Merenung masa depan hendaklah sesekali menoleh ke belakang,kerana sejarah hidup manusia itu sentiasa berulang....
Thursday, October 27, 2011
Saturday, October 22, 2011
Hobi. ....akan disambung
Setiap manusia antara sedar atau tidak mereka mempunyai hobi. Mengikut kamus dewan edisi empat mukasurat 543 baris kelima sebelah kiri menerangkan maksud hobi adalah kegemaran yang dilakukan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan utama. Aku juga pernah mempunyai hobi yang aku rasakan berharga kerana apa yang aku perolehi itu berbagai warna dan mempunyai ceritera tersendiri....
Hobi aku masa aku kecil adalah mengumpul setem....ada yang aku perolehi dari pengumpulanku sendiri dan ada aku kirim kepada kawan kawan yang pergi keluar negara.....Selain dari itu aku bertuah kerana bapa saudaraku bekerja di Pejabat Pos. ....jadi salah satu sumber setem yang aku perolehi adalah melalui pak cik....
Aku mula mengenali dan minat pada setem semasa aku darjah dua...Setiap hari pekerjaanku adalah kekedai membeli barang keperluan nenek. Sambil itu aku juga suka melihat surat yang dihantar oleh posmen....dari situ timbul perasan suka terhadap setem....kerana setem akan bertukar mengikut apa apa peristiwa tapi ada juga setem normal untuk sepanjang tahun. Pada awalnya aku mula mengumpul melalui surat surat yang diterima oleh nenek atau ada juga yang aku kopek setem dari kedai hehehhe jahat kan aku nie...Kemudian aku mula membeli buku setem di singapura....Bila hobi aku dikesan pak cik, pak cikku yang juga akan membantu aku mengumpul setem...
Aku paling suka setem yang dibawa oleh pak cik kerana ada pelbagai bentuk dan warna....ada satu perkara yang perlu diketahui bagaimana hendak menjaga setem dan mengasingkan setem dari pelekat sampul surat. Kita tidak boleh tarik setem dari kertas sampul surat kerana ini akan mengakibatkan setem rosak dan koyak...
Cara mengasingkan setem dan cebisan sampul surat adalah...
- Rendam setem kedalam mangkuk yang berisi air
- Tunggu sehingga setem dan cebisan kertas betul betul basah
- Tarik perlahan lahan untuk pisahkan setem dan kertas tersebut
- Kemudian jemur setem tersebut, jangan jemur ditempat yang terlalu panas kerana ia akan merosakan setem tersebut.
........Tapi perlu diingat jangan jemur setem berlimpap- limpap antara setem kerana sisa gam setem itu sendiri akan melekatkan setem tersebut dengan setem yang lain....dan perlu diingatkan jangan letak setem yang sedang basah diatas kertas itu juga akan melekatkan semula setem tersebut bila ia kering.....jemur dengan cara menggantungnya satu persatu....
Hasil yang akan diperolehi adalah memuaskan. Semasa aku kecil ada juga kawan kawan yang mahukan setem yang banyak dengan kadar segera dengan bermain tekup tekup.....aku nak bagi tau cara main tu aku pun tak tau macamana nak terangkan....tapi yang aku tahu...bila angin daripada bawah telapak tangan keluar dan menterbalikkan setem tersebut banyak atau sikit jadi itu akan menjadi kepunyaan mereka....
Pada masa itu, aku tidak berapa gemar cara permainan begitu untuk mendapatkan setem kerana setem akan rosak dan berkedut...tidak cantik...heheheh tapi ada kala aku main juga kerana inginkan setem yang belum ada dalam simpanan ku tapi aku akan pastikan setem yang aku pertaruhkan adalah setem yang terlalu banyak dalam simpanan atau setem yang telah rosak hehehehe....
Tapi biasanya bila aku dapat setem tersebut ada yang rosak dan ada yan perlu aku buat pemulihan seperti setem yang berkedut aku terpaksa mengosoknya dengan seterika tapi perlu diingatkan bila kita nak gosok setem dengan seterika mesti dilapik dengan kain nipis agar cop hitam yang ada pada setem tersebut tidak mengotorkan setem tersebut...
Aku akan rasa puas dan bahagia bila aku mengira setem yang ada dalam simpanan ku...daripada hobi ini juga aku mengenali banyak negeri dan negera yang ada di dunia ini....dari situ aku mula suka melihat peta dunia dan masa aku berada di darjah dua aku mula tahu apa itu benua, pulau, negeri dan negara....
