Saturday, January 12, 2013

Izzah Liyana melangkah ke alam persekolahan

Masuk hari ini..dah 2 minggu angah menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Angah lebih berdikari berbanding dengan Izzati..Tak susah pun...angah pandai kira duit dan angah pandai cari peluang untuk membeli makanan. Angah seorang yang peramah jadi hari pertama dah dapat kawan yang bernama Ain.cuma apa yang aku risau pasal kelas dimana Angah akan ditempatkan. Apabila aku bertanya cikgu dimaklumkan dalam masa 2 minggu akan di jalankan saringan pertama untuk penempatan pelajar..Aku yakin angah boleh buat cuma angah nie cepat bosan..Bila bawak balik kerja sekolah angah malas nak buat atas alasan asyik asyik ABC..dan alif ba ta...tapi aku sentiasa menasihati dengan cara memuji...dan alhamdulillah angah ditempatkan di kelas pertama..tapi untuk mengekalkan kedudukan terpulang pada usaha angah ..ibu dan ayah..sentiasa mendoakan anak anak agar menjadi anak yang bijak....

Bukan..pandai yang menjadi ukuran..aku berusaha untuk masa depan mereka..tapi jika telah berusaha tapi tidak mencapai apa yang dihajati..kita mesti redha...

No comments:

Post a Comment