Tuesday, June 23, 2009

Hari yang kusut..

Sedih...Sedih dan sedih..

Hati keliru dengan kehidupanku...

Salahkah aku ..meniti hari yang kutempuhi...

Semakin aku lalui,..semakin hati ini keliru..semakin aku renungkan semakin hati ini sayu...

Berada di pentas dunia ...bagaikan pelakon handalan....suka, duka permainan kehidupanku..

Bilaku imbas kenangan lalu..alangkah seronoknya ...

zaman persekolahan yang tak pernah tau erti kehidupan sebenar....

Dimanakah jalan yang perlua aku tempuhi...

Atau hanya mengikut susuran di depan mata...???????

Bintang ...


Dalam banyak bintang di langit aku paling suka tengok 3 butir bintang yang sebaris kedudukannya...Terlalu rindu dengan bintang itu..Dulu apabila keluar rumah di waktu malam ..perkara pertama yang aku lakukan adalah melihat bintang kesayangganku....Walaupun aku tak tau itu bintang apa tapi aku cukup terpesona dengan keindahannya.Hilang segala gundah gelana...Penyeri hatiku pengubat lukaku...

3 butir bintang itu juga aku umpamakan aku dan sahabatku...2 orang...Bila kami berpisah, aku menyatakan ditengah itu aku ..dan mereka dikiri dan kananku...Bla rindu lihatlah bintang itu...Tapi apa yang aku pasti mereka pun seperti aku...selalu melihat bintang itu dilangit...

Bila hatiku duka atau gembira bintang itu penemanku...bintang itu sahabatku ....diwaktu malam...adakalanya aku berjam-jam pandang dan berkata-kata dengan bintang....kelakarkan..tapi itulah aku...Mungkin kerana terlalu asyik dengan bintang itu, aku dapat rasakan sekiranya sahabat aku itu berada dalam kedukaan ...bintang itu seakan tidak bersinar ..malap dari pandangan ku dan bila ku mendapat khabar...sahabatku dalam kedukaan...

Tapi sekarang bintang itu pun susah aku nak lihat....dan persahabatan kami juga semakin jauh dan terus jauh...aku rindu...rindu sangat pada seorang dari sahabatku itu....ingin rasa dihati ingin ketemu...tapi bila? dimana?....

Tapi yang aku pasti aku rindu padamu......

Influenza A ( H1N1)

Dalam 2 hari ini hatiku susah sangat....Al maklumlah anak berada di singapura dan aku dimaklumkan anakku demam. Pagi-pagi bila pergi kerja radio menyatakan peningkatan penyakit H1N1 risau hati seorang ibu hanya tuhan je yang tahu.....nak pergi kerja banyak ...tunggulah sehingga hari jumaat nie tapi rindunya pada puteri dan jelita......Semoga cepat baik dari demam.
Disini ada penerangan yang boeh dikongsi bersama mengenai H1N1 ...semoga wabak ini cepat beredar....
ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema? 

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini? 

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan? 

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.  
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian. 


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

 TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

 

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

 


Friday, June 19, 2009

Oh Su Jung


Ini adalah salah satu cerita korea yang aku suka....Pelakon lelakinye hensem hehehe.... lesung pipitnya cute...bila aku tengok pelakon tu teringat aku kat kawan aku  yang namanye izam....boleh lah ...sikit -sikit ..yang sama..lesung pipitnya.... hehehe
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang berkehendakkan hidupnya selesa dan mewah....ini kerana perempuan ini hidupnya hanya sederhana.... emmm nak cerita lebih-lebih tak pandailah ..tapi cerita nie memag best.... kelakar dari gemuk ke kurus kerana cinta....
Itulah orang sanggup buat apa-saja kerana cinta...Pengaruh cinta dalam kehidupan amat besar...tapi cerita nie happy ending....Cerita korea nie banyak bermain dengan perasaan dari renungan, pandangan dan banyak berangan....Sampai aku yang tengok nie pun dah jadi kuat berangan hehehe..
Tapi cerita korea nie panjang ...tak habis tengok satu hari....apa-apapun aku suka cerita nie...
Kat bawah nie gambar hero cerita ini....