Aku juga tahu sesuatu perkara yang ada pada sesebuah negeri itu.....melalui setem banyak perkara yang aku perolehi sehingga kadang kadang tu sampai berangan angan nak pergi ke sesebuah negara itu heheheeh...Satu lagi yang unik pada setem adalah bentuknya...ada yang empat segi, tiga segi, bulat dan empat segi panjang.....
....
Dia yang ku kenali
Ketika aku kehilangan...ketika aku kesedihan....
Aku bagaikan anak kecil yang rindu di belai....
Kau hadir tanpa aku duga....
Umpama anak kecil yang mengenali orang asing...aku amat takut...
Tapi bila semakin hari walaupun jarang ketemu ....
Kau umpama jelmaan ayah
yang amat faham dan menjadi idolaku....
Aku tak perlukan belaian ...aku tak perlukan pujian
Tapi kerana kau menjalankan tanggungjawab dengan penuh ikhlas...
Membuatkan aku kagum.....
Raut wajah seorang ayah yang penyanyang amat terpancar .....
kau mengajar ku umpama seorang ayah mengajar anaknya....
kau jua membuat aku amat rindu pada ayah....
Rindu pada tempat aku meluahkan segalanya....
Kerana kini aku terlalu sunyi...
Menjalani liku kehidupan keseorangan....
Dan kini aku terpaksa berfikir sendiri.......
Aku bagaikan anak kecil yang rindu di belai....
Kau hadir tanpa aku duga....
Umpama anak kecil yang mengenali orang asing...aku amat takut...
Tapi bila semakin hari walaupun jarang ketemu ....
Kau umpama jelmaan ayah
yang amat faham dan menjadi idolaku....
Aku tak perlukan belaian ...aku tak perlukan pujian
Tapi kerana kau menjalankan tanggungjawab dengan penuh ikhlas...
Membuatkan aku kagum.....
Raut wajah seorang ayah yang penyanyang amat terpancar .....
kau mengajar ku umpama seorang ayah mengajar anaknya....
kau jua membuat aku amat rindu pada ayah....
Rindu pada tempat aku meluahkan segalanya....
Kerana kini aku terlalu sunyi...
Menjalani liku kehidupan keseorangan....
Dan kini aku terpaksa berfikir sendiri.......
Wednesday, October 19, 2011
Saya Suka Awak
Apa yang anda fikir kalau ada orang kata "saya suka awak". Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang terkejut....dan mungkin ada yang tidak suka......Itu semua tertakluk kepada siapa yang mengucapkan dan siapa yang menerima ucapan itu.
Kita juga perlu tahu makna disebalik " Saya suka awak"....jangan mudah perasan dan jangan mudah melenting kerana erti " saya suka awak" adalah besar maknanya. Erti suka tidak bermaksud cinta dan tidak bermaksud kasih..suka mungkin bermaksud suka berkawan, suka dengan personaliti yang sedia ada pada seseorang...atau juga bermaksud gembira bila bersama.....
Tapi...zaman sekarang nie dah dikatakan zaman highway......mungkin tatabahasa dan susunan bahasa tidak sehalus dan tidak sebunga orang zaman dahulu...jadi lebih baik bertanya dengan lebih lanjut bila ada orang berkata demikian....biar terang walaupun telah bersuluh daripada tidak faham maksud sebenar apa yang diperkatakan...
Tuesday, October 18, 2011
Rintik-Rintik Hujan
Ku ditepi jendela
Ku lihat rintik rintik hujan ...
Mula membasahi jendelaku...
Alunan angin menderu..
Aku lihat alunan awan hitam berarak dan terus berarak
Siulan angin...mengejutkan
Tapi sungguh indah bila awan ..
Berarak beralunkan deruan angin kencang...
Kulihat dikiri jendelaku ...hujan telah gugur kebumi...
Tidak tertampung bagaikan airmata yang gugur tanpa dapat dibendung...gugur dan terus gugur
Sungguh indah air hujan itu....
Bagai dipujuk...
Angin yang menderu tiba-tiba diam...
Hujan yang lebat itu tiba-tiba berhenti...
Hanya guruh yang derdentam dentum seperti memanggil hujan
Turun kebumi....
Seperti tidak puas dengan alunan tadi....
Hujan,angin...guruh dan kilat umpama rakan sepermainan...
berulit ..antara satu sama lain....
yang aku tahu itu semua adalah lumrah alam....
....Hujan di pejabatku jam 3.27petang.....
Ku lihat rintik rintik hujan ...
Mula membