Monday, March 21, 2011

Hari Ke 5 -Kursus Induksi

Diam tak diam dah 5 hari aku berkursus di INTAN Kluang. Pada mulanya aku datang disini penuh debaran al maklumlah aku nie dah lama kerja baru nak tetap....tapi bila sampai rupanya ada yang lebih berumur dari aku. Hari ini aku bermain bola tampar campuran...Aku nie tak pernah main bola tampar tapi dengan bimbingan kawan-kawan baru seronok juga. Aku disini di lantik sebagai penghuluwati...pada awalnya aku tak tau apa tugas penghuluwati, tapi bila diterangkan baru aku tahu tugas-tugas yang perlu aku lakukan...hehehehe..
Aku nie kalau pi kursus aku tak kisah...aku boleh bercampur dengan semua orang, aku seronok dapat kawan baru, masa kursus nie juga aku dapat hilangkan semua kekusutan di hati aku... Kelas dah bermula dan aku perlu ulangkaji pelajaran kerana aku perlu lulus dan 2 peperiksaan sedang menunggu aku pada bulan April ini.
Esok dah mula dengan tugas berkumpulan dan dah bermula tugas-tugas yang perlu disiapkan....semoga aku dapat menyiapkan semua kerja yang diamanahkan dengan baik Amin.

No comments:

Post a Comment