Thursday, March 31, 2011

Hari Terakhir Kursus Induksi Umum

Letihnya hari ini ...Alhamdulillah aku sampai ke rumah.... Hari ini adalah hari terakhir Kursus Induksi Umum di jalan kan di IKWAS...Hari ini juga kami menjalani peperiksaan...Hari berdebar tak sabar nak tengok soalan.... selagi tak tengok soalan selagi tu aku rasa dalam kepala aku nie kosong....Alhamdulillah aku dapat menjawab semua soalan..aku berharap lulus dalam...peperiksaan.


Kumpulan " POSITIF"...satu kumpulan yang aku rasa rajin dan bersemangat...Sifat kerjasama yang tinggi...aku rasa bertuah di takdirkan berada dikumpulan tersebut....macam-macam cerita yang aku dengar...mengenai kumpulan masing-masing...lawak pun ada... membuat aku berfikir pun ada.....dunia oh dunia penuh dengan pelbagai perkara yang ada kala tak diterima akal...


Terima kasih kepada semua ahli kumpulan "POSITIF"...Lan, Shuk, Zamri, Iwan, Kak R, Liza, Yus, Shima, Emly, Tika dan Lily..


Sehari sebelum peperiksaan bermula kami telah membuat 2 pembentangan mengenai Wawasan 2020 dan kajian kes ..semuanya berjalan lancar...


Otak aku nie sebenarnya kat sana bukan saja memikirkan pasal kursus induksi tapi pikir gak pasal 2 peperiksaan..yang akan mendatang...Mungkin aku fobia dengan kata-kata yang ...kalau tak lulus tu memang bangang...waaaaa aku tak mau tak lulus...


Tapi apa-apa pun satu kelegaan pada diri aku hari nie...esok dah mula menjalankan tugas semula....seperti biasa....




Monday, March 21, 2011

Modul Induksi - Pengurusan Kewangan Kerajaan

Konsep Pengurusan Kewangan

- Adalah satu proses untuk pembiayaan perkhidmatan awam yang diuruskan oleh jentera pentadbiran kerajaan:

a) Perlu mengikutlangkah-langkah tertentu untuk memperolehi dan mengagihkan sumber-sumber berdasarkan keutamaan-keutamaan.

b) Menggunakan cara-cara dan kawalan-kawalan (perakaunan) tertentu untuk mencapai objekti-objektif kerajaan dengan cekap dan berkesan.


KAWALAN KEWANGAN

Kawalan keatas pengurusan kewangan merupakan satu tanggungjawab yang berat dan tidak boleh di elakkan serta terpenting dalam pentadbiran kerajaan. Menjadi lebih kompleks dan rumit dalam keadaan di mana pertumbuhan hasil dan perbelanjaan negara meningkat.


ASPEK KEWANGAN DALAM PERLEMBAGAAN

  1. Sistem pengurusan kewangan samada di peringkat kerajaan persekutuan atau negeri berlandaskan peruntukan dalam perlembagaan.
  2. Tiada cukai boleh dikutip atau bayaran dibuat melainkan melalui undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
  3. Segala hasil dan punguta wang hendaklah dimasukkan kedalam kumpulan wang disatukan kecuali kutipan zakat, fitrah dan baitulmal

AKTIVITI UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN

  • Mengkaji sumber hasil dan lain-lain sumber kewangan
  • Menentukan cara yang paling optimum dalam penggunaan dan pengagihan sumber kewangan
  • Mengawal Penggunaan Sumber Kewangan ( Elak pembaziran dan penyalahgunaan wang)
  • Penyediaan akaun dan laporan

SISTEM KAWALAN KEWANGAN

  1. Kawalan Dalaman
  2. Kawalan Perbelanjaan
  3. Kawalan Pungutan Hasil
  4. Kawalan Perolehan Dan Stor

PRINSIP DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

2 Prinsip Utama

- Akauntabiliti

  • Bermaksud memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan atau pun kegagalannya

-Legaliti

  • Bermaksud pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang digubal oleh kerajaan

AKAUTABILITI BERHUBUNG DENGA KAWALAN KE ATAS PERBELANJAAN

3 Peringkat utama kawalan

  • Kawalan Parlimen - Parlimen, Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
  • Perbendaharaan
  • Kementerian/Jabatan

5 PERINGKAT LEGALITI

  1. Terimaan wang awam
  2. Simpanan wang awam
  3. Pengeluaran wang awam
  4. Bayaran wang awam
  5. Perakaunan wang awam.