Fad masuk Hospital - My Best Friend


Fad adalah kawan baikku...yang paling baik diantara yang terbaik...Aku mula berkawan dengan dia sejak aku berumur 8 tahun sehingga sekarang...Tak pernah sekalipun hatiku terguris kerana dia...Dia juga seorang kawan yang boleh dipercayai..Sehingga sekarang tiada kawan yang sebaik dia yang pernah aku jumpai...
Semalam aku dapat tahu fad dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecil...Saluran Payudara yang tersumbat.Walau pun  pembedahan itu sedikit tapi aku risau dengan keadaan dia...Semua masalah dan apa-apa cerita semuanya berada pada fad...aku harap fad cepat sembuh.
Masa zaman persekolahan....Fad  juga yang menemani aku belajar dirumah...Adakala fad tidur dirumah aku....Mak dan ayah aku pantang nenek moyang  dia, aku tidur di rumah orang jadi apa-apa pun fad adalah peneman aku....Mak dan ayah aku pun percaya dengan fad...Fad juga menjadi penasihat aku dikala aku kesedihan  dan kesusahan.Aku bersyukur ada kawan yang sebaik Fad
Bukan kawan lain tak baik tapi fad yang terbaik setakat ini.Dari sekolah rendah,menengah,ITM dan sehinga sekarang...kami tetap berhubung dan fad tak pernah menolak bila aku perlukan pertolongan.Terlalu banyak kisah akudan fad...semoga perhubungan kami sentiasa di rahmati Allah S.W.T. Amin

Pelangi Petang

 

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...


Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti

Pergi jua...

Pelangi memang cantik .Ada macam-macam warna ..tapi sekarang kehadiran pelangi memang jarang diperolehi...Begitu jua dengan hidup kita ..adalaka kita bertemu dengan orang yang kita senangi tapi......kebiasaannya orang yang kita senangi itu  bagaikan pelangi petang yang akan pergi jua.....

Thursday, June 18, 2009

CInta, kasih dan sayang...

Hidup ini sukar untuk diramalkan,terlalu penuh dengan kesukaran,kepahitan dan kesakitan.Bukan mudah sebenarnya untuk mengapai bahagia.Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri,namun semakin jauh ia pergi.....

Dalam kamus,perkataan kasih diertikan sebagai perasaan sayang atau cinta.Perkataan sayang pula membawa erti mengasihi dan mencintai.Walau bagainamapun,tidak dapat diuraikan dengan jelas perkataan mana yang mempunyai nilai tinggi dari segi perasaan,Namun demikian,dalam amalan..perassan kasih lebih berbekas dijiwa.

Kita sering mendengar cerita tentang orang yang merana kerana putus kasih atau cinta tetapi tidak pula dikatakan putus sayang. Malah kerap dikatakan bahawa dua pihak yang berkasih, tetap sayang menyayangi.miskipun telah berpisah atau putus kasih.Itulah sebabnya dikatakan kita boleh memisahkan dua orang yang berkasih tetapi tidak dapat memutuskan perasaan saling menyayangi di antara mereka.

Peristiwa berkasih yang berlaku dalam kehidupan orang muda membuktikan bahawa kasih orang muda bukanlah kasih sejati.kasih orang muda mudah putus di tengah jalan.

Sebenarnya putus kasih adalah lumrah alam.Mungkin kerana bertukar kasih dan hanya kasih suci dan sejati yang kekal abadi.Kasih sejati itu masuk melalui gerbang budi, iaitu terpaut kasih kerana budi pekerti yang terpuji sebagai lambang akhlak yang tinggi.Kasih demikian yang harus dicari,agar kehidupan diberkati Allah.

Walaubagaimanapun, kasih wujud dalam bentuk rasa.Gambaran dan bayang kasih itu terlihat pada kata-kata dangerak laku di antara dua orang yang sedang di lamun rasa kasih.hakikatnya,kasih sejati tidak dapat dinyatakan dengan jelas dalam bentuk kata-kata kerana kasih sejati tersemat di dasar jiwa.Rasa kasih adalah satu sifat yang mulia dan suci dan ada ketikanya ia dilahirkan dalam bentuk cinta.Pujangga Hamka menyatakan cinta itu suci,cinta itu tidak buta.Yang tidak suci dan yang buta adalah orang yang mempergunakan cinta...

Wednesday, June 17, 2009

Izzati & Izzah ke Singapore


Hari nie izzati dan izzah balik ke singapura bersama busu nazar dan mak...pada 15 hb semalam, mak baru lepas edah....dan hari ini mak ke singapura...Izzati dan Izzah seronok sangat sebab dapat naik bas..Al maklumlah selama ini jarang naik bas ke singapura..kami selalunya menaiki kereta saja.
Izzah dan izzati berbaju biru bersama sepupunya ira dan irfan....Mereka nie kalau lama tak jumpa ...rindu merindu ...
Gambar nie diambil masa hari raya tahun lepas.....masa nie berada di bertam ulu ...Bila diingat kembali hari raya zaman kanak-kanak adalah yang paling best...
Izzati & Izzah Bersama Atuk Daud

Masa Berlalu Pantas

Gambar ini juga diambil masa raya tahun 2008....Tak sangka zaman persekolahan telah lama berlalu tetapi persahabatan tak pernah putus.....

