Friday, June 19, 2009

Fad masuk Hospital - My Best Friend


Fad adalah kawan baikku...yang paling baik diantara yang terbaik...Aku mula berkawan dengan dia sejak aku berumur 8 tahun sehingga sekarang...Tak pernah sekalipun hatiku terguris kerana dia...Dia juga seorang kawan yang boleh dipercayai..Sehingga sekarang tiada kawan yang sebaik dia yang pernah aku jumpai...
Semalam aku dapat tahu fad dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecil...Saluran Payudara yang tersumbat.Walau pun  pembedahan itu sedikit tapi aku risau dengan keadaan dia...Semua masalah dan apa-apa cerita semuanya berada pada fad...aku harap fad cepat sembuh.
Masa zaman persekolahan....Fad  juga yang menemani aku belajar dirumah...Adakala fad tidur dirumah aku....Mak dan ayah aku pantang nenek moyang  dia, aku tidur di rumah orang jadi apa-apa pun fad adalah peneman aku....Mak dan ayah aku pun percaya dengan fad...Fad juga menjadi penasihat aku dikala aku kesedihan  dan kesusahan.Aku bersyukur ada kawan yang sebaik Fad
Bukan kawan lain tak baik tapi fad yang terbaik setakat ini.Dari sekolah rendah,menengah,ITM dan sehinga sekarang...kami tetap berhubung dan fad tak pernah menolak bila aku perlukan pertolongan.Terlalu banyak kisah akudan fad...semoga perhubungan kami sentiasa di rahmati Allah S.W.T. Amin

1 comment:

  1. zarina.............sampaikan salam dan doa ijul pada dak fad, semoga dia cepat dan kembali ceria semula.....kalau dah sembuh nanti rajin-rajinlah jaga kesihatan.....

    ReplyDelete