Semua pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian..Namun, harapan sahaja tidak cukup kalau tidak di disertai dengan usaha...
Dibawah ini disenaraikan tips berkesan untuk menghindari penceraian.
TIPS 1
Dibawah ini disenaraikan tips berkesan untuk menghindari penceraian.
TIPS 1
Komunikasi dua hala
- Sentiasa berbincang baik semasa berada di rumah atau semasa berjauhan. Berbincanglah semasa bersantai. Ketidakharmonian rumah tangga bermula dari kurang berkomunikasi dua arah antara suami dan isteri.masing-masing saling simpan perasaan dan masalah seolah-oleh bersendirian miskipun berada di bawah satu bumbung.
TIPS 2
Keterbukaan tentang masalah seks
- Masalah seks ternyata penyebab berlakunya penceraian. Selain dari untuk mendapatkan zuriat, seks juga adalah untuk rekreasi dan ekspresi cinta. tak salah berbincang mengenai seks untuk mengindahkan lagi rasa, teknik dan posisi dan lokasi baru untuk kesenangan bersama. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan perlu berkomunikasi dengan pasangan anda dan sebaliknya.
TIPS 3
Menerima pasangan seadanya
- Apabila sudah berkahwin dan sebumbung semua sifat sebenar akan terserlah. Sifat itu mungkin tidak sama seperti semasa anda bercinta. Oleh itu terimalah seadanya pasangan anda kerana setiap manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T tidak sempurna.
TIPS 4
Jangan biasakan berbohong
- Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing bukan? Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui bahawa perkara ini akan berlanjutan dan lama-kelamaan anda akan menganggap berbohong kepada pasangan aalah perkara biasa. Supaya perkara ini tidak terjadi...jangan berbohong dan berceritalah dengan pasangan..."BIAR PAHIT TAPI JADI UBAT......JANGAN MANIS TAPI JADI RACUN."
TIPS 5
Jangan cemburu berlebihan
-Ramai yang kata "Cemburu tandanya sayang " tapi kalau cemburu buta akan memudaratkan. Apa-apapun bertanya kepada pasangan jangan ambil kesimpulan sendiri....
TIPS 6
Hindari Kecurangan
- Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Kecurangan biasanya berlaku kerana pasangan kesepian..Bagi menyelesaikan masalah ini cuba cari punca permasalahan kemudian cuba hindari atau perbaikinya....
TIPS 7
Cari orang tengah
- Sekiranya masalah rumahtangga yang berlaku tidak dapat diselesaikan...sebaiknya carilah orang ketiga...tetapi perlu diingati orang itu perlulah orang yang di hormati seperti ibu dan ayah...emmmm jangan pula cari kawan pejabat yang lain jantina....nanti lain pula jadinya....
TIPS 8
Tetap Mesra
- Agar hubungan anda dan pasangan sentiasa mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan hanya masa bercinta muda-muda....sentiasalah gengam tangan pasangan...ikutlah contoh orang barat walaupun dah tua tapi bila berjalan masih berpimpin tangan.....jangan pula lagi dah berumur isteri dibelakang sebatu dari suami... Ingat......SETIAP HARI SAYANG....yang lebih baik...setiap hari peluklah pasangan masing-masing walaupun sekejap..
TIPS 9
Pasrah dengan yang esa
- Bila berhadapan dengan masalah rumahtangga dan sebagainya...Berdoa dan pasrah dengan apa yang berlaku...kerana apa yang berlaku ada hikmahnya.....Sentiasa ingat Tuhan cuba menyelesaikan masalah anda....dengan sebaik munggkin...fikirlah dengan positif..untuk masa depan jangan berfikiran singkat.
-SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA...SEMOGA RUMAH TANGGA YANG DIBINA BERKEKALAN HENDAKNYA...AMIN.
No comments:
Post a Comment