Gambar Kak Erny dan Anaknya ( Izam Muharam Family)..Iman anaknya nombor satu tak ada dalam gambar

Fad dan anaknya ..sama-sama pandai bergaya..

Azam mamat & Family..Semuanya comel-comel

Izam dan Azrizal.....2008 

Raya 2008


Pejam celik..tak sangka dah nak dekat bulan puasa semula....Hari nie genap ayah 4 bulan 16 hari  meniggal....dan emak pun dah abis edah....bila diingat semula hari raya terakhir dengan ayah terasa hiba .....Pada tahun lepas kami sekeluarga meminta ampun dari ayah dan mak atas katil dengan cadar putih...dan macam tak percaya kenangan beraya bersama ayah buat kali terakhir...Gambar diatas adalah gambar mak dan ayah.Mak dan ayah sentiasa romantik tak kira dimana berada....
Ini gambar nazar...dipagi raya
Cik Syah sempat posing
Anak dara ibu yang comel...paling suka kalau panggil dia dengan panggilan "JELITA"
Yang ini pula...berangan jadi puteri raja.....hehehe...suka kalau dipanggil " PUTERI".
Apa-apa pun hari raya  2008 adalah hari yang penuh dengan kenangan...

Tuesday, June 16, 2009

Zaidee Daud...Sakit

Hari ini aku baru masuk kerja semula....rakan sekerjaku memberitahu seorang kakitangan PERPUSTAM iaitu zaidee telah ditranfer ke Hospital Kuala Lumpur.. Zaidee adalah kakitangan aku sejak tahun 2002 sehingga 2008.nak jadikan cerita dia makan durian bersama rakan-rakan yang lain dan kemudian dimasukkan ke hospital Melaka kerana hidung berdarah....yelah perkara biasa hidung berdarah pada musim panas nie ..lagi-lagi makan durian tetapi bila aku balik dari Acheh didapati Zaidee telah dimasukkan wad di Kuala Lumpur ...Dengarnya pendarahan hidung tak berhenti dan air mata pun bercampur darah....Aku try untuk hubunggi dia tapi sehingga sekarang telefon tidak dapat dihubungi...Aku doakan semoga dia selamat dan kembali bertugas seperti biasa.

Tuesday, June 9, 2009

Kisahku....

Aku dibesarkan di Melaka...tapi aku bukan anak kelahiran Melaka...Hehehee....Ayahku bekas seorang tentera laut dan ibuku suri rumah.....Aku bersekolah di sekolah kebangsaan Pulai dan seterusnya ke Sekolah Menengah Seri Mahkota Umbai Melaka..

Disinilah aku mengenal erti kawan,sahabat,kasih ,sayang dan cinta....Disekolah aku ada group..Fad,Dila,Zil,Maiz,Hairin dan Mazne.dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan 6 aku disekolah...itu.Sungguh seronok.Tak ingat apa pun yang ingat naik bermain dan belajar je.

Tapi dalam kenakalan kami ...tak terlepas jugak dengan cinta.Orang kata cinta monyet mungkin iye dan mungkin tidak..sebab Dila berkahwin dengan orang yang dia paling suka.

Aku mula kenal cinta sejak tingkatan 4...sebelum tu tak tau apa pun....walaupun ada orang menagih cinta tak dilayan...sebab tak tau apa itu CINTA.Orang pertama yang buka hati aku aku gelarkan dengan nama SYARINA...Walaupun sebenarnya tak pun suka kat dia...tapi tak tau macamana bila dah kawan rasa sayang yang ya amat...tapi kesian gak kerana masa tu ada orang yang menunggu...setiap hari kasi bunga raya kat sekolah sehingga habis bunga itu kat pokok ...bila ingat semula ...rasa geli hati pun ada....walaupun tak ucap kata cinta tapi mamat sorang nie amatlah setia...setiap hari pergi dan balik sama dan setiap hari nyanyi lagu dan bagi bunga tapi tup..tup aku bercinta dengan orang lain...bukan nak bagi frust kat mamat nie tapi entahlah ...sampai sekarang tak tau macamana boleh jadi macam ni....

Biasanya bila ingat balik cinta pertama jarang bersama ... dan terima kasih juga pada dia mungkin kalau bercinta terus dengan dia ...aku hanyut dengan perasaan cinta tak kemana...

Alhamdulillah kerana kecewa aku bangkit dan menyambung pelajaran ke ITM dan sekarang aku telah berkerja dan puas hati dengan apa yang aku ada...Alhamdulillah.