Sampai je kat office aku pun pergi kelaman web JPA dan aku terus buka bahagian peperiksaan .....dan bila aku melihat keputusan peperiksaaan yang lalu...dan didapati aku lulus......heheeheeeee Alhamdulillah...tapi pada awalnya aku tak percaya....takut salah tengok..aku pun memanggil maslinah kerani kewangan untuk mengesahkan ...hehehe bukan apa ....manalah tau mata aku nie blur......bila disemak memang sah aku lulus ........aku pun tersengih macam kerang busuk ....tapi sedih jugak kawan sepejabatku tak lulus kedua dua s subjek.....tak pelah usaha lagi ye din......
Bila aku kenangkan kisah disebalik peperiksaan nie ...malu pun ada...kerana selepas aku menduduki peperiksaan, aku rasa tidak yakin dengan kertas undang undang yang ku ambil.....ini kerana aku berasa penat dengan kerja harian sehingga aku tersalah send mesaj pada bos.....peristiwa itu membuatkan aku rasa terlalu malu dan telah menukar telefon....
Dan hari ini aku gembira dengan berita yang ku terima dan bersyukur pada Allah s.w.t. Amin.
No comments:
Post a Comment