Hari Ke 5 -Kursus Induksi

Diam tak diam dah 5 hari aku berkursus di INTAN Kluang. Pada mulanya aku datang disini penuh debaran al maklumlah aku nie dah lama kerja baru nak tetap....tapi bila sampai rupanya ada yang lebih berumur dari aku. Hari ini aku bermain bola tampar campuran...Aku nie tak pernah main bola tampar tapi dengan bimbingan kawan-kawan baru seronok juga. Aku disini di lantik sebagai penghuluwati...pada awalnya aku tak tau apa tugas penghuluwati, tapi bila diterangkan baru aku tahu tugas-tugas yang perlu aku lakukan...hehehehe..
Aku nie kalau pi kursus aku tak kisah...aku boleh bercampur dengan semua orang, aku seronok dapat kawan baru, masa kursus nie juga aku dapat hilangkan semua kekusutan di hati aku... Kelas dah bermula dan aku perlu ulangkaji pelajaran kerana aku perlu lulus dan 2 peperiksaan sedang menunggu aku pada bulan April ini.
Esok dah mula dengan tugas berkumpulan dan dah bermula tugas-tugas yang perlu disiapkan....semoga aku dapat menyiapkan semua kerja yang diamanahkan dengan baik Amin.

Wednesday, March 16, 2011

Kursus Induksi - Hari Pertama

Semalam baru balik dari Kuala Lumpur bercuti dengan anak-anak dan suami...badan masih penat...dan bila pergi ke tempat kerja...aku terkejut kerana...sepatutnya aku akan ke INTAN Kluang Johor petang ini...emmmmm ...aku tak kemas baju lagi.... macamana nie...pening kepala aku nie...badan pun seram sejuk macam nak demam...
Aku pun telefon abang ...untuk bawa aku balik kemas baju....bukan apa aku nie menumpang orang biar aku cepat jangan aku yang lambat.... 3.40petang aku bergerak ke INTAN Kluang dengan rakan sepejabatku...menaiki kereta.... Jam 5.25 petang kami sampai ke INTAN Kluang...Aku semakin rasa bulu roma aku semuanya terasa menaik...mungkin rasa nak demam mula munular.... Lepas je pendaftaran...sesi angkat barang pulak...Aku bawak banyak barang bukan apa...nak duduk sini 2 minggu biarlah semua keperluaan aku tersedia....
Waaaaa...dapat bilik tingkat dua.....Bilik 205.. dah lah barang banyak kene angkat 2 kali... penat...sepenatnya hehehe...salah sapa...aku jugak... on komputer...bukan apa nak tengok ada line atau tidak...emmm alhamdulillah "line" laju yeeeeeee....Sampai je kat bilik aku terus susun barang dan menuggu masa nak makan... lepas makan aku makan ubat...Harap-harap esok aku sihat...hidung dah tersumbat .,cakap pun sengau..hehehe aku akan berkursus disini selama 2 minggu bermula 17 Mac sehingga 31 Mac 2011..Aku harap apa yang akan diajar akan masuk otak aku nie dan aku lulus dalam...peperiksaan itu nanti...Amin

