Wednesday, July 31, 2019






FRIENDS ARE LIKE SPRINKES ON THE CUPCAKE OF LIFE

Monday, August 29, 2016

CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU..

CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU

Rujukkan : Chef Asma Nordin...

Copy dari :  http://www.azlitamasammanis.com/


Bahan A
1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
2 biji telur Gred A

Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan ( Bahan A)

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan (Bahan B)

Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab

* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.

Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.

Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..

Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.

Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar

Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak

Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna

Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese

KRIM CHEESE

250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )


Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul


COKLAT LELEH

250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )


Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
Biarkan coklat mencair
Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
Biarkan sejuk


Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )


Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar)  dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.

Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya
Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair

Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
Sedia di nikmati


Apa tunggu lagi...
Jom kita menjamu selera..

Monday, August 22, 2016

Resepi Roti Naik Kampung Serkam


Resepi Roti Naik

Resepi:: Fadlina Mohni

Step 1
Bahan A
11 grm           - Yis Kering/Maripan
5 sudu besar  - Gula pasir
1 sudu besar  - Susu awan - Air Suam
---(Satukan Bahan A dan Biarkan sampai berbuih sehingga 10 minit)----

Step 2
Bahan B
4 cawan        - Tepung Gandum
1 sudu besar - Bread Improver
1 sudu besar - serbuk softener
secubit garam -
1 biji telur
---(Masukkan telur dan saukan Bahan B)---

Step 3
(campurkan bahan A & B akan terhasil Adunan C)

Step 4
-Adunan C--- Masukkan:
1/4 cawan     - Air sejuk dari peti ais
2 sudu besar - butter
---( Uli sebati atau guna mixer high speed

Step 5
- Perap 1 jam dengan kain basah
-Lepas 1 jam, tumbuk adunan doh tadi untuk buang angin
-Bentuk doh kecl kecil
-Perap 30 minit, sapu permukaan dengan cucu cair/ tabur bijan..gula apa papa sahaja
-Bakar 160 darjah celcius selama 30 minit
-Sapu butter bila telah masak dan dikeluarkan dari oven



Friday, May 13, 2016

AFFOGATO COFFEE

Cara Membuat Caramel

200gm - Gula Melaka
200gm - Salted Butter
100ml  - Cooking Cream ( Lebih Kurang)


Brew Coffee

2tbs - Arabica Coffee ( Boleh guna Coffee 434 )
        - Air Panas

Cara - Caranya:

1. Campur Coffee dengan air dalam cawan (Mug)
2. Tapis sebuk coffee
3. Masukkan ice cream Vanilla ( Guna perisa vanilla sahaja, perisa lain tidak menjadi)
4. Letak Caramel diatas

Selamat Mencuba...

#resepichefayie#

Monday, March 21, 2016

Yang Aku Rasa

Terlalu lama aku tidak menjengah ke ruang ini..Dari hari ke sehari aku rasa aku terlalu sibuk dengan hal dunia...kehidupan berkeluarga..pekerjaanku...masalah demi masalah yang perlu diselesaikan membuatkan aku adakala rasa runsing...

Aku kene kuat..tabah  untuk menempuh segala apa yang  telah berlaku dan akan berlaku. aku telah berjanji..dan akan aku kotakan janjiku.

Hari demi hari yang aku tempuhi...setiap benakku aku sentiasa berfikir... dan berharap...berdoa dan bertawakal....dan aku redha dengan segala yang di tentukan oleh Allah s.w.t kepada diriku....tapi biasalah aku juga manusia sebelum aku menerima apa itu redha..aku juga ada perasaan kenapa dan mengapa.



RESEPI GRILL SALMON WITH CREAMY LEMONY CHIVE SAUCE CHEF AYIE

RESEPI
GRILL SALMON WITH CREAMY LEMONY CHIVE SAUCE

CARA MARINATE  IKAN SALMON

·         Salmon di potong
·         Garam
·         Black Paper tumbuk kasar
·         Mix Herb
·         Jus Lemon
·         Minyak
-  Garam, black paper, lemon jus dimasuk ke dalam mangkuk
-  Kacau laju,masukkan minyak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga bahan dan  
   minyak sebati
-  Perap Ikan dalam adunan dalam 20 minit dan bakar atau goreng


SOS LEMONY CHIVE

·         Bawang Putih - Cincang Halus
·         Cooking Cream
·         Daun Kucai - Potong Halus
·         Jus Lemon
·         Garam
·         Black Paper
·         Mix Herb
·         Know Chiken Stock powder (kiub pun boleh)

***Semua bahan diatas agak agak je..ikut suka ...kalau tak suka daun kucai tak payah masuk...

Cara memasaknya:

- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, tuang cooking cream kacau hingga pekat
 ( jaga api jagan sampai mendidih) dan masukkan semua bahan diatas dan kacau sebati
dan tutup api...

Selamat Mencuba....


Zarina Abd.Rahman...26 Februari 2016