Monday, December 30, 2013

Kehilangan - Firman


Selamat Tinggal 2013 - Selamat Datang 2014

Di penghujung tahun 2013, semakin ditinggalkan.. perlu dilunaskan apa yang belum dilaksanakan..selagi mampu..kerana masa tak pernah untuk menunggu kita..Walaupun payah walaupun susah tahun akan terus berganti ....

Kita sebagai manusia hanya boleh merancang serapi-rapinya tapi hanya Allah S.W.T yang menentukan segalanya..kita hanya boleh berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal...serta redha...dengan ketentuan yang ditakdirkan...

Tahun 2013... suka dan duka dilalui dan tahun 2014 yang akan mendatang tak tau apa yang bakal menempuh...Kita hanya boleh merancang sebaik mungkin dan lakarkan apa yang dirancang diatas kertas dan minda mengikut kehendak kita ..tapi kita masih tidak tahu takdir kita...

Sentiasa berdoa agar dimasa-masa yang akan datang di beri seperti yang dirancang...Aminn

 
SELAMAT  TAHUN BARU  2014

Disleksia ... Perlu Diketahui

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-ciri penghidapnya

  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.



Monday, December 23, 2013

Conteng..

Aku cukup suka menconteng..di kertas kertas untuk meluahkan rasa... rasa suka dan rasa duka yang kadang kadang tu lepas conteng kenelah pulak mengoyakkan agar apa yang diconteng tidak dibaca dan ada juga disimpan untuk dijadikan kenangan....

Akan dilukis mengikut kehendak hati dan ada juga di conteng tanpa makna..tapi apa yang aku buat semuanya untuk kepuasan hati aku sendiri...Bila sedih pun suka menconteng diri sendiri...bukan nak bagi muka nampak cantik tapi..rasa puas bila bersolek hehehe...Biarlah orang nak kata apa..biarlah orang nak tengok yang penting diri sendiri rasa puas... dan  tidak melibatkan orang lain...

Conteng ..buang...conteng...buang...buat perabis kertas dan bilik bersepah..lepas tu..kemas ...masuk dalam tong sampah.... legaaaa!!!!





Tuesday, December 10, 2013

Rapuh...


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkahkadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Carrot Cupcakes with Lemon Cream Cheese Frosting - Chef Izyan hani

Carrot Cupcakes with Lemon Cream Cheese Frosting


Bahan-bahan (for 12 10-inch cupcakes):


2/3 cawan minyak masak atau minyak sayuran

2 biji telur
60g gula kastor
60g gula perang
50g kacang walnut - disangai (actually takda specific measurement, kalau suka lebih bulih bubuh lebih, no extra charge hehe)
1 cawan carrot - disagat
125 gm tepung gandum - diayak
1/4 sudu teh baking powder - diayak
1/4 sudu teh soda bicarb - diayak
1/4 sudu kecil garam

Optional:

Sedikit serbuk kulit kayu manis 
Sedikit serbuk buah pelaga 

1. Preheat / panaskan ketuhar pada 175C selama 10 minit. 


2. Masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan soda bicarb (dan juga serbuk kayu manis dan buah pelaga jika menggunakan), ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.


3. Di dalam mangkuk berasingan, pukul telur pada kelajuan sederhana sehingga betul-betul gebu, kembang dan kuning pucat. The eggs should at least double up in volume and sangat fluffy.

4. Masukkan minyak, gula kastor dan gula perang ke dalam telur tadi dan teruskan memukul sehingga sebati dan gula agak hancur. Masukkan carrot dan kacang walnut. Pukul sebati.


5. Masukkan campuran tepung gandum, baking powder dan soda bicarb tadi ke dalam campuran telur, minyak dan gula di dalam 3 peringkat. (Masukkan tepung, kaup balik perlahan dengan spatula. Masukkan tepung, kaup balik perlahan dengan spatula. Masukkan tepung, kaup balik perlahan dengan spatula). Kaup balik hanya untuk mengadun sehingga bergabung (just to combine)..pastikan tidak overmix ya! Nanti kental keknya 


6. Masukkan ke dalam cawan cupcake dan bakar selama 20 minit atau sehingga tiada crumbs yang melekat pada lidi yang dicucuk ditengah-tengah cupcake. Keluarkan dan biarkan pada suhu bilik sehingga betul-betul sejuk, baru difrosting.