Sunday, March 13, 2011

Cakap Tak Serupa Bikin

Aku paling benci kalau seseorang tu janji tapi dah tahu yang dia akan mungkir janji dia tu.....tapi hari ini ...sekarang aku terpaksa sebilik dengan salah seorang yang aku benci....Kisah nie dah hampir 2 tahun tapi hati aku ...dah tak boleh terima...eeee geramnya aku...Aku paham dan redha....ajal maut...perkahwinan dan penceraian adalah...takdir sekiranya berlaku...tapi, Bab sekarang nie..yang aku geram pompuan nie tak tau malu...janji dan tahu apa yang dia nak lakukan tapi.....bila tiba masa....dia penyebab keruntuhan rumahtangga...yang menyampahnya...sekarang dah jadi tunang kepada lelaki yang bercerai itu....
Aku tau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi....dua-dua salah GATAL....Hati aku nie jahat...bila aku dah tak suka keturunan dia pun aku tak suka....walupun sedara sendiri...aku susah nak benci orang tapi jangan ajar hati aku jadi jahat....dia akan jadi batu....
Janji yang dibuat oleh perempuan tu...depan aku...kalau aku tak dengar dengan telinga dan mata aku nie aku tak kisah dan mungkin aku tak membenci dia..tapi....aku nie masih tak pekak dan tak buta....Tapi aku tau ...Dia tahu aku tak suka dia......pegi mati dengan dia...
Walaupun tak lama lagi dia akan berkahwin dan menjadi sebahagian keluarga aku...tapi....aku tetap tak terima dia...BENCIIIIIIII.......
Oleh itu bila kita jadi manusia.....jangan senang nak berjanji kerana...BERJANJI TANPA BOLEH MENEPATI AKAN MRNGUNDANG KEBURUKANNYA..

Saturday, March 12, 2011

Azahar Rasadi Dalam Kenangan




Tiba-tiba aku terkenang pada kenangan... Azahar Rasadi Dan Naida Hazni adalah nama yang tak asing pada aku...Aku mengenali Azahar sejak tahun 1997. Mengenali Azahar melalui Naida Hazni, Isteri kepada Azahar Rasadi.....

Bila aku lihat gambar di atas aku rasa sedih...kerana dalam usia yang muda sahabatku Naida Hazni telah kehilangan suami tersayang. Aku mengenali Naida Hazni, semasa aku masuk ke UiTM pada tahun 1997....Aku rapat dengan Naida kerana tarikh lahir kami adalah hampir sama...Naida lahir pada 10 September dan tarikh lahir aku pada 6 September....

Naida mula berkawan dengan Azahar sejak mereka part 1, macam-macam dugaan dalam hubungan mereka...sehingga mereka telah memutuskan pertunangan mereka....tapi kalau dah jodoh tak kemana....Perhubungan yang terputus disambung semula dan mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 orang cahaya mata....

Naida ..berkerja di UPSI dan Azahar berkerja di RTM....dari dulu lagi aku selalu bertanya...pada Naida " Tak penat ke Azahar berulang alik ke Kuala Lumpur ke Perak"......"dah rezeki di sana"..jawap Naida....

Azahar adalah seorang yang baik dan pendiam...tetapi romantik...heheheeh...tapi kalau marah kemut-kemut muka dia....itu semua adalah kenangan....Kenangan terakhir aku dan suami bersama mereka semasa kami mula mempunyai anak pertama...Kami berkumpul di Kuala Lumpur untuk perjumpaan antara keluarga aku, keluarga Naida dan Keluarga Sya...kerana kami amat rapat makan bersama dan tidur juga bersama...

..sampai sini je...nanti sambung lagi

Thursday, March 10, 2011

Happy Birthday Nor Izzah Liyana - 5 Tahun

Adam pun nak potong kek

Kakak Izzati menangis dan merajuk sebab Izzah lebih lawa dari dia hehehe


Kek untuk Nor Izzah Liyana dari ibu dan ayah


Kecik je ....


