Thursday, December 20, 2012

Garisan hati..

Setiap hari ku ukir garisan dihati
Setiap hari disimpan menjadi kenangan..
Menjadi rahsia hati...
Adakala garisan itu melukakan hati
Hingga berdarah...

Tapi kucuba untuk terus mengukir
Biar pun garisan terputus kerana darah
Tapi akan kusambung semula
Biar bagai tali yang teruntai dihati

Garisan hati ....
Menjadi rahsia
hanya yang memiliki tahu ertinya...

Monday, November 26, 2012

Sebatang Pen

Berangkai kata dan ayat ditulis
Sebatang pen yang menyimpan segala coretan
Adakala disayang dan adakala dibuang
Dipungut semula dan disimpan

Sebatang pen
Kalau diberi rasa....
Akan pandai bercerita
Cerita sedih dan cerita gembira

Adakala akan terasa bila tidak dihargai
Adakala akan menjadi perhiasan almari.
Sebatang pen yang bermakna ...
Adalah pen yang berbakti...
Yang sentiasa diguna, dan dicari oleh empunya diri

Walaupun harganya tidak mahal dan tidak secantik yang lain
Tapi kerana baktinya
Dirinya sentiasa menjadi sebutan......

*** Bila rasa nak bermadah..dia tak boleh nak tahan...kene terus tulis....tak kisahlah orang faham atau tidak yang penting aku suka dan faham...********

Di sudut Kamar hati

Hati manusia selalu di usik
Ada kala resah dan adakala rindu
Ada kala marah adakala sayang
Tak keharuan bila disentuh
Tapi adakala terhempas kebatu...
Berderai..

Kamar hati menyimpan kenangan
Kenangan disimpan di sudut yang paling dalam
Tapi adakala bila pintu kamar dibuka
Deruan rindu menjelma

Tak tertampung oleh hati
Dibuai bayu dan adakala terleka
Dan terus leka
Tapi....bila pintu hati diketuk....
Tersedar dari lamunan
Dan kenangan di sudut kamar
Hanya akan menjadi perhiasan
Perhiasan di Sudut kamar hati yang paling terpencil
Dan yang paling dalam.....

Pemeriksaan oh Pemeriksaan ....

Dah lama tak buat pemeriksaan untuk "follow up" di hospital dan klinik....Hospital dan klinik dan banyak kali call tanya bila nak datang..Aku pulak asyik tukar tarikh tak habis habis....

Aku tak tau kenapa kerja aku ini membataskan aku untuk membuat pemeriksaan...Aku tak salahkan sesiapa pun kerana aku yang tak isi borang cuti.... entahlah... cuma aku nie malas nak menjawab banyak soalan yang mendatang kot....

Sejak akhir-akhir nie...aku rasa badan aku tak berapa sihat...selalu sakit di bahagian bawah rangka kanan..tapi aku nie saja je ambil positif.....dengan memesongkan fikiranku kata aku nie tak buat senaman ...tu sebab sakit je... hehehe tapi sebenarnya aku tahu sebab kenapa jadi begitu....Kalau aku ingat-ingat kan aku akan rasa sedih.... dan tiada rasa untuk seronok bekerja....

Yelah....hanya kita sendiri yang membahagiakan diri sendiri walaupun kita tahu adakala kita senyum dalam tangisan tapi...untuk meneruskan hidup.... membahagiakan diri sendiri adalah perlu....

Adakala aku rasa sakit...lagi lagi angkat barang berat...sekarang nie nak angkat Adam pun dah tak larat...Nampak je badan aku nie comel ..gebu tapi aku taksekuat mana pun....Kalau dulu almari 3 pintu ...aku sorang je boleh alihkan....aku pasrah dengan ketentuan Allah S.W.T...

Tapi sebagai manusia biasa aku juga takut dan tak tahu sehingga mana penghujung cerita aku ini....Semakin hari aku semakin takut....sampai mana penghujung aku...Penyakit ini telah mula menunjukkan perubahan kearah keaktifan.... aku mula takut....

Kalau Allah nak ambil nyawaku aku harap jangan biarkan aku sakit lama-lama...kerana aku tak sanggup nak dengar orang kata....Aku juga manusia biasa bila orang lain memperkatakan mengenai  penyakit orang lain adakala aku juga terasa....

kadang-kadang aku rasa biar kita tak tau sakit kita...sekurangnya kita tak dibelenggu....tapi adakalanya aku rasa ada baik kita tahu sakit kita kerana Allah S.W.T sayang kat kita dan beri kita peluang untuk mengubah diri kita kepada yang lebih baik.

Ya Allah... berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidup dengan sihat.....untuk membahagiakan orang -orang yang aku sayang.... kerana mereka semua telah banyak berkorban untuk menyayangi diriku.........

Hari demi hari apa yang aku inginkan telah menjadi kenyataan...aku bersyukur pada Allah...kerana aku telah dapat membahagiakan keluargaku...walaupun aku penat dan aku terpaksa sembunyikan rasaku tapi aku tahu mereka gembira...

Cuma sebelum aku pergi ..sekurangnya ada bekalan untuk anak-anakku....dan yang pasti aku TAKUT!

Thursday, November 22, 2012

Terlalu cepat masa berlalu

Hari hari yang aku lalui terasa terlalu cepat ...tidak sempat aku menghitung hari ...tup tup dah hujung tahun....Tapi aku rasa...anak-anak ku tidak dapat bermesra dengan aku..Balik rumah anak dah sibuk buat kerja sekolah ...kadang-kadang tu mereka dah tidur...

Semalam...bila aku balik rumah...anak sulongku memelukku dan berkata " ibu kakak dah besar"... emmm dalam diam aku bersetuju kerana dia telah berada sama tinggi dengan bahuku... Aku sedar aku selalu memeluk mereka tapi aku tak peka dengan pembesaran mereka... kerja dan kerja...

Tapi nasib aku baik aku mendapat cuti dan dapatlah aku menunaikan  impian anakku ke Langkawi. masa kat sana bukan nak kata mengikut kehendak anak ..tapi  aku memberitahu mereka aku sibuk bekerja dan bila ada cuti kita akan bercuti bersama....Sepanjang 1 minggu tersebut aku dan suami melayan kerenah anak-anak tanpa memarahi mereka hehehe...Layannnnnn........




Anak permata hatiku....

Aduh....Lupa je....

Aku selalu lupa...lupa nak tutup seterika... lupa nak tutup lampu...lupa dengan kerja-kerja...Aku tahu ini semua berlaku kerana disebabkan simptom penyakit aku...bila aliran udara tidak sampai ke otak...simptom ini amat-amat kerap berlaku...tapi aku amat-amat bersyukur kerana suami aku amat memahaminya...Cuma bila di tempat kerja ...aku akan menjadi kalut bila sesuatu yang aku lupa...waaaaaa!!!!!!!! sampai bos kat opis nie pun dah perasan kepelupaan aku nie...

Aku redha dengan kelemahan yang aku ada...dan aku cuba juga untuk menyegerakan kerja-kerja yang diberi...tapi bila dah kerja tu melambak-lambak...tu yang adanya aku terlupa....Aku tahu..untuk mengurangkan kadar keterlupaan tu, tulis...kat buku nota ...untuk ingatan ...aku selalu buat dan selalu juga lupa nak tulis heheheh!!!!!

Yang paling kelakar.....dalam aku bercakap tetiba aku boleh lupa apa yang aku cakap..siap tanya pulak "apa yang saya cakap tadi" hehhee.

Artikel ini aku dapat dari sebuah blog tah apa nama aku dah lupa ...tapi apa-apa pun untuk  ingatan diri sendiri ...mungkin artikel ini dapat membantu dan ingat mengingati untuk diri sendiri dan orang lain.

Disini aku ada 3 sebab boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa:


1) Pemakanan

Kita akan menjadi pelupa apabila polar pemakanan yang salah diamalkan. Makanan yang berminyak dan berlemak akan menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit dan ini menyukarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh terutama ke otak sehingga tidak dapat melakukan kerja secara optimum (atau lebih mudah sering menjadi pelupa).


Caranya mudah, hanya perlu mengikut gizi makanan yang seimbang dan perbanyakkan makanan yang mempunyai vitamin B dan C untuk mencergaskan pemikiran disamping perlu melakukan latihan mengingat.



2) Terlalu Fokus Pemikiran dan Perhatian

Fakta ini kukuh kerana kesibukkan dan rasa cemas membuatkan kita mudah lupa. Mengapa ini berlaku? Jika terlalu fokus kepada sesuatu perkara yang menakutkan dan mencemaskan serta negatif pada otak secara berterusan. Ini akan menyebabkan semakin sedikit energi yang ada pada otak untuk dilokasikan bagi mencari maklumat di otak.

So apabila kita dalam keadaan stress atau tertekan, cuba tenangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam, cuba kawal fikiran supaya berfikiran positif. Sekiranya takut ada perkara penting yang kita lupa, so buatkan list jadual harian kita. Zaman semakin canggih, dalam Hphone pun dah bleh buat list, ada to do list dan berbagai aplikasi lain lagi. Serta yang lebih penting buat latihan mengingat.


Macamana nak wat latihan mengingat??? - dalam paperkan banyak teka silang kata, selain itu ada game sudoku yang baik untuk mengingat. ada juga petua mudah, ingat setiap no plat kereta yang melintasi kita,kalau xleh semua no blakang pun jadi..ini sekadar latihan...



3) Kurang Bersenam Fizikal

Rutin melakukan senaman bukan hanya baik pada jantung malah baik untuk pelancaran peredaran darah keseleruh badan terutama otak kita. Untuk mengoptimumkan penggunaan otak, oksigen yang ckp dari arteri diperlukan sepaya otak dapat bekerja secara maksimum. oleh itu senaman dapat membantu kita. Sekiranya kita jarang melakukan senaman, ini merupakan salah satu punca menyebabkan kita mudah lupa.



Antara saranan senaman yang boleh dilakukan oleh anda ialah dengan berjalan secara cepat serta banyakkan berjalan(kurangkan berkenderaan atau park kereta jauh2 dari tempat yang dituju), jongging, renang, berbasikal serta senaman aerobik selama lebih kurang 30 minit untuk melancarkan perjalanan darah.



Tip ringkas mengatasi masalah pelupa:

- Perlu mempunyai dairi untuk menulis setiap perkara yang perlu dibuat, jgn hanya bergantung kepada otak semata2.

- Lebih teliti dalam menguruskan barangan. Letakkan barangan yang diperlukan setempat agar tidak mudah terlupa.

- Jangan panik atau kesal sekiranya tertinggal barang, sekiranya anda semakin panik ini akan membuatkan anda akan menjadi semakin pelupa..AWAS!!!!

- Kembalikan pada tempatnya - ini merupakan suatu perkara yang sukar dilakukan tetapi ini dapat mengurangkan sifat pelupa kita apabila kita dapat letak kembali sesuatu barang pada tempat yang selalu kita letak.

- Mengulang - Sering mengulang apa yang perlu diingatkan dan dihafal sepaya kita tidak terus lupa. Contohnya ingat dalam hati 'hari ini aku perlu ke bank' untuk beberapa kali supaya tidak mudah lupa.

- Minta pertolongan - sekiranya sukar lagi mengingat, anda boleh meminta tolong daripada rakan, atau pasangan anda agar mengingatkan anda.

- Jangan Menunda - ini perkara paling penting, sekiranya boleh dilakukan segera sesuatu perkara itu harus dilakukan dengan seberapa segera dan jangan menunda. Ini akan menyebabkan penyakit ini lagi mudah menular dalam diri..


Selain itu perkara yang paling2 penting bagi yang beragama Islam iaitu kembali kepadaNya dengan berdoa..antaranya doa penerang hati :






Sama-samalah kita beramal dan berusaha sesungguhnya Allah sentiasa menyukai orang yang sering berusaha dan beramal kepadanya...



Thursday, October 18, 2012

Susahnya Mencari Sahabat


Telah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia, suka bermasyarakat dan berkawan. Setidak-tidaknya bermasyarakat dan berkawan itu secara terpaksa kerana keadaan kehidupan manusia itu memaksa manusia itu bermasyarakat dan berkawan. Manusia itu tidak seperti malaikat atau haiwan atau pokok kayu yang boleh hidup bersendirian kerana keadaan manusia itu tidak mungkin boleh mengusahakan sendiri setiap keperluan-keperluan kehidupan mereka.



Pengalaman atau realiti kehidupan manusia itu telah memberitahu kepada kita bahawa ada sebahagian kehidupan kita, orang lain yang mengusahakannya. Sepertimana juga sebahagian kehidupan orang lain, kita yang mengusahakannya. Ini berlaku sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Secara disedari atau tidak disedari. Justeru itulah manusia cenderung kepada bermasyarakat atau berkawan.



Namun demikian di akhir zaman ini, di antara perkara yang susah hendak dicari, bahkan hampir mustahil untuk didapati ialah mencari sahabat. Untuk mencari kenalan adalah mudah. Nafsu dan sifat yang ada di dalam diri manusia itu yang kadangkala menjadi punca payah hendak bersahabat atau setelah bersahabat, pecah semula kerana perangai negatif masing-masing.



Sekalipun mudah mendapat kenalan sekampung, kenalan disebuah sekolah, kenalan dalam sebuah darjah, kenalan di tempat kerja, kenalan di dalam sebuah jemaah atau kenalan sepermainan, tetapi untuk mendapat seorang sahabat pun amat susah sekali.



Bersahabat tidak sama dengan berkawan. Berkawan itu ikatan di antara manusia yang agak longgar. Mungkin kawan sepermainan sahaja. Diikat oleh permainan yang sama. Mungkin kawan sekerja. Di luar waktu kerja, tidak lagi berkawan. Sekadar itu sahaja. Mungkin kawan separti. Di luar parti, tiada kawan lagi. Mungkin kawan senasib. Apabila nasib sudah tidak sama, hilanglah kawan. Masing-masing membawa nasib. Selepas itu tidak ingin pun hendak bertemu lagi.



Memang untuk mendapat seorang sahabat amat payah. Terlalu sulit. Buktinya dari pengalaman kita, sama ada diri kita atau orang lain, tidak ada yang dapat berkawan dengan seseorang itu berpanjangan. Adakalanya kita boleh berkawan waktu sama-sama bersekolah di sebuah sekolah. Selepas habis persekolahan, tidak pun ingin bertemu.



Waktu sama-sama di tempat kerja, kita rapat dengan seseorang. Selepas berpisah, sama ada tukar tempat kerja atau pencen, tidak ada pun satu sama lain ingin bertemu lagi. Kalau bertemu pun secara tidak dirancang dan diduga.



Adakalanya kita berkawan rapat dengan seseorang. Selepas dia berkahwin atau kita berkahwin atau setelah sama-sama sudah berkahwin, hilang kawan. Tidak ada pun minat hendak bertemu dan berjumpa. Jauh sekali terasa rindu-merindui, hingga hubung-menghubungi, ziarah-menziarahi dan berimemberi. Tiada lagi hadiah-menghadiahkan, tolong-menolong dan bantu-membantu.



Ertinya susah sekali kita melihat seseorang itu bersahabat dengan seseorang sampai ke hujung. Yang sempadannya adalah mati. Sekalipun sudah menjadi lumrah atau budaya, selalu sahaja seseorang itu berkata:

Dia ini sahabat saya.



Sebenarnya apa yang diperkatakan itu bukan sahabat, hanya sekadar berkawan. Ikatan kawan longgar. Ikatan sahabat itu kuat. Ikatan kawan hanya luaran atau dari luar saja seperti berkawan kerana bersama memancing atau bersama memikat burung. Boleh jadi juga berkawan kerana sama-sama memperjuangkan nasib yang sama, seperti sama-sama menjadi ahli di dalam kesatuan buruh dan lain-lain. Apabila nasib selesai atau tidak dapat diselesaikan, masing-masing membawa diri. Tidak ada ikatan lagi. Selepas itu adakalanya tidak pernah bertemu satu sama lain. Sudah tidak tahu-menahu lagi hingga sampai mati.



Mengapa berkawan tidak mahu kekal?Di mana salah dan silapnya?

Sedangkan fitrah semula jadi setiap manusia memang suka berkawan atau cenderung berkawan. Kerana hidup bersendirian tanpa kawan, banyak cacat dan kesusahan yang dihadapi manusia. Manusia yang banyak kawan, lebih ceria dan riang hidupnya daripada orang yang hidup bersendirian. Sebab itulah tabiat manusia suka berkawan. Walaupun begitu manusia ini selalu sahaja dapat kawan dan kemudian hilang kawan. Kawan silih berganti. Payah hendak kekal hingga mati.



Mengapa? Ada beberapa sebab.

Di antaranya:

1. Berkawan itu ada kepentingan peribadi.

Sama ada kedua-dua orang yang berkawan atau salah seorangnya ada kepentingan peribadi. Mungkin berkawan kerana kekayaan orang itu, atau kerana kekuatan orang itu yang mana kalau ada musuh, boleh tumpang berlindung atau menumpang pengaruhnya. Apabila tujuan tersebut sudah tiada lagi, berkawan sudah tidak diperlukan lagi.



2. Berkawan dengan sebab seagama, sebangsa, sekaum, sekampung, senegeri dan lain-lain.

Berkawan apabila bertemu dengan orang yang satu kaum atau satu kampung atau satu negeri atau satu bangsa atau seagama (walaupun agamanya tidak dipraktikkan) di negeri atau negara lain yang asing pada mereka. Di waktu itu mungkin mereka tidak boleh sesuaikan diri di segi agama,bahasa, bangsa atau budaya di situ. Maka di waktu itu mereka amat rapat berkawan kerana satu sama lain perlumemerlukan lantaran sama-sama berdagang di negeri atau di negara orang. Setelah berpisah atau setelah sama-sama balik ke negeri sendiri, walaupun bertemu tetapi hubungan rapat sudah tiada lagi.



3. Kawan kongsi

Berkawan kerana berkongsi berniaga atau berternak untuk hidup. Selama berkongsi bolehlah berkawan. Apabila sudah tidak berkongsi lagi, satu sama lain sudah macam orang lain sahaja. Tidak serapat dulu.



4. Kawan seasrama

Berkawan waktu sama-sama duduk di asrama. Kebetulan pula berkongsi di dalam satu bilik atau duduk di pondok pengajian di dalam satu bangunan. Sama-sama memasak dan mentelaah. Setelah habis pengajian, berkawan sudah tidak berlaku lagi. Seolah-olah macam kenalan biasa walaupun masih selalu bertemu.



5. Berkawan kerana takut

Berkawan kerana duduk di satu kawasan yang banyak berlaku jenayah. Oleh kerana takut bersendirian maka terpaksa berkawan. Setelah jenayah sudah tiada atau masingmasing berpindah, masing-masing membawa diri. Kalaupun masih boleh bertemu tetapi tidak serapat dahulu.



Mengapa berkawan seperti yang digambarkan tadi tidak pernah kekal? Mengapa berkawan tidak berpanjangan?

Tidak kekal berkawan secara itu kerana ikatan tidak kuat. Ia diikat oleh perkara luaran. Diikat oleh keperluan semasa. Diikat oleh keadaan yang memaksa. Ia bukan dijalin oleh ikatan hati yang mempunyai akidah yang sama, ada hubung kait dengan Tuhan yang kekal abadi dan untuk kepentingan kedua sahabat yang berkekalan hingga sampai ke Akhirat.



Dengan kata-kata yang lain, ia bukan ikatan hati dua orang yang berkawan kerana Allah Taala. Orang yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah pun kerana Allah Taala. Suka dan benci pun kerana Allah Taala.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Tiadalah dua orang yang saling cintamencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya."



Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah. Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Mereka bersahabat kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Biasanya sampai mati.



Bersahabat seperti ini mendapat perlindungan di Mahsyar dari Allah Taala yang mana hari itu tidak ada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Cinta kasih-Ku terlimpah di atas mereka yang berkasih sayang kerana-Ku. Akan Kunaungi mereka di bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana pada hari itu tiada naungan melainkan naungan-Ku."(Riwayat Abiddunya)



Orang yang benar-benar bersahabat ada beberapa peringkat:

1. Sahabat secara umum

Iaitu sahabat yang berada di dalam satu perjuangan Islam atau di dalam sebuah jemaah Islam yang bercita-cita menegakkan Islam di dalam kehidupan individu, rumah tangga, masyarakat, negara dan seterusnya alam sejagat.



2. Sahabat secara khusus

Sahabat secara khusus iaitu orang yang bersahabat dengan lebih mendalam lagi kasih sayang dan ikatan jiwa satu sama lain. Selain daripada diikat oleh sahabat secara umum, ditambah pula kerana ada cita-cita bersama menegakkan Islam.



3. Sahabat yang dipersaudarakan

Sahabat ini lebih mendalam lagi kerana mereka ada membuat perjanjian antara satu sama lain. Bersaudara seolaholah adik-beradik satu keturunan, dari satu ibu dan ayah.Itulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW di kalangan para Sahabat.



Lanjutan daripada kisah mempersaudarakan para Sahabat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, baginda sendiri mengambil Sayidina Ali karamallahu wajhah sebagai saudaranya. Setelah Rasulullah mempersaudarakan Sahabat-Sahabat Ansar dan Muhajirin,



Sahabat-Sahabat Ansar pun berkata: "Harta benda kami (tanah dan kebun tamar), kami akan bahagi-bahagikan di antara mereka."



Apabila Sahabat-Sahabat Ansar memungut hasil kebun kurma, mereka membahagikan hasil pungutan itu kepada dua bahagian. Salah satu bahagian lebih banyak dari bahagian yang satu lagi. Sahabat Ansar pun meletakkan pelepah-pelepah kurma di bahagian bawahnya sehingga bahagian yang sedikit itu nampak lebih banyak daripada bahagian yang banyak tadi. Mereka pun memberi bahagian yang kelihatan sedikit (tetapi pada hakikatnya inilah yang lebih banyak) kepada saudara mereka, orang Muhajirin dan mereka mengambil bahagian yang mengandungi pelepah kurma itu.



Hal ini berterusan sehinggalah Islam semakin kuat dan mendapat banyak harta lalu Rasulullah SAW telah menawarkan kepada orang-orang Ansar harta-harta itu sebagai membalas budi mereka. Sebaliknya Sahabat-Sahabat Ansar menolak sambil berkata, "Tidak, melainkan tuan membahagi-bahagikannya sama rata dengan saudara-saudara kami (orang Muhajirin)."



Ada seorang Sahabat Ansar bernama Saad bin Rabi` telah dipersaudarakan dengan Sayidina Abdul Rahman bin Auf. Saad berkata, "Ya saudaraku, aku adalah orang yang paling banyak mempunyai harta di Madinah, maka lihatlah olehmu kepada hartaku dan ambillah sebanyak mana yang kamu inginkan. Aku juga mempunyai dua orang isteri, lihatlah mereka, siapa di antara keduanya yang engkau sukai, aku akan menceraikannya untukmu."



Akan tetapi Sayidina Abdul Rahman tidak sanggup menerimanya lalu berkata, Allah memberkati kamu, harta dan keluarga kamu. Tunjukkan aku arah ke pasar."Lalu dia ditunjukkan jalan ke pasar dan Abdul Rahman bin Auf pun berniaga sehingga mencukupi keperluan hidupnya.



Oleh itu, bersahabat besar ertinya. Kerana itulah Rasulullah SAW memanggil pengikut-pengikutnya dengan perkataan Sahabat. Padahal di dalam bahasa Arab ada perkataan lain yang makna lahirnya agak sama, misalnya zamil atau rafiq. Tetapi erti sahabat lebih mendalam dan mesra. Erti sahabat, orang yang sentiasa mengiringi kita, sentiasa ada di samping kita atau selalu berdekatan dengan kita. Erti mengiring atau sentiasa di samping atau berdekatan dengan kita itu, bukan erti luaran sahaja. Bukan sekadar lahiriah sahaja tetapi batinnya sekali. Seperti mengiringi dan mendampingi hati kita. Dekat dengan hati kita. Dengan kata yang lain, seseorang sahabat itu sentiasa memerhati dan memikirkan kehidupan lahir sahabatnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, situasi tempat tinggal, sakit pening, susah payah dan pendidikannya.



Bahkan dia juga sentiasa memahami psikologi atau batin sahabatnya seperti tentang perasaan, kegemaran, kebencian, kesukaan, kemarahan, siapa orang yang dia suka dan siapa orang yang tidak disukainya. Bahkan kenal anak isteri, keluarga, sahabat-sahabat dan musuhmusuh kepada sahabatnya itu.



Perlu kita faham itu semua agar dapat kita berkongsi sama dengan sahabat, suka duka, masalah, kemahuan dan kebencian mereka. Agar perkara-perkara yang mereka perlukan bantuan, kita bantu. Manakala yang perlu dijauhi, sama-sama kita hindari dan jauhi. Jika perlu nasihat, kita beri nasihat. Apabila kita bersahabat, kenalah jaga perasaan mereka.



Selain itu kalau kita bersahabat dengan sesiapa, kita kenalah jujur dan amanah serta bertanggungjawab terhadap mereka. Sepertimana kita berlaku jujur, amanah serta bertanggungjawab kepada diri kita, begitu jugalah tanggungjawab kita kepada mereka dan keluarga mereka. Kita kenalah jaga mereka macam kita menjaga diri dan keluarga kita.



Kalau begitu di antara syarat-syarat kita bersahabat ialah:

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.

2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.

3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.

4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.

5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.

6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.

7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.

8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.

9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.

10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.

11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.

12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.

14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.

15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.

16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.

17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.

18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.



PERINGKAT ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SAHABAT

Oleh kerana orang yang bersahabat itu tidak sama satu sama lain di dalam menunaikan tanggungjawab terhadap sahabatnya, justeru itu bersahabat itu ada beberapa peringkat:

1. Golongan orang soleh

Iaitu seseorang sahabat terhadap sahabatnya sekadar dapat memberi tanggungjawabnya kepada sahabatnya apabila diminta. Apabila sahabat itu memerlukan sesuatu, kalau dia tahu, (sama ada dia tahu sendiri atau sahabatnya memberitahu atau ada orang lain memberitahu) dia akan membantunya. Dengan kata-kata yang lain dia akan membantu, memberi, menolong sahabatnya di waktu sahabatnya memerlukan bantuannya.



2. Golongan muqarrabin

Iaitu seorang sahabat dapat memberi tanggungjawab terhadap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya dibahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yang dia dapat, maka separuh untuknya dan separuh lagi untuk sahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap nikmat yang dia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh daripadanya iaitu sama banyak atau dibahagi dua.



3. Golongan siddiqin

Iaitu seseorang itu lebih mengutamakan sahabatnya daripada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan ayat Al Quran:

Maksudnya: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, dia sanggup membahayakan dirinya demi keselamatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu."



