Tuesday, November 16, 2010

Perasaanku...

Dah lama aku tak menulis rasa rindu tapi apakan daya ..kerja-kerja harian ku semakin banyak....Aku seronok untuk bekerja cuma yang tidak seronok adalah orang yang berada disekeliling ku...Tapi dah lumrah kehidupan, kita tidak boleh memilih cuma kita perlu melalui liku-liku kehidupan...

Liku yang aku lalui semakin banyak...adakalanya aku sendiri tidak sabar dengan keadaan....susah untuk aku luahkan dan aku takut kesabaran aku ini tidak terbendung dan akan mengundang sesuatu yang tidak diingini....YA Allah tabahkan hati ku menempuh semua dugaan ini.

Kepada kawan-kawan ku....kita ada hati.... memang kita patut jaga hati sendiri tetapi adakalanya hati yang lain juga perlu kita pahami......

Tuesday, May 18, 2010

Nor Adam Danish

NOR ADAM DANISH BIN NOOR AZMY

Nor Adam Danish telah selamat dilahirkan pada 12 April 2010, jam 7.32 Malam.Adam adalah anak ketigaku...emmmm pada awal kandunganku aku merasakan bayi yang aku kandungi ini adalah anak perempuan ...hehehe...Maka dengan itu semua persiapan kearah barang-barang perempuan...setiap kali aku scan, aku bertanya kepada doktor jantina anakku...tetapi doktor menyatakan jantina tak nampak...maka aku pun terus membuat andaian anakku adalah perempuan....sebab masa kandungan aku sebelum ini juga seumpana begitu.....

sehinggalah aku dimakkan ke hospital kerana bayiku kurang gerak ..baru aku mendapat tahu bahawa bayiku adalah lelaki...aku bersyukur dan apabila aku memberitahu suamiku...suamiku terkejut dan gembira...kerana kedua-dua anakku sebelum ini adalah perempuan....Diwaktu itu kandunganku telah mencecah 8 bulan lebih...Selepas aku keluar dari hospital aku terus membuat persediaan dengan membeli baju-baju lelaki untuk anakku yang bakal lahir...hehehe...

Aku sepatutnya due pada 9 April 2010, tetapi terlebih hari...pada masa itu kandungan kutelah menjangkau 40 minggu 3 hari....pada malam 11 April ...aku terasa seperti ada air yang keluar...banyak tapi tidak terasa sakit...memandanggkan aku perlu ke klinik padda keesokkan harinya aku mendiamkan diri sehingga keesokkan harinya... Pada isnin 12 April aku keklinik dan jururawat mendapati berat badan aku turun mendadak sebanyak 1.4 kg dalam masa 1 minggu....dan jururawat mengarahkan aku ke poliklinik Umbai untuk berjumpa Doktor dan membuat imbasan...setelah imbasan dijalankan didapati air ketuban telah pecah....dan aku terus ke Hospital.....Sampai di hospital ....aku terus di masukkan ke Kamar bersalin...tapi aku tak rasa sakit....dari jam 10.30 pagi sehingga 4.00 petang aku tak rasa sebarang kesakitan...jam 4.30 petang doktor memeriksaku dan memecahkan air ketubanyang masih tertinggal....kemudian baru aku berasa gesa untuk bersalin....Alhamdulillah aku selamat bersalin Nor Adam Danish setelah 4 kali dimasukkan ke hospital dengan berat 3.6kg dan panjang 53cm.

7 hari aku di Hospital kerana Adam didapati kuning dan mengalami kekurangan kromoson X iaitu G6PD...5 hari adam di Nursery...dan aku di wad...bersalin..aku sengaja tak mahu tinggal di Nursery kerana aku tak sanggup melihat Adam dicucuk dan menangis....Setiap hari aku akan ke Nursery sebanyak 3 kali dengan di temani oleh suamiku....masa yang ada diwad aku habiskan untuk memahamia apa itu G6PD...selain bertanya pada doktor dan jururawat..internet juga menjadi meneman aku...untuk maklumat yang aku cari.....Alhamdulillah aku semakin faham apa itu G6PD ...dan sekiranya ada yang aku tak faham aku akan bertanyakan kepada Doktor yang aku kenali dan juga doktor ditempat kerja suamiku....