7. Untuk frosting, Izyan hanya pukul cream cheese bersama gula icing dan jus lemon. Izyan tak ada sukatan yang fix sebab selalu ikut selera pada waktu tu...bila crave something yang masam, izyan akan lebihkan jus lemon dan kurangkan gula. Jika kurang pasti, pukul dulu cream cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga mencapai rasa manis yang anda ingini. Tambahkan jus lemon sedikit demi sedikit (half a lemon would be more than enough). Jus lemon dah cukup untuk mencairkan cream cheese, oleh itu Izyan tak tambah butter kalau mahukan frosting yang cair  


Kenapa cupcakes? Sebab laju sikit nak bakar, 20 mins dah siap..kalau kek agak lama, tak larat bil api! Hihihi lagipun kalau cupcakes memang cepat je habis with the little ones kan :))




Wednesday, December 4, 2013

Dah Tak mampu...

Bukan niat nak burukkan sesiapa...cuma nak luah rasa letih aku......kami dah buat bersungguh sungguh..tapi kenapa tak di terima....? kenapa??....aku tak boleh puaskan hati semua orang ..bila bercakap dikata banyak alasan..dah tak termampu idea dikeluarkan..perkara kreatif tak semuanya seperti pembaris...lurus...selurusnya....

Angle....shoot semua ada sebab tersendiri ...sebab itulah.. takkan ada director yang sentiasa yang terbaik....Syukur dengan apa yang ada...ada yang sudi membantu....aku sendiri tak ada  pengalaman... hanya membuat mengikut naluri dan hati...tiada bimbingan...kami semua mengejar... dan mencari ilmu sendiri.....

Jiwa aku resah...hati ku mula merana..banyak perkara lain yang perlu aku selesaikan.... orang takkan faham..memang bukan aku yang buat ..cuma memberi idea dan memantau tapi....kasihan kepada yang membuat...sehingga tak terdaya......aku....dah  luah...tapi tak diterima.... kenapa..???? Masih minta ubah dan terus ubah....

Dah kata hanya itu yang termampu.....hanya itu yang terdaya....tapi masih...dipaksa???.....aku letih..seletihnya...letih.....tak dapat nak digambarkan ...rasa hati ini.... hanya yang mampu aku katakan aku amat letih......

Ya Allah permudahkan segala urusanku...agar apa yang dilaksanakan diterima.... kasihanilah kami....yang tak mampu...meneruskan lagi.....



Friday, November 29, 2013

Pepohon Kasih....

Ku cuba hilangkan rasa duka...
Dengan kegembiraan yang ada
Ku cuba hilangkan rasa rindu
Dengan senyumanku...

Tapi apakan daya aku tak mampu..
Tak tertampung rasa rindu
Yang sentiasa terbuku di dalam hati
Hati yang bagai taman
Yang telah teguh sepohon pokok cintaku...

Ingin ku cabut..
Akarnya telah menjalar keseluruh tubuhku
Nak ku racun..tak  sampai hati...
Tapi kerana kamu...akan ku simpan rasa ini
Rasa yag takkan hilang
Selagi hayat dikandung badan....




Saja je heeee...

Bila bercinta macam-macam pasangan akan berkata dan bertanya...

" Awak awak sayang saya tak?"
'Sayang...sayang sangat
Sayang yang macammana
sayang sangat sangat lah sampai tak terkira          
betul ke?
betul sayang..

Awak ...awak nak tau tak ...semalam kita tak boleh tidur tau...
Kenapa...ingat kat awak lah...kita rindulah kat awak...

betulke...
Awak kalau saya tak ada kat awak..awak rasa macamana
Sedih lah ...awak janganlah pergi...

Malas Adalah Teman Kegagalan

Tempat yang paling dibanggakan di dunia
adalah yang mempunyai penerangan
dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
adalah buku.....


Janganlah anda berpangku tangan kerana bosan, malas dan tunduk pada kelalaian. Tetapi bangkitlah dan kemaslah rumah dan perpustakaan peribadi anda.
Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T mempunyai perasaan dan akal fikiran....Tetapi sejauh mana akal ikiran dapat mengawal perasaan.


Kenangan Mengusik Jiwa....