Dalam setiap hal dan keadaan, dia mesti mengutamakan sahabatnya lebih dahulu daripada dirinya sendiri. Sebagai contoh, kalau di dalam masa yang sama dia dan sahabatnya sama-sama memerlukan duit, maka duit itu akan diberi kepada sahabatnya. Kalau dia memerlukan kenderaan, sahabatnya juga memerlukan kenderaan, maka kenderaan itu akan diberi kepada sahabatnya. Kalau ada makan minum, di waktu itu dia memerlukannya, sahabatnya juga memerlukan, maka makan minum itu akan diberi kepada sahabatnya.



Golongan ini lebih menyayangi sahabatnya daripada diri sendiri. Kalau dua orang yang berkawan tidak termasuk di dalam salah satu sifat daripada tiga peringkat atau kategori golongan tadi, dua orang tadi belum boleh dianggap sebagai orang yang bersahabat. Hanya sebagai kenalan atau kawan biasa sahaja. Belum boleh lagi dipanggil sahabat mengikut ukuran Islam.



Kesimpulannya, orang yang bersahabat kerana Allah, besar sekali keuntungannya di Akhirat.

Kebaikannya, mari kita dengar apa kata Al Hadis.



1. "Kasihilah siapa sahaja di bumi ini nescaya akan mengasihi kamu sesiapa sahaja (malaikat) yang di langit."



2. Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat kepada manusia lain (termasuk meratakan kasih sayang)." (Riwayat At Tabrani)



3. Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam Syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti."



4. Hadis Qudsi menyebut:

Maksudnya:

Cinta Kasih-Ku patut diperolehi mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling bersilaturrahim kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dikurniakan kepada mereka yang nasihat-menasihati kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dicurahkan kepada mereka yang kunjung-mengunjungi kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling memberi kerana-Ku. Mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku dan pada jalan-Ku, (mereka) berada di atas mimbar- mimbar di hari Kiamat dari cahaya suatu kedudukan yang diinginkan oleh para nabi, para siddiqin dan para syuhada." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim dan Al Qudha` ie)



Daripada Hadis yang telah dinyatakan tadi, orang yang bersahabat kerana Allah Taala itu ada tiga perkara yang mereka perolehi:

1. Dikasihi oleh Allah dan seluruh penghuni langit.

2. Mendapat keredhaan Allah serta ganjaran pahala dan kurnia yang besar dari Allah.

3. Mendapat perlindungan Arasy di hari Akhirat.


UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA



Petikan : Portal Mukmin






Percaturan Hidup

BERJUANG UNTUK MENENTUKAN KEHIDUPAN ATAU PASRAH SEGALANYA....

Hidup ini umpana percaturan
Selagi terdaya, berjuang seadanya
tapi bila kecundang pasrah semuanya...

Langkah demi langkah disusun atur
Penuh strategi, penuh dimensi
Medan pertempuran menjadi realiti
Hanya takdir penentu ilahi...

Percaturan papan catur dapat dilihat
Tapi percaturan hidup manusia ditentukan tuhan
Sejauh mana manusia itu perlu berjuang
Berjuang untuk kejayaan hidup
atau
pasrah bagai mengikut gelombang ....

Perjuangan hidup perlu diteruskan
Selagi nyawa dikandung badan
Tapi jika itu ukiran tuhan
walaupun usaha telah ditentukan....

Thursday, August 2, 2012

Rainbow Cake by Dorie Greenspan

Rainbow Cake by Dorie Greenspan


 used 6 inch pan. The result? Stunning looking cake!

Rainbow Cake



Adapted from Dorie Greenspan


Ingredients

2 1/4 cups cake flour

1 tablespoon baking powder

1/2 teaspoon salt (omit if u’re using salted butter)

1 1/4 cups milk or buttermilk (I used buttercream)

4 large egg whites

¾ cup sugar (I cut the sugar. The recipe calls for 1 1/2 cup)

2 teaspoons grated lemon zest - (I didnt add any of this)

125gm unsalted butter, softened (It was supposed to be 120gm, but I was too lazy to weigh it correctly)

1/2 teaspoon pure lemon extract - (I didnt add this too)

Gel or powder food coloring

2 tsp vanilla essence (The is no vanilla essence in the recipe, but I added it and the cake taste fabulous)



1. Preheat the oven to 375 degrees F and put a rack in the middle or upper third of the oven. Butter two 5 inch pans and line with buttered parchment paper.

2. Sift together the flour, baking powder, and salt. In another bowl, whisk together the egg whites and buttermilk. I whisked the mixture using hand for about 1 minute.

3. Cream the butter and sugar in a mixer on medium speed for a full 3 minutes until very light and fluffy.

Beat in half of the egg-buttermilk mixture, then flour mixture, then the last of the egg-buttermilk mixture, and finally the last of the flour, beating until the batter is smooth. Beat the entire batter on medium high for two minutes until completely smooth and mixed.

4. Divide the batter in 6, dye each batter with different colour. Bake 20 minutes, rotating halfway through, or until a thin knife inserted in the middle comes out clean. Cool in the pans five minutes, then turn out onto a cooling rack. To ensure moistness, once the cakes are cooled, wrap immediately and chill.



For the Cream Cheese Frosting:

4 ounces butter, at room temperature

4 ounces cream cheese, at room temperature

4 ounces mascarpone cheese, at room temperature

1 cup powdered sugar

1 tablespoon vanilla extract



To make the frosting: Using the whisk attachment, whip the butter and cheese on high speed for about 5 minutes, scraping the bowl down as necessary. Reduce the speed to low and slowly add the powdered sugar until all is incorporated. Add the vanilla and mix to combine. Increase the speed to medium high and whip for a few minutes until the frosting is light and fluffy, scraping the bowl as necessary.



Monday, June 11, 2012

Angin...

Berdiri dijendela....
Lalu tiupan angin menerjah dipipi....terasa beku...terasa sayu...
angin..angin...oh..angin...
Pabila kau bertiup sepoi...
Aku terada rindu...

Pabila kau bertiup kencang...luruh rasa hatiku
Siulanmu...menbangkitkan rasa..membangkitkan jiwa...
hatiku lara ...tapi aku pasrah...

Wahai angin ..bertiuplah..
Bersiullah lagu syahdu...
Biarkan air mata ini gugur...
Biar titisan menjadi ingatan.....
Biar sendu beralun irama....

Ingin ku terbang bersama angin ...
Ingin ku rasa sentuhanmu...
Walaupun tak dapat digenggam...
Tapi aku dapat merasa kehadiranmu...


Tak Perlu Hadir

Aku tahu..kau ingat aku...
Tak perlu hadir dihadapan ku ...
Tak perlu tanya khabar beritaku....
Kerana aku ada jalanku dan kamu ada jalanmu yang perlu disusuri

Jalan kita simpang yang berlainan
Aku ada jalan, selekoh dan juga ranjau yang perlu aku lalui....
Aku tak perlu tahu jalan bagaimanakah yang engkau tempuhi...

