen, Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
  • Perbendaharaan
  • Kementerian/Jabatan

5 PERINGKAT LEGALITI

  1. Terimaan wang awam
  2. Simpanan wang awam
  3. Pengeluaran wang awam
  4. Bayaran wang awam
  5. Perakaunan wang awam.

No comments:

Post a Comment