Wednesday, February 13, 2013

Madahku Dimalam Hari

Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T mempunyai perasaan dan akal fikiran....Tetapi sejauh mana akal fikiran dapat mengawal perasaan.

Setiap manusia sentiasa impikan menjadi yang terbaik untuk hidup dimuka bumi ini. Tapi bagai mana seseorang itu mencapai kejayaan yang terbaik terpulang dengan matlamat hidup masing-masing.

Emmm....Jangan impikan selalu yang terbaik kerana bila kita gagal untuk mencapai sesuatu yang terbaik kita akan rasa hampa dan kecewa. tak salah berimpi tapi mesti bertawakal dan redha dengan apa pun yang bakal terjadi.


Keseimbangan dalam hidup adalah perlu...sejauh mana keseimbangan yang kita perlu adalah bergantung kepada diri kita. Jangan terlalu ego dengan apa yang kita ada tapi cuba selami dan memahami apa yang orang sekelilingi kita rasa.

Hidup kita tidak sempurna kerana kita adalah manusia...walaubagaimanapun kita adalah makhluk yang paling sempurna yang dijadikan oleh Allah S.W.T

Orang selalu berkata...Jangan jadi lalang...kerana seperti tiada pendirian ...tapi sekurangnya lalang ada matlamat...kerana akarnya masih tertanam di bumi. Cuma jangan jadi bunga lalang..dahlah menumpang adakala terbang dibawa angin lalu seperti tiada pegangan.

Allah maha adil..apa yang dicipta semua bersebab...kenapa dan mengapa...cuba sebagai hambanya kita mesti terus berfikir...dan berfikir...akhirnya akan berjumpa jua penghujung penyebabnya.


Buku

Dah lama aku tidak  meluahkan apa yang aku rasa disini..Dah terpesung niat aku hari nie..Sepatutnya aku perlu menyiapkan Kertas Kerja yang perlu diberikan kepada Bos..esok..tapi dek kerana sindrom M aku telah melanda,...tetiba je terus bukak blog dan merapu tah apa-apa.. hehhe

Buku..
Ku buka dan ku baca
Kudengar suku kata
Terasa merdu dengan penuh bermakna

Termengelamun aku,,
A,B,C
itulah huruf pertama yang ku pelajari
1,2,3
Nombor pertama aku ikuti
Dan
Alif, Ba. Ta,
Aku hafali

Bila ku dengar...
Bila ku renung..
Memang benar, tanpa ilmu..
Hanya dapat dilihat
Tapi tidak dapat merasa nikmatnya
Maka tidak bermakna sesebuah buku

Terlalu banyak rahsia di dalam buku
Terlalu banyak yang perlu diterokai
Tapi ..tidak semua yang sanggup menyelami
Sehingga kedasarnya..

Ohhh..ruginya...bila permata terbiar

Biar merangkak
Biar bertatih
Asal membaca menjadi pedoman hidup
Agar bercahaya diri dan sanubari..

Aku dan Gedung Ilmu

Tak pernah ku  impi
Aku di Gedung Ilmu...
Tercebur diri disini
Bergelumang dengan ilmu
Sehingga aku leka

Tak terhitung hari demi hari
Usia mengjangkau tanpa disedari
Berjuang untuk diri dan anak bangsa
Tapi adakala kejian yang diterima

Tapi sejauh mana impian menjadi kenyataan
Sejauh mana realiti menjadi kejayaan
Impian dan terus bermimpi
Sehingga aku dimamah usia

Keringat yang tak pernah jemu
Walaupun aku dikeji ..
Walaupun tak ada sesiapa memuji
Tapi kerana aku di Gedung Ilmu

Takkan aku mengundur diri
Kerana aku telah berulit bertahun tahun dengan mu
Oh ...Gedung ilmu