Antara kita adalah jauh berbeza...
Aku tak perlu kamu...jangan kamu hadir lagi dihadapanku...
Biar aku dengan cara aku dan kamu dengan caramu

Apapun aku...mohon maaf kerana...aku manusia biasa
Tak lekang dari kesilapan dunia
Aku...ingin hidup bahagia
Kamu ada kehidupan yang perlu kamu kecapi....
Pergilah...jangan kamu menoleh lagi ...

Apa yang aku mahu...lupakan aku...



Aku adalah aku..

Aku tahu niatmu murni untuk aku berubah...tapi aku tidak mampu untuk mengikut caramu...Aku dengan caraku sendiri...untuk aku selesaikan segalanya....Aku rasa sedih kerana...tidak memahamiku...tapi aku tahu ...kau tak perlu untuk memahamiku....kerana siapa aku???????

Hatiku sayu je sejak akhir akhir nie dah tu berdebar debar lak tu....ishhhhhh napa lak....tapi apa yang aku rasa...menjadi kenyataan.....apa yang aku fikir. ...datang terbang kepadaku umpana burung...cepat...

Tak berani untuk terus berfikir kerana semakin aku berfikir semakin dekat ceritera itu akan berlaku....Ku alir rasa resahku..tapi rasa sayu tetap terperangkap dalam pernjara hati... Bila hati ini sakit... hati bagaikan dihiris hiris dengan pisau yang paling tajam....


Thursday, June 7, 2012

.........???......

Apa yang aku tulis ini adalah untuk aku luahkan rasa...rasa sedih yang teramat yang tak dapat aku luahkan....aku tahu aku bukan terbaik tapi aku berusaha membuat apa yang aku mampu...aku berterima kasih mendapat suami yang memahami  aku....semakin hari aku berasa pelik...aku cuba untuk memahami apa yang di rasa tapi......dia juga perlu ada hati untuk melihat dan memahami....fizikal seorang manusia..yang tidak seperti robot...

Ya...Allah... walaupun aku dapat lihat kekuasanmu..di bumi yang nyata ini tapi kenapa manusia tidak pernah sedar.....lagi-lagi hari ini...walaupun dah jam 8.00 pagi bulan masih timbul di langit...sedangkan matahari telah mula menyinar...

Aku tahu manusia akan berubah ...bila bila masa sahaja yang dikehendaki...tapi aku berharap berubahlah seperti dulu ...tidak seperti sekarang....aku faham tiada manusia yang sempurna...didunia ini tapi sekurang-kurangnya fahamlah manusia seperti aku ini...

Bukan niat untuk mengajar...bukan niat untuk mengata tapi hati aku benar-benar terasa... aku tak mahu air mata ini gugur di tempat yang tidak sepatutnya......tapi aku juga perlu mengalirkan arus rasa aku..tapi bagaimana...dengan siapa....?????

Yaaa Allah...lindungilah aku...bantulah aku...untuk meneruskan hidup ini...

Tuesday, April 24, 2012

Pembedahan CAPSO

Dah 2 kali tertangguh untuk aku membuat pembedahan. Maksudnya dah 2 kali hari jumaat tertangguh.. Jadi bila untuk kali ketiga dan pembedahan ku jatuh pada hari Jumaat juga ...aku memberitahu kepada Doktor yang akan membedahku ...harap-harap tidahk ditangguhkan...

Pada kali pertama masuk hospital dan pada pagi jumaat  aku telah siap dengan baju putih untuk menunggu kebilik bedah...masa tu ..degupan jantung tak tentu arah...berdegup kencang sepanjang masa ...jam bergerak dari satu jam ke satu jam sehingga pukul 3.00 petang aku dimaklumkan pembedahan ku ditanguhkan 2 minggu lagi.... waaa rasa nak menangis kerana Allah saja yang tahu penanti ku adalah satu penyiksaan tapi aku redha kerana apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya....pada masa tu tetiba perut ku rasa amat lapar..yelah puasa tak berniat. Tanganku dicucuk jarum untuk laluan air untuk masuk ketubuhku....diam tak diam dah 2 botol air masuk ketubuh....Lepas makan aku pun keluar dari hospital walaupun lega tapi aku akan menanti masa untuk pembedahan  juga...

Dalam masa 2 minggu itu fikiranku bercelaru semua kerja dipejabat jadi tak tentu arah... macam macam yang  aku rasa resah, takut dan bercampur baur perasaan ku ini... 2 mingu kemudian....aku dimasukkan semula kehospital untuk kali kedua....pada masa itu aku dimaklumkan doktor bius yang aku mahukan tidak akan berada semasa pembedahanku dijalankan...ditukar kepada Doktor Siti...Walaupun aku tahu Doktor Siti itu juga adalah pakar bius tetapi hati ku ini tetap mahukan Doktor Anuar yang membius aku...tapi yelah aku bukan boleh memilih Dortor apa yang aku mahukan...kerana pembedahan kali pertamaku telah ditanguhkan .....masa itu memang Doktor Anuar yang akan membius aku....Bukan apa sepanjang aku menjejakkan kaki di Klinik Bius, aku di beri perkhidmatan nasihat dan penerangan oleh Doktor Anuar, Aku dimaklumkan bahawa Doktor Anuar adalah Ketua Pakar Bius, aku diminta untuk berjumpa dengan dia....pada kali pertama membuatkan aku dan suami berasa amat berdebar...

Semasa Doktor anuar memberi penerangan lidahku amat kelu untuk bertanya sedangkan aku nie adalah orang yang paling kuat bertanya kalau jumpa doktor...hehehe bukan apa bila pakar dah bercakap aku rasa yakin dengan peneranganya itu walaupun masa tu aku berfikir serius sangat ke sakit aku nie...kenapa sampai  nak jumpa ketua pakar??? tak cukup ke kalau jumpa doktor pakar je???? Tapi bila dah jumpa Doktor Anuar dan beliau meminta aku membuat segala ujian termasuk CT Scan ..dan berjumpa dengan beliau 2 minggu lagi ....selepas semua urusan ujian dijalankan aku berjumpa semula dengan Doktor Anuar...temujanji antara aku dan doktor jam 9.30 pagi tapi kerana ada kes kecemasana di ICU, temujanji telah bertukar jam 10.30 pagi.. tak pelah biar aku tunggu doktor tu... tepat jam 10.30 pagi Doktor Anuar tiba di Klinik Bius...pada mulanya aku ingat beliau memang bertugas diklinik tersebut...rupanya beliau datang ke klinik tersebut semata-mata temujanji dengan aku...lagi lah rasa cemas...dah lah minta buat pelbagai ujian...lepas tu aku jadi pesakit yang tak sama dengan orang lain...

