Hidup ini sukar untuk diramalkan,terlalu penuh dengan kesukaran,kepahitan dan kesakitan.Bukan mudah sebenarnya untuk mengapai bahagia.Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri,namun semakin jauh ia pergi.....
Dalam kamus,perkataan kasih diertikan sebagai perasaan sayang atau cinta.Perkataan sayang pula membawa erti mengasihi dan mencintai.Walau bagainamapun,tidak dapat diuraikan dengan jelas perkataan mana yang mempunyai nilai tinggi dari segi perasaan,Namun demikian,dalam amalan..perassan kasih lebih berbekas dijiwa.
Kita sering mendengar cerita tentang orang yang merana kerana putus kasih atau cinta tetapi tidak pula dikatakan putus sayang. Malah kerap dikatakan bahawa dua pihak yang berkasih, tetap sayang menyayangi.miskipun telah berpisah atau putus kasih.Itulah sebabnya dikatakan kita boleh memisahkan dua orang yang berkasih tetapi tidak dapat memutuskan perasaan saling menyayangi di antara mereka.
Peristiwa berkasih yang berlaku dalam kehidupan orang muda membuktikan bahawa kasih orang muda bukanlah kasih sejati.kasih orang muda mudah putus di tengah jalan.
Sebenarnya putus kasih adalah lumrah alam.Mungkin kerana bertukar kasih dan hanya kasih suci dan sejati yang kekal abadi.Kasih sejati itu masuk melalui gerbang budi, iaitu terpaut kasih kerana budi pekerti yang terpuji sebagai lambang akhlak yang tinggi.Kasih demikian yang harus dicari,agar kehidupan diberkati Allah.
Walaubagaimanapun, kasih wujud dalam bentuk rasa.Gambaran dan bayang kasih itu terlihat pada kata-kata dangerak laku di antara dua orang yang sedang di lamun rasa kasih.hakikatnya,kasih sejati tidak dapat dinyatakan dengan jelas dalam bentuk kata-kata kerana kasih sejati tersemat di dasar jiwa.Rasa kasih adalah satu sifat yang mulia dan suci dan ada ketikanya ia dilahirkan dalam bentuk cinta.Pujangga Hamka menyatakan cinta itu suci,cinta itu tidak buta.Yang tidak suci dan yang buta adalah orang yang mempergunakan cinta...
No comments:
Post a Comment