Cik Non dan angah




Izzah dan keluarga...Adam tak reti duduk diam





Dania ..sepupu Izzah..emmm cium paksa tu






Angah dengan pose istimewa
Pada 8 Mac 2011..genap Nor Izzah Liyana Bte Noor Azmy 5 tahun. Kebiasaannya aku akan membeli kek dan membuat goodies dan menghantarnya ke TABIKA. Tetapi pada tahun ini aku rasa perjalanan masa terlalu laju sehingga aku tak dapat menyediakan seperti kebiasaan. Tetapi dah kerana Nor Izzah Liyana adalah kanak-kanak...pada petang 8 Mac lepas balik dari kerja aku terus ke kedai kek.. untuk membeli kek. Almaklumlah kek ready made maka aku pun beli beberapa barang untuk tambahan diatas kek untuk hiasan.
Dan tahun ini kek pun comel je hanya setengah kilo....Tapi bagi aku, walaupun ala kadar yang penting Izzah gembira. Lepas magrib dan lepas mengaji Izzah disolek cantik ..hehehe yang penting gambar mau glamor. Tiba-tiba kakak merajuk kerana dia tak cantik macam Izzah...
geram je aku tengok perangai dia tapi SABARRRRRR.......tak mau mood hilang...Aku juga minta Cik Non ambil Dania di Sungai Rambai...Dania satu-satunya anak buah aku setakat ini, tapi tak lama lagi insyaallah akan ada 2 orang lagi kerana adik ipar dan adik aku aisyah akan bersalin pada bulan 6 ini. Dania datang dengan sepupu dia...emen bukan apa..bila majlis kanak-kanak mesti ada kakak-kanak ...walaupun hanya 5 orang...Izzah, Izzati, Dania, Emen dan termasuk Adam.
Izzah nampak comel dengan baju tu...pada awalnya dia kata gatallah..miang lahh... siap pakai baju lapis lagi lagi heeee untuk hilangkan rasa miang dia tu....Izzah sebenarnya tak suka baju yang ada kain net... tapi bila dah cantik dia yang paling suka... hilang semua miang dan gatal....
"Crown" di beri oleh Nek Alang dari Singapura untuk Izzah, Izzati dan Dania ...Sarung tangan dan cekak macam pengantin Cik Syah punye... pinjam yeeeee..Apa-apa pun yang penting Izzah suka dan gembira di ulang tahun ke 5 dia. Walaupun amat sederhana tapi yang penting dia gembira....






Friday, March 4, 2011

Gambar Kenangan Bersama Pengarah Perpustam Di Program Semarak Jawi


Gambar ini diambil semasa Program Semarak Jawi Di Perpustakaan Cawangan Merlimau yang baru berlangsung petang tadi.....Ramai yang memuji baju yang kami pakai cantik. Terima kasih kepada sesiapa yang memuji....Sebenarnya baju ini adalah baju semasa Perarakan Maulidur Rasul yang lalu...tapi memang pun warna dan corak baju nie cantik...Lagi-lagi dipakai oleh orang yang comel-comel hehehee....
Gambar ini juga adalah gambar pertama kami berempat sama-sama bergambar bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka...Semoga gambar ini menjadi kenangan untuk kami semua.

Thursday, March 3, 2011

9 Tips Mengelakkan Penceraian


Semua pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian..Namun, harapan sahaja tidak cukup kalau tidak di disertai dengan usaha...

Dibawah ini disenaraikan tips berkesan untuk menghindari penceraian.

TIPS 1


Komunikasi dua hala


- Sentiasa berbincang baik semasa berada di rumah atau semasa berjauhan. Berbincanglah semasa bersantai. Ketidakharmonian rumah tangga bermula dari kurang berkomunikasi dua arah antara suami dan isteri.masing-masing saling simpan perasaan dan masalah seolah-oleh bersendirian miskipun berada di bawah satu bumbung.


TIPS 2


Keterbukaan tentang masalah seks


- Masalah seks ternyata penyebab berlakunya penceraian. Selain dari untuk mendapatkan zuriat, seks juga adalah untuk rekreasi dan ekspresi cinta. tak salah berbincang mengenai seks untuk mengindahkan lagi rasa, teknik dan posisi dan lokasi baru untuk kesenangan bersama. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan perlu berkomunikasi dengan pasangan anda dan sebaliknya.



TIPS 3


Menerima pasangan seadanya


- Apabila sudah berkahwin dan sebumbung semua sifat sebenar akan terserlah. Sifat itu mungkin tidak sama seperti semasa anda bercinta. Oleh itu terimalah seadanya pasangan anda kerana setiap manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T tidak sempurna.


TIPS 4


Jangan biasakan berbohong


- Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing bukan? Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui bahawa perkara ini akan berlanjutan dan lama-kelamaan anda akan menganggap berbohong kepada pasangan aalah perkara biasa. Supaya perkara ini tidak terjadi...jangan berbohong dan berceritalah dengan pasangan..."BIAR PAHIT TAPI JADI UBAT......JANGAN MANIS TAPI JADI RACUN."


TIPS 5


Jangan cemburu berlebihan


-Ramai yang kata "Cemburu tandanya sayang " tapi kalau cemburu buta akan memudaratkan. Apa-apapun bertanya kepada pasangan jangan ambil kesimpulan sendiri....


TIPS 6


Hindari Kecurangan


- Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Kecurangan biasanya berlaku kerana pasangan kesepian..Bagi menyelesaikan masalah ini cuba cari punca permasalahan kemudian cuba hindari atau perbaikinya....



TIPS 7


Cari orang tengah


- Sekiranya masalah rumahtangga yang berlaku tidak dapat diselesaikan...sebaiknya carilah orang ketiga...tetapi perlu diingati orang itu perlulah orang yang di hormati seperti ibu dan ayah...emmmm jangan pula cari kawan pejabat yang lain jantina....nanti lain pula jadinya....



TIPS 8


Tetap Mesra


- Agar hubungan anda dan pasangan sentiasa mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan hanya masa bercinta muda-muda....sentiasalah gengam tangan pasangan...ikutlah contoh orang barat walaupun dah tua tapi bila berjalan masih berpimpin tangan.....jangan pula lagi dah berumur isteri dibelakang sebatu dari suami... Ingat......SETIAP HARI SAYANG....yang lebih baik...setiap hari peluklah pasangan masing-masing walaupun sekejap..


TIPS 9


Pasrah dengan yang esa


- Bila berhadapan dengan masalah rumahtangga dan sebagainya...Berdoa dan pasrah dengan apa yang berlaku...kerana apa yang berlaku ada hikmahnya.....Sentiasa ingat Tuhan cuba menyelesaikan masalah anda....dengan sebaik munggkin...fikirlah dengan positif..untuk masa depan jangan berfikiran singkat.




-SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA...SEMOGA RUMAH TANGGA YANG DIBINA BERKEKALAN HENDAKNYA...AMIN.




Wednesday, March 2, 2011

Hari Jadi Fatin Naziah 2010 - 8 Tahun-Singapore

Ibu & Jiah

Jiah dan Dayang-dayang

Ciuman dari kakak-kakak

Suamiku....

Cik Non & The Geng

Game Suami & Isteri

Aktiviti Kanak-Kanak

Happy Birthday Naziah









Perhimpunan Pagi PERPUSTAM Bil 1/2011

Anugerah Kakitangan Terbaik

Separuh daripada kumpulan Koir Jabatan

Pengerusi & Pengarah PERPUSTAM


Pengerusi PERPUSTAM sedang Berucap
Ucapan daripada Pengerusi PERPUSTAM biasanya ada kata-kata yang aku suka... Hari ini beliau ada menyatakan bahawa sempena Tema Maulidur Rasul 2011 iaitu 1 Malaysia 1 Ummah...yang bermaksud 1 Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum mesti hidup dalam keadaan harmoni.
Beliau juga memberitahu bahawa kita perlu mencontohi Rasullullah S.W.T dalam pelbagai perkara contohnya sebagai bapa, Suami, peniaga dan pemimpin yang terbaik didunia.
Bila direnung-renung...YB Pengerusi memang banyak ILMU di dada....ucapannya memang sedap didengar dan banyak nasihatnya untuk aku meneruskan hidup ini....

CERITA DI PAGI HARI.....
Hari ini...di pagi hari...tiba-tiba aku terlupa...emmmm hari ini nak pakai baju apa ye?? puas aku fikir tapi tak dapat jawapannya...Aku pun mengambil keputusan untuk menelefon rakan sepejabat ...Suriati untuk bertanya....bila dia angkat telefon....dia terkejut kerana subuh-subuh menelefon dia ...eheheheheee..aku pun tak tahu kenapa pagi-pagi lagi otak nie dah buntu..
Ok..aku dah dapat jawapan......PAKAI BAJU BATIK PERPUSTAM...
Hari ini aku sengaja bawa Kamera bersama flash baru...untuk digunapakai semasa Perhimpunan Pagi berlangsung... Saja je...nak tau sejauh mana flash SB 700 berfungsi. Walaupun tak banyak gambar yang aku ambil tapi aku dapat rasakan flash ini berguna untuk aku...
Masa di perhimpunan pagi bil1/2011 mie...En. Zahrin Bin Maizan telah terpilih menjadi kakitangan terbaik...Daripada Unit Pembangunan.