Lain-lain pesakit jumpa pakar yang sediaada di klinik bius tersebut....setelah dilihat segala ujian yang telah dijalankan Doktor menyatakan kemungkinan aku akan dibius secara fiber optik atau bius penuh biasa...Penerangan demi penerangan aku dengar dengan teliti...apa pun keputusan aku terima dan akan membantu untuk memudahkan pembedahan dilaksanakan...Pada masa itu Doktor Anuar memberitahu bahawa jangan risau dan beliau akan berada semasa aku membuat pembedahan....Aku rasa yakin dengan nasihat dan penerangan doktor...

Kali kedua masuk ke hospital......
Aku dimaklumkan...aku adalah orang ke 3 untuk pembedahan pada hari tersebut...seperti sebelum ini aku telah memakai baju putih untuk pembedahan....tunggu dan terus menunggu dan bila jam telah ke pukul 11.36 pagi  aku diminta bersedia...masa tu aku rasa aku tak bersedia langsung..Masa tu tetiba rasa nak menangis...memang menangis pun sepanjang aku tilolak ke dewan bedah... takut sangat ...samapai kat dewan bedah aku dah terpisah dari suamiku...rasa sedihnya....dahlah sejuk... tunggu punya tunggu punya tunggu sehingga aku tertidur didewan bedah yang sejuk itu... tetiba aku terkejut jerana ada kes kecemasan yang perlu dibuat pembedahan segera...tetiba Doktor datang kepada ku dan memaklumkan pembedahan aku ditangguhkan....masa tu aku lihat jam dah pukul 2.00 petang....aku amat terkejut dan hanya mendiamka diri....tapi aku tahu kenapa aku tidaka dibedah kerana perkara lain...aku redha..... dengan apa yang berlaku...aku sedikit pun tak marah ...cuma perasaan aku je yang tak tentu arah...petang tu aku keluar wad semula...emmm 2 botol air lagi dah masuk dalam badan...dalam masa tu...berat badanku dah naik 2 kilo..tak sangka ...pulak orang susah hati turun berat badan nie..susah hati naik berat badan ...mungkin ke sebab air dah masuk 4 botol dalam badan aku nie hehehe....

Untuk menanti 2 minggu di masukkan semula ke hospital kali ketiga.... aku meneruskan kerja-kerja ku...walaupun kurang fokus tapi aku perlu selesaikan kerja-kerja ku...waaaaaaaaa.....semua keluargaku bertanya tak pernah sampai 2 kali tertangguh.Penat nak jawab....

Pada 12 April 2012 aku dimasukkan k ehospital semula untuk kali ketiga hehehe....masa nie dah tak de perasaan.... masa jumpa Doktor Iszuari ( Doktor yang akan membedahku) aku memberitahu kali nie doktor jangan nak tanguh lagi...masa tu mulut aku nie macam mak nenek...doktor senyum je ...dan beliau memaklumkan bahawa pakcik yang membuat pembedahan lama sebelum ini telah meninggal dunia...masa tu tetiba je aku rasa terkedu, masa nenunggu untuk masuk ke wad .. aku dan suami leka dengan melayari internet masing-masing  , tiba tiba kami di tegur dengan ucapan salam...bila kami mengankatm uka rupa-rupanya doktor Anuar...ia juga terperanjat apabila aku tangguh pembedahan...dia ingat pembedahanaku telah selamat...Masa tu aku berkata bahawa esok semasa aku menjalani pembedahan, boleh tak doktor berada disana...ia menyatakan Insyaallah dia akan ada dan akan membiusku...masa tu keyakinan ku datang semula...

Keesokannya 13 April 2012  lebih kurang jam 11.40 pg aku ditolak didewan bedah....Semasa menunggu didewan bedah...Doktor Anuar datang dan memberi penerangan apa yang akan berlaku selepas pembedahan dan ia menasihatkan aku tenang.Aku cuma anggukkan kepala.Penerangan Doktor Anuar jelas sekali. Apabila aku di tolak di bilik bedah ...ada seorang Doktor yang tak tahu apa namanya..telah bertanya sesuatu dan masa aku menjawab tiba-tiba aku berasa sebak sangat dan ia menyatakan semua itu adalah kehendak Allah...S.W.T...aku tahu dan redha..aku tak pernah menyalahkan sesiapa....kerana bagi aku apa yang terjadi telah ditentukan Allah...

Bila aku dibaringkan dikatil pembedahan, Dr Izsuari perkenalkan diri sebagai Doktor yang membedahku dan Doktor Anuar yang akan membiusku...Bila Doktor yang aku lupa apa namanya ...menyuruhku mengucap...dan masa tu aku dengar Doktor Anuar memberitahu ku bahawa  dia akan mula membiusku...bila ubat buis masuk ketubuhku melalui tangan aku tetus tidak sedarkan diri....Aku mula sedar bila aku Di PAKU....ICU...pembedahan ku selam 2 jam..tetapi aku tidak sedarkan diri selama 4 jam...bila aku sedar aku terasa tidak selesa dan aku tak tahu kenapa tindakan refleks untuk mencabut salur pernafasanku..tiba-tiba aku terdengar ada orang yang memegang tanganku dan memberitahu jangan mencabut salur tersebut....tiba-tiba aku teringat segala pesanan Doktor Anuar...Satu persatu nasihat darinya aku terasa seperti dia ada berada dekat dengan ku...aku ikut segala pesanannya dan alhamdulillah aku tidak meronta dan aku rasa tenang bernafas menggunakan salur tersebut....lebih kurang jam 6  petang salur tersebut dicabut darimulutku dan aku lebih kurang jam 6.45petang akui dimasukkan ke wad...Alhamdulillah semuanya selamat....

Hari hari yang aku lalui selepas pe,mbedahan amat memeritkan...tekak dan lelangitku terasa amat sakit....sehingga nak telan air luir pun sakit....aku berada di wad selama 8 hari...Setiap hari Pakar bedah datang melihat keadaanku...termasuk Dr.Iszuari dan dolktor vijay yang kuat bercakap hehehe.Doktor ISzuari pendiam dan tersenyum je..oleh kerana dia yang bedah aku,...setiap hari aku membuka muliutku untuk dilihat oleh beliau...Aku lebih yakin...dia yang lihat dari Doktor biasa kerana dia yang bedah jadi dia yang tahu apa yang berlaku dalam mulut ini ...aku sendiri tak tahu apa dah jadi....Walaupun sakit aku disuruh untuk makan agar cepat sembuh...Aku pobia untuk bercakap dan makan....sekingga hari ini aku rasa masih susah untuk menelan makanan walupuin dah 13 hari berlalu.