Dah lama tak mula membaca novel....aku mula mencapai sebuah buku novel yang bertajuk I Love U Stupid !!!...memang buku nie terus mengusik jiwa ..... Kalau diberi bintang aku pilih untuk memberi 5 bintang....bila membaca tak sabar sabar untuk terus ke garisan penamat...tapi..aku nie ada satu tabiat....yang aku rasa tak berapa baik...aku tak suka mengenali penulis novel.... kerana
  • Imiginasi aku yang tinggi ..aku sentiasa mengandaikan penulis itu adalah seorang yang cantik atau segak bergaya..
  • Tak baik kan tapi itulah hakitat diri aku...pernah sekali penulis buku  syorkan buku novel yang bagus untuk dibaca tapi alasan aku.....aku tak suka novel yang kulit buku adalah gambar foto manusia...kalau yang dilukis tak mengapa.... hahaah nak buat macamana ...dah tabiat aku macam tu....
Berbalik pada novel I LOVE U STUPID!!!!.... novel ini amat menyentuh perasaaan aku...bestnye citer nie...adoiii...
Cerita ini mengingatkan aku pada orang Melayu champa yang aku kenal.....kalau ditempat aku...dikenali sebagai orang kemboja....seorang lelaki dan seorang perempuan yang selalu berdamping dengan aku....

Apabila aku baca cerita ini..aku rasa rindu pada masakan melayu champa....kerik badan dengan duit syiling....dan pertuturan yang adakala aku faham dan ada yang aku tak fahami...dan pelbagai daun daun..yang boleh digunakan untuk kesihatan...cuma aku je tak amalkan...

Mereka memang baik...dan memahami..tapi garang hiiihihi.....Mereka datang ke Malaysia dengan kehidupan baru...bila mendengar kisah mereka menitis air mata...betapa susahnya mereka untuk menikmati kehidupan ....tapi bila sampai ke Malaysia mereka amat bersyukur....

Aku yang manja...selalu dikawal kakak angkatku... kerana...lembut hati...Manakala abang angkatku anak salah seorang menteri di kemboja pada masa itu.. tapi lebih selesa hidup di Malaysia...sentiasa menguji dan ambil berat tentang aku....pergi balik dan makan aku dijaga... Setiap minggu akan ambil dan menghantarku ke tempat tuisyen...sedangkan rumah dia dari rumahku lebih kurang 20 kilometer....

Dia sentiasa memastikan aku makan sebelum ke tempat tuisyen....amat menyayangi aku...aku pun manja gak almaklumlah tak de abang... hihiiii....dan sentiasa menguji keikhlasan hati aku.....almaklumlah bila bawak aku naik keta honda jenis baru..masa tu orang yang bawa kereta dikira orang yang berada.. tak macam sekarang kereta adalah satu keperluan betul tak ???...aku  menerima dia kerana aku tahu dia ikhlas ....anggap aku sebagai adik dia..sebab dia adalah anak bungsu.....dan dia juga sepupu kepada kakak angkat aku..........dan aku juga tiada kakak...jadi menumpang kasih pada yang sudi....

Tapi itu semua tinggal kenangan...teman wanita abang angkatku ...terlalu cemburu membuatkan aku terus tidak mahu ada apa apa hubungan dengannya ...dan kakak angkatku berkahwin dengan guruku... sedangkan aku adalah orang yang amat membantah perkahwinan mereka...akhirnya  selepas 2 tahun kakak angkatku bercerai... manakala abang angkat ku telah berkahwin dengan  teman wanitanya...orang Melayu Malaysia.

Tak pernah sekelumit hati aku untuk bercinta dengan abang angkatku...dia adalah abang yang baik. manakala kakak angkatku juga adalah seorang yang baik cuma nasib tidak menyebelahi dia...pernah bila  aku sakit dia datang bersama emaknya menjaga aku..masa tu ibuku tiada  kerana berada di Sigapura...
Dia takkan tinggalkan aku keseorangan sebab dia tahu aku nie penakut hehehe.... menjadi peneman setia aku dikala ibuku tiada dirumah... hahaaha...

Aku juga mula belajar makan masakan Melayu Champa...yang pada awalnya tekakku tidak dapat menerima...lama kelamaan aku rasa sebati dengan masakannya...

Memang orang Melayu Champa nie cantik...kulitnya putih...dan alis matanya nipis semula jadi...amat tulus dan bersih .....bila aku membaca  novel ini aku dapat gambarkan kecantikan mereka dan mereka juga amat patuh pada ajaran agama islam....

Yekan...itu semua kenangan..kenagan yang tidak dapat di ulang.....masing masing ada kehidupan sendiri yang perlu dikecapi ..begitu juga dengan aku...cuma aku sentiasa mendoakan mereka semua bahagia... aminnn............






Friday, November 22, 2013

Diriku ..

Blog ini aku wujudkan untuk aku..meluahkan apa yang aku rasa..tetapi kebiasaannya aku akan meluahkan rasa sedih ku..bukan untuk di baca atau meraih simpati...tapi aku rasa lega meluahkannya...

Betapa sukarnya aku mencari sahabat sejati..sahabat yang memahami..sahabat yang bersahabat denganku kerana diriku....

Bila menempuh alam pekerjaan sahabat sejati bagiku memang tidak wujud...masing masing ada dengan cara dan agenda tersendiri. Walaupun berpuluh tahun bersahabat tapi..masih menyimpan rasa iri dan hasad dengki...kenapa???...

Aku benar benar rasa tertekan...ada kala gah dimata orang tapi tiada rasa percaya...tiada perasaan..bersahabat...kenapa??...

Teman ketawa cukup ramai....tapi...kawan sejati tiada...

Tuesday, October 8, 2013

Kenangan Pesta Buku Melaka 2013

Dah lama tak menulis kat blog nie... masa tidak mengizinkan aku terus menulis...kerja-kerja hakiki yang perlu aku selesaikan itu yang perlu didahulukan...

Tak pelah hari nie nak cite sikit pasal Pesta Buku Melaka 2013.... tak payah cakap banyak kot...lihat gambar je la ye....

































Monday, April 29, 2013

Rasa Hati Ku Hari Ini

Kenapa...
Diingat semuanya dalam keadaan yang terkawal..
Hati menjadi berdebar bila mengetahui perkara sebenar
Rupanya silap perhitunganku...
Keputusan yang tidak diketahui
Kadaan diri yang tidak menentu
Membuatkan aku rasa risau...

Memang selalu ingatkan diri jangan diingati
Jangan difikiri tapi....kenapa sejak akhir -akhir nie
Keadaan diri seperti tidak bermaya...
Akan kugagah diri ini seperti orang lain...
Seperti tiada apa yang berlaku....
Biar aku yang rasa ....biar aku pendamkannya....

Nak menangis tak ada air mata
Meruntun hati seorang diri
Bila melihat orang orang yang disayangi
Ada kala rasa bagai nak gila memikirkannya

Hidup sentiasa diurung ketakutan
Sentiasa berhati hati tapi adakala teralpa jua..
3 tahun telah berlalu... kutiti hari...kuhitung tahun...
Sampai bila ...

Tuesday, March 19, 2013

Senyuman..

Memang aku selalu senyum...kadang-kadang tu..bibir sahaja yang terukir senyuman tapi didalam hati hujan lebat bagaikan mau bah...didasar hatiku...yelah...tak kan semua nak bagi tau orang ...dan tak semua boleh terima apa yang kita ingin sampaikan...


Walaupun adakala aku rasa tidak adil..tapi sebagai manusia aku perlu redha...seperti kata-kata dibawah ini...

Tapi aku..bahagia kerana adakala manuasia itu telah mengaku kesilapannya ....dalam membuat penilaian...Semua manusia boleh menipu tapi untuk apa???? untuk bahagia???? sampai bila???? berpura-pura???? biarlah hidup tidak dipandang orang tapi apa yang kita buat ..adalah dilandasan yang betul...tak perlu berpura-pura...


Wednesday, February 13, 2013

Madahku Dimalam Hari

Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T mempunyai perasaan dan akal fikiran....Tetapi sejauh mana akal fikiran dapat mengawal perasaan.

Setiap manusia sentiasa impikan menjadi yang terbaik untuk hidup dimuka bumi ini. Tapi bagai mana seseorang itu mencapai kejayaan yang terbaik terpulang dengan matlamat hidup masing-masing.

Emmm....Jangan impikan selalu yang terbaik kerana bila kita gagal untuk mencapai sesuatu yang terbaik kita akan rasa hampa dan kecewa. tak salah berimpi tapi mesti bertawakal dan redha dengan apa pun yang bakal terjadi.


Keseimbangan dalam hidup adalah perlu...sejauh mana keseimbangan yang kita perlu adalah bergantung kepada diri kita. Jangan terlalu ego dengan apa yang kita ada tapi cuba selami dan memahami apa yang orang sekelilingi kita rasa.

Hidup kita tidak sempurna kerana kita adalah manusia...walaubagaimanapun kita adalah makhluk yang paling sempurna yang dijadikan oleh Allah S.W.T

Orang selalu berkata...Jangan jadi lalang...kerana seperti tiada pendirian ...tapi sekurangnya lalang ada matlamat...kerana akarnya masih tertanam di bumi. Cuma jangan jadi bunga lalang..dahlah menumpang adakala terbang dibawa angin lalu seperti tiada pegangan.

Allah maha adil..apa yang dicipta semua bersebab...kenapa dan mengapa...cuba sebagai hambanya kita mesti terus berfikir...dan berfikir...akhirnya akan berjumpa jua penghujung penyebabnya.


