Saturday, October 22, 2011

Hobi. ....akan disambung

Setiap manusia antara sedar atau tidak mereka mempunyai hobi. Mengikut kamus dewan edisi empat mukasurat 543 baris kelima sebelah kiri menerangkan maksud hobi adalah kegemaran yang dilakukan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan utama. Aku juga pernah mempunyai hobi yang aku rasakan berharga kerana apa yang aku perolehi itu berbagai warna dan mempunyai ceritera tersendiri....

Hobi aku masa aku kecil adalah mengumpul setem....ada yang aku perolehi dari pengumpulanku sendiri dan ada aku kirim kepada kawan kawan yang pergi keluar negara.....Selain dari itu aku bertuah kerana bapa saudaraku bekerja di Pejabat Pos. ....jadi salah satu sumber setem yang aku perolehi adalah melalui pak cik....

Aku mula mengenali dan minat pada setem semasa aku darjah dua...Setiap hari pekerjaanku adalah kekedai membeli barang keperluan nenek. Sambil itu aku juga suka melihat surat yang dihantar oleh posmen....dari situ timbul perasan suka terhadap setem....kerana setem akan bertukar mengikut apa apa peristiwa tapi ada juga setem normal untuk sepanjang tahun. Pada awalnya aku mula mengumpul melalui surat surat yang diterima oleh nenek atau ada juga yang aku kopek setem dari kedai hehehhe jahat kan aku nie...Kemudian aku mula membeli buku setem di singapura....Bila hobi aku dikesan pak cik, pak cikku yang juga akan membantu aku mengumpul setem...

Aku paling suka setem yang dibawa oleh pak cik kerana ada pelbagai bentuk dan warna....ada satu perkara yang perlu diketahui bagaimana hendak menjaga setem dan mengasingkan setem dari pelekat sampul surat. Kita tidak boleh tarik setem dari kertas sampul surat kerana ini akan mengakibatkan setem rosak dan koyak...

Cara mengasingkan setem dan cebisan sampul surat adalah...

- Rendam setem kedalam mangkuk yang berisi air
- Tunggu sehingga setem dan cebisan kertas betul betul basah
- Tarik perlahan lahan untuk pisahkan setem dan kertas tersebut
- Kemudian jemur setem tersebut, jangan jemur ditempat yang terlalu panas kerana ia akan merosakan setem tersebut.

........Tapi perlu diingat jangan jemur setem berlimpap- limpap antara setem kerana sisa gam setem itu sendiri akan melekatkan setem tersebut dengan setem yang lain....dan perlu diingatkan jangan letak setem yang sedang basah diatas kertas itu juga akan melekatkan semula setem tersebut bila ia kering.....jemur dengan cara menggantungnya satu persatu....

Hasil yang akan diperolehi adalah memuaskan. Semasa aku kecil ada juga kawan kawan yang mahukan setem yang banyak dengan kadar segera dengan bermain tekup tekup.....aku nak bagi tau cara main tu aku pun tak tau macamana nak terangkan....tapi yang aku tahu...bila angin daripada bawah telapak tangan keluar dan menterbalikkan setem tersebut banyak atau sikit jadi itu akan menjadi kepunyaan mereka....

Pada masa itu, aku tidak berapa gemar cara permainan begitu untuk mendapatkan setem kerana setem akan rosak dan berkedut...tidak cantik...heheheh tapi ada kala aku main juga kerana inginkan setem yang belum ada dalam simpanan ku tapi aku akan pastikan setem yang aku pertaruhkan adalah setem yang terlalu banyak dalam simpanan atau setem yang telah rosak hehehehe....

Tapi biasanya bila aku dapat setem tersebut ada yang rosak dan ada yan perlu aku buat pemulihan seperti setem yang berkedut aku terpaksa mengosoknya dengan seterika tapi perlu diingatkan bila kita nak gosok setem dengan seterika mesti dilapik dengan kain nipis agar cop hitam yang ada pada setem tersebut tidak mengotorkan setem tersebut...

Aku akan rasa puas dan bahagia bila aku mengira setem yang ada dalam simpanan ku...daripada hobi ini juga aku mengenali banyak negeri dan negera yang ada di dunia ini....dari situ aku mula suka melihat peta dunia dan masa aku berada di darjah dua aku mula tahu apa itu benua, pulau, negeri dan negara....

Aku juga tahu sesuatu perkara yang ada pada sesebuah negeri itu.....melalui setem banyak perkara yang aku perolehi sehingga kadang kadang tu sampai berangan angan nak pergi ke sesebuah negara itu heheheeh...Satu lagi yang unik pada setem adalah bentuknya...ada yang empat segi, tiga segi, bulat dan empat segi panjang.....

....

No comments:

Post a Comment