Aku besrsyukur kerana aku selamat dalam pembedahan ini...aku berterima kasih pada doktor..Aku dimaklumkan lepas nie ada tindakan susulan yang aku perlu lakukan semula untuk memastikan pembedahan ku ini benar-benar berkesan... dalam masa 13 har ini aku telah turun berat badan sebanyak 8 kilo...huhuhuh...




Friday, April 6, 2012

Antara Ibu Dan Bibik

Tadi masa berbual dengan bos, dia ada menceritakan pengalaman dia yang mempunyai bibik...aku  hanya mendengar sahaja ...yelah aku tak ada pengalaman hidup bersama bibik tapi apa pun zaman sekarang macam-macam cerita mengenai bibik yang aku dengar dan aku lihat..

Jika dulu semua kerja rumah dibuat oleh ibu, ibu membasuh,ibu memasak, ibu menjahit dan semuanya ibu yang buat..tapi sekarang semua bibik yang buat. bibik membasuh, bibik memasak, anak tido dengan bibik dan semuanya bibik..sehingga anak-anak zaman sekarang lebih betah memanggil bibik dari ibu sendiri.

Bila lihat dalam TV, cerita melayu zaman sekarang kebanyakannya ada watak bibik... bibik memain peranan penting dalam rumahtangga. Yelah ....taraf hidup semakin maju dan meningkat dan bibik bukan dianggap sesuatu kemewahan tetapi sesuatu keperluan.

Kebanyakan pasangan zaman sekarang adalah bekerja, meninggalkan anak di taska dan yang berkemampuan akan mengambil bibik untuk mengasuh dan menjalankan tugas dirumah. Bila aku teringat semula.. pada awal perkembangan anakku untuk membesar, anak-anakku suka bila ada bibik yang melayan mereka tetapi bila mereka telah pandai membaca dan mula memahami rentak kehidupan, mereka mula takut dan tidak mahu dijaga oleh bibik...

Ini semua berlaku apabila bibik yang pada awalnya bekerja untuk mencari rezeki tetapi niat itu telah terpesong dek kerana kawan-kawan dan mereka ingin bebas umpama burung diangkasa. Memang bekerja sebagai bibik, hidupnya tidak bebas dan mereka sentiasa dikawal....tetapi jika tidak dikawal mereka ini juga akan menjadi lupa daratan.

Tetapi bila dilihat dari sudut lain pula hubungan bibik dan anak-anak majikan adalah rapat. Itu semua bergantung kepada keikhlasan bibik tersebut bekerja.. Jika bibik sayang pada kanak-kanak, kanak-kanak juga akan sayang pada mereka..

Bila semua bibik yang buat, nama bibik sentiasa melekat dihati dan bibir anak-anak, tapi tahukah kita kekadang si ibu terasa sedih dalam diam kerana bibik berada tangga teratas dihati anak-anaka sendiri. Mereka lebih selesa bibik yang menguruskan mereka dari ibu sendiri. Mereka rasa selamat berada dengan bibik berbanding ibu sendiri. tapi patut ke kita nak marah bibik kalau perkara sebegini berlaku? Tidak adil..untuk memarahi bibik dan sepatutnya kena berterima kasih kerana menjaga anak kita dengan sebaik mungkin.

Itu semua salah kita, bila balik kerja dah penat, semua keperluan anak kita minta bibik uruskan. Bila anak merengek nak tidur dan kita sibuk dengan kerja kita, kita minta bibik tidurkan anak kita. Bila difikir semula kesian pada anak-anak itu, kerana mereka ketandusan kasih sayang ibu dan bapa sendiri maka mereka beralih arah untuk menyayangi orang luar yang tidak dikenali iaitu bibik....

ala..dah mengantuk nak tido dulu nantisambung k...




Lamanya Tak Menulis...

Rasa lama sangat aku tak menulis...rasa rindu pada blog sendiri tapi kekangan masa yang terlalu padat dengan tugasan dan kehidupan harian membuatkan aku tersepit sendiri.

Tiada yang pelik dalam dunia ini...semua yang berlaku mungkin ada sebabnya cuma aku sendiri sahaja yang tak tahu.. hari ini aku rasa sedikit gembira..aku sendiri tak tahu kenapa ..tapi ok kot sebab tiap -tiap hari aku akan rasa kusut je...Walaupun aku sedang meniti hari untuk dibedah tetapi kali ini aku rasa tenang tak macam hari tu gelabah tak tentu pasal...heheheeh....yelah tak ada siapa pun yang tak takut bila dibedah...luka kat jari sedikit pun dah mengaduh...inikan pula nak buat pembedahan..Insyaallah aaku akan membuat pembedahan pada 13 April 2012. Aku berharap semuanya berjalan dengan lancar..

Bila hati rasa tenang...mood nak menulis pun mula datang...tapi bila kusut memanjang nak tengok blog sendiri pun tak ada perasaan.

Ok lah nanti sambung lain kali.



Monday, January 16, 2012

Syukur....Alhamdulillah

Sebaik sahaja balik dari check up di klinik...hatiku berdebar-debar....dalam dua tiga hari ini  hati ku resah tak menentu.... hati mula  berfirasat ...tapi seperti biasa aku tak pernah percaya ...ialah takut ..kalau salah kata hati aku jugak yang kecewa.....

Sampai je kat office aku pun pergi kelaman web JPA dan aku terus buka bahagian peperiksaan .....dan bila aku melihat keputusan peperiksaaan yang lalu...dan didapati aku lulus......heheeheeeee Alhamdulillah...tapi pada awalnya aku  tak percaya....takut salah tengok..aku pun memanggil maslinah kerani kewangan untuk mengesahkan ...hehehe bukan apa ....manalah tau mata aku nie blur......bila disemak memang sah aku lulus ........aku pun tersengih macam kerang busuk ....tapi sedih jugak kawan sepejabatku tak lulus kedua dua s subjek.....tak pelah usaha lagi ye din......

Bila aku kenangkan kisah disebalik peperiksaan nie ...malu pun ada...kerana selepas aku menduduki peperiksaan, aku rasa tidak yakin dengan kertas undang undang yang ku ambil.....ini kerana aku berasa penat dengan kerja harian sehingga aku tersalah send mesaj pada bos.....peristiwa itu membuatkan aku rasa terlalu malu dan telah menukar telefon....
Dan hari ini aku gembira dengan berita yang ku terima dan bersyukur pada Allah s.w.t. Amin.

Saturday, January 14, 2012

Tahun 2012

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2012. Masih dibulan januari kan hehehe......Punya sibuk macam perdana menteri la pulak....Tapi apa yang aku pasti masa tidak akan menunggu aku....aku perlu selari antara masa dan aku....

Tahun ini juga dah bermula SBPA....dan aku perlu positif dengan apa yang bakal aku tempuhi...walaupun kekadang hati rasa terguris...tapi kerana sesuap nasi yang halal aku perlu teruskan....

Apa yang aku harapkan semoga kesihatan dan rezekiku bertambah baik pada tahun ini amin...