Penyakit yang diterima adalah satu anugerah yang kita sendiri tidak tahu apa sebab musababnya...Kemungkinan penyakit yang diterima oleh kita ada hikmahnya..tapi jangan lah sembuatkan rasa sedih kepada pesakit kerana penyakit yang ada bukanlah satu kehendak...Ia adalah takdir untuk diri seseorang.
Tak salah mengatakan penyakit yang menimpa seseorang itu mungkin bersebab...mungkin untuk mengingatkan kita tapi janganlah mengata penyakit yang diterima itu adalah kerana diri kita yang mempunyai hasat dengki atau pun seumpamanya....
Mungkin benar apa yang diperkata kan dan mungkin juga tidak benar....tak semua manusia sebegitu. jangan melabelkan semua orang adalah sama... kerana Allah yang maha sempurna juga menjadikan manusia itu berbeza-beza. Lagi-lagi pesakit macam saya kerana penyakit yang diterima, diterima dengan rasa redha.
Hari ini dipenghujung hari, aku amat -amat rasa sedih. Bukan kerana tugasan harian ku tapi kata-kata manusia membuatkan aku rasa terkilan. Dan juga hari ini ada juga manusia yang cuba mencari silapku. Apapun aku redha. Terima kasih Allah s.w.t kerana melindungi diriku dari umpatan dan kejian....
No comments:
Post a Comment