Buku

Dah lama aku tidak  meluahkan apa yang aku rasa disini..Dah terpesung niat aku hari nie..Sepatutnya aku perlu menyiapkan Kertas Kerja yang perlu diberikan kepada Bos..esok..tapi dek kerana sindrom M aku telah melanda,...tetiba je terus bukak blog dan merapu tah apa-apa.. hehhe

Buku..
Ku buka dan ku baca
Kudengar suku kata
Terasa merdu dengan penuh bermakna

Termengelamun aku,,
A,B,C
itulah huruf pertama yang ku pelajari
1,2,3
Nombor pertama aku ikuti
Dan
Alif, Ba. Ta,
Aku hafali

Bila ku dengar...
Bila ku renung..
Memang benar, tanpa ilmu..
Hanya dapat dilihat
Tapi tidak dapat merasa nikmatnya
Maka tidak bermakna sesebuah buku

Terlalu banyak rahsia di dalam buku
Terlalu banyak yang perlu diterokai
Tapi ..tidak semua yang sanggup menyelami
Sehingga kedasarnya..

Ohhh..ruginya...bila permata terbiar

Biar merangkak
Biar bertatih
Asal membaca menjadi pedoman hidup
Agar bercahaya diri dan sanubari..

Aku dan Gedung Ilmu

Tak pernah ku  impi
Aku di Gedung Ilmu...
Tercebur diri disini
Bergelumang dengan ilmu
Sehingga aku leka

Tak terhitung hari demi hari
Usia mengjangkau tanpa disedari
Berjuang untuk diri dan anak bangsa
Tapi adakala kejian yang diterima

Tapi sejauh mana impian menjadi kenyataan
Sejauh mana realiti menjadi kejayaan
Impian dan terus bermimpi
Sehingga aku dimamah usia

Keringat yang tak pernah jemu
Walaupun aku dikeji ..
Walaupun tak ada sesiapa memuji
Tapi kerana aku di Gedung Ilmu

Takkan aku mengundur diri
Kerana aku telah berulit bertahun tahun dengan mu
Oh ...Gedung ilmu



Saturday, January 12, 2013

Izzah Liyana melangkah ke alam persekolahan

Masuk hari ini..dah 2 minggu angah menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Angah lebih berdikari berbanding dengan Izzati..Tak susah pun...angah pandai kira duit dan angah pandai cari peluang untuk membeli makanan. Angah seorang yang peramah jadi hari pertama dah dapat kawan yang bernama Ain.cuma apa yang aku risau pasal kelas dimana Angah akan ditempatkan. Apabila aku bertanya cikgu dimaklumkan dalam masa 2 minggu akan di jalankan saringan pertama untuk penempatan pelajar..Aku yakin angah boleh buat cuma angah nie cepat bosan..Bila bawak balik kerja sekolah angah malas nak buat atas alasan asyik asyik ABC..dan alif ba ta...tapi aku sentiasa menasihati dengan cara memuji...dan alhamdulillah angah ditempatkan di kelas pertama..tapi untuk mengekalkan kedudukan terpulang pada usaha angah ..ibu dan ayah..sentiasa mendoakan anak anak agar menjadi anak yang bijak....

Bukan..pandai yang menjadi ukuran..aku berusaha untuk masa depan mereka..tapi jika telah berusaha tapi tidak mencapai apa yang dihajati..kita mesti redha...

Friday, January 11, 2013

Gunting Kertas

Orang selalu kata gunting kertas macam kanka-kanak ..tapi itu semua aku tak kisah..sebab bila aku stress aku akan menggunting kertas diracik-racik sehingga bersepah sepah satu bilik...heheheh bila dah bersepah maka kenelah kemas....

Tapi itu semua aku tak kisah kerana dengan menggunting kertas yang berwarna warni rasa stress akan mengalir ke mengikut hujung gunting...ye lah..tak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan yang penting kene dengan caranya.

Bila mula menggunting..dengan tidak sedar kita akan menuju ke hujung dan akhirnya kertas itu akan terputus...tak kisahlah kilok mana pun yang diguna tapi akhirnya akan jumpa jalan penghujungnya.....aku pulak bila ada masalah suka sangat menggunting kertas...tapi suka yang berwarna warni....bila digunting dan terus menggunting aku akan rasa lega seperti... apa yang difikirkan akan terus mengalir dan hilang....tak kisahlah dia terus hilang atau untuk sementara ..tapi yang penting aku tak perlu nak pikir macam orang gila ...dan mencari jawapannya....hehehe..