Friday, February 18, 2011

Sinopsis Drama Ustaz Amirul Slot Zehra TV3

Hari ini bila aku balik ke rumah aku...membuat hidangan makan malam untuk suamiku...lepas tu aku pun mula menonton TV...Aku nie memang suka slot Zehra...
Lagi-lagi Ashraf Muslim...yang berlakon. Aku suka dengan perwatakan dia didalam drama..Watak Ustaz Amirul tu aku rasa betul-betul sesuai untuk dia....
Sinopsis Drama Ustaz Amirul
Mengisahkan dugaan yang ditempuhi oleh Ustaz Amirul iaitu seorang lelaki yang berumur 30 tahun yang baru menamatkan pengajian di Universiti Al-Azahar Mesir. Ustaz Amirul juga berjanji sekiranya ia berumur 30 tahun dan masih tidak dapat mencari pasangan hidup, ibunya berhak untuk menjodohkan dia dengan pilihan yang dicari oleh ibunya.
Sedangan dalam masa yang sama, hati Ustaz Amirul masih kepada Adawiyah iaitu kekasih hatinya sejak dibangku sekolah. Oleh kerana untuk tidak mengecewakan hati keluarga, Ustaz Amirul melanjutkan pelajaran ke Mesir dan meningalkan Adawiyah di kampung. Apabila Ustaz Amirul tamat pelajaran dan didapati Adawiyah tiada dikampung.
Pada hari pertunangan Ustaz Amirul bersama Munirah, tiba-tiba Adawiyah muncul dalam hidup Ustaz Amirul.
Sebagai Ustaz muda yang berpegang teguh dengan amanah Allah S.W.T, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia biasa yang sentiasa diuji untuk melawan nafsu......

No comments:

Post a Comment