Friday, October 14, 2011

Perjalanan Hari Ini 13 oktober 2011

Hari ini ada lah hari yang paling sibuk untuk semua kakitangan kerajaan Negeri Melaka. Hari ini sahaja ada 5 majlis besar kerajaan negeri Melaka....walaubagaimanapun aku cuma hadiri 3 daripada itu... itu pun rasa dah tak larat....lagi lagi bulan ini adalah bulan yang paling sibuk., berbagai bagai aktiviti kerajaan negeri....sehingga ada kala rasa penat seperti tidak tertanggung....



dari pagi jam 8.40 pagi aku telah berada di Universiti Teknikal Melaka kerana menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Bahasa peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia



Kemudian jam 1.30 tengahari semua pegawai kerajaan diwajibkan ke perhimpunan bulanan kerajaan negeri Melaka yang kali ini dilaksanakan di ballroom tingkat tiga MITC Melaka.....pada kali ini perhimpunan pagi di anjurkan oleh Pejabat Daerah Jasin....









Kemudian apabila tamat perhimpunan bulanan aku terus kemajlis seterusnya iaitu Majlis Perasmian Karate Remaja Dunia yang berlangsung di MITC Melaka....acara nampak meriah dan dirasmikan oleh Perdana Mernteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Razak...Majlis berlangsung sehingga hampir jam 5.00 petang.....

Sepatutnya malam ini aku mempunyai Majlis seterusnya yang perlu di hadiri iaitu Perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam yang juga akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia...tapi oleh kerana badan penat dan tidak diwajibkan....maka aku memilih untuk tidak menghadirkan diri....esok nak keje lagi.....esok juga apa temujanji di hospital....nak pergi ke tak mau.....???? tunggulah mimpi kata apa ye....

Gamabar gambar akan dimasukkan kemudian......kerana tak tranfer lagi.

No comments:

Post a Comment