Alhamdulillah Adam sihat walafiat dan sekarang telah berumur 1 bulan lebih.....semoga Adam menjadi anak yang sihat,soleh,cerdik dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.Amin.......






Friday, February 12, 2010

Aku menghitung hari.....

Hari ini datang kerja sedih amat sangat...tapiaku kene teruskan kerja-kerja aku...almaklumlah esok dah mula cuti panjang......

3 hari lepas aku pergi klinik....bila aku membuat ultrasound...doktor menjangkakan aku akan melahirkan anakku pada 28 Mac 2010...Aku terkejut kerana sangkaan aku anakku akan lahir pada 9 April 2010....Emmmmm..ini kerana aku belum membuat apa-apa persediaan lagi untuk menyambut kelahiran anakku ini.....Biasanya aku akan bersalin awal dari jangkaan tarikh doktor...itu yang membuat aku risau.....

Apa lagi.....dah 2 hari nie aku rasa penat sebab balik kerja terus shopping barang untuk anak dalam kandunganku ini....ini pun ada yang tak siap lagi....petang nie balik nak beli kain untuk membuat....balutan bakul pampers, tong sampah dan tempat letak ubat.....

Memang dah menjadi kewajipan aku setiap anak yang lahir akan aku buat yang baru....Dulu yang pertama warna peach, yang kedua warna merah dan yang ketiga warna purple.... itu termasuk dengan kelambu berbunga dan selipar yang yang di tambah bunga untuk cantik.....heheheh...aku gak yang pakai sebenarnya bukan orang lain.....

Tapi bila aku fikir semula.....persediaan macam nak kawinkan anak......tapi itu semua untuk keselesaan dan kepuasan aku....Anak yang bakal dilahirkan ini jarak dengan anak yang kedua adalah 3 tahun lebih...jadi semua barang kakak dia aku dah sedekah kat orang ....satu pun tak tinggal..jadi aku kene beli semuanyabaru....tak pelah setiap anak ada rezekinya masing-masing....

Emmmmmmmmm....hujung bulan nie nak balik ke singapore ....takut tak lepas je...harap tak ada apa yang berlaku......Siti kahwin.....barang hantaran dia ada yang tak siap....nak beli bunga lagi pun masih tak sempat...tengok lah hujung minggu nie ke.....dah siap semua senang hati aku....

Semoga aku melahirkan anak dengan selamat.....Amin

Kursus Internet Marketing

Semalam ...aku pi kursus Internet Marketing anjuran K-Ekonomi.....5 Orang pegawai yang terlibat dalam kursus tersebut, termasuk aku....

Iyelah sekarang nie kan semua pakai internet ...untuk pemasaran ...dan kursus semalam mengajar cara-cara bagaimana nak pasarkan barang atau perkhidmatan yang ada didalam internet.....best gak..tapi kursus tu lebih kepada ceramah  dan akan jadi lebih best lagi kalau di buat dalam bentuk bengkel dan mengajar kami semua....cara buat E-book ke ....

Tapi apa-apa pun aku dapat gak tau pengalaman orang yang berjaya kerana internet...dari suka-suka dan sekarang berjaya...Aku tertarik dengan JUTAWANEMAS....walaupun ringkas tapi flow kejayaanya nampak....

Yelah...tapi kita mesti ingat apa pun yang kita lakukan bukan terus berjaya...ada jatuh bangunnya yang penting kita minat dan tidak putus asa ......

Kepada sesiapa sahaja yang berminat menjalankan perniagaan internet atau apa jua perniagaan ...mesti bersabar kerana tak semestinya sekali jual terus dapat untung... yang penting sabar dan bertawakal....

Suara Rindu

Suatu yang indah ceritanya bermula semalam
Andainya dapat kurasa selamanya
Tetapi kutahu tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Kuteruskan hidup hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita kutanggung sendiri
Apa yang tinggal hanyalah doaku padaMu tuhan
pasrahku hanya KAMU yang menentukan

Pun, tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi tinggal ku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah...aku

Semoga suatu hari nanti dapat kutemui
penawar dukaku yang berdarah luka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya..
Lagu nie tangkap lentok....walaupun dah lama Cerita balqis dah lama habis.....

Tuesday, January 26, 2010

Hari Persekolahan -Angah..Nor Izzah Liyana


Dah lama aku tak menulis di blog...Rasa rindu gak ...tapi apa nak buat kerja hakiki aku banyak yang perlu disiapkan....

Tahun 2010 ini...anak keduaku Nor Izzah Liyana menjejakkan kaki ke alam persekolahan....Masa Izzati masuk sekolah dulu sunyi sepi ..,satu cerita pun tak de...ini baru masuk 2 minggu macam-macam yang telah berlaku...

Kadang-kadang t u gelagat anak-anak menghilangkan rasa penat...sampai hari ini aku tak dapat lupa...peristiwa angah kesekolah...

Minggu Pertama:

Minggu pertama je dah mula pandai jeling orang....balik sekolah ada je cerita ...angah bagitau,ada budak hitam kacau dia....aku tak ambik pot sebab itu semua asam garam bersekolah..selagi anak aku tak lebam. ..dimana-mana aku anggap itu lumrah keaadaan....

Izzati bagi tau angah kuat makan kat sekolah...emmmm tak pe lah ....sebab kat rumah angah nie tak ada selera makan...yang best tu siap mintak tambah ...heheheh.Menandangkan pada tahun ini angah dan kakak berpindah ke sekolah baru...jadi mereka balik dengan menaiki van....Mereka masuk sekolah jam 8.00 pagi dan balik jam 12.00 tgh..

Minggu kedua:

Anggahlah hero.......

Agaknya budak hitam tu asyik tak puas hati pada dia je...maka terjadilah satu cerita ....masa balik dari sekolah...dalam van....budak hitam tu tanya ...awak nak balik ke...Si Izzah nie yang memang tak berkenan dengan budak tu...tidak menjawap pertanyaan ...sehinggalah masa nak turun Van budak tu tanya lagi dengan tindakan diluar jangkaan si Izzah nie terus tampar muka budak lelaki tu sehingga menangis...hehhhe masa tu aku ada dirumah menunggu kepulangan mereka ....bila aku bertanya kenapa budak tu menangis,.... kakak tu mulalah bercerita... dan anggah pun menyampuk..."angah kan tak suka dia" sapa suruh dia tanya angah?"..." kan angah nak balik tak tau ke?"

Aku pun terkedu dengan jawapan angah tu tapi ...dalam diam aku ketawa jugak.....geli hati dengan perangai dia..tapi aku nasihatkan tak baik tampar orang.... tapi kan....bila aku imbas kembali....Aku pun pernah tampar orang jugak....masa sekolah menengah....sampai sekarang nie pun masih jadi sebutan......" mana tak tumpah kuah kalau kat nasi" heheheh....

Kerja sekolah.....

masuk minggu ke dua angah dah malas buat kerja sekolah....tapi betul jugak ....cikgu bagi buku kotak yang paling kecil....jadi budak -budak 4 tahun cepat rasa bosan...banyak sangat nak buat kerja sekolah....jadi aku pun belikan buku kotak besar untuk Izzah ...dan aku beritahu cikgu...agar cikgu tak kata aku nie memandai je...Aku beli buku kotak besar kerana aku nak angah berlatih juga buat kerja sekolah....jangan sentiasa malas....dan aku jugak tak mau dia bosan ......Angah...angah.....macam-macam ragam....kakak tak de masalah langsung pun....cuma kakak tu ramai peminat...sampai ada yang bawak kad kredit bapak sebab nak kawin dengan Qistina hehehehe

Borang cuti....

Angah nie pun dah mula malas kesekolah.....pagi-pagi asyik minta cuti je...bila dia menangis pagi nak cuti aku akan cakap" angah ada isi borang cuti tak?" " kalau tak isi borang cutitak boleh cuti" "kene tunggu hari sabtu dan ahad"....lepas tu dia pun diam dan terus kesekolah....

Itulah pengalaman baru untuk angah Nor Izzah Liyana Bte Noor Azmy ke sekolah.....banyak perkara yang mencuit hati ibu dan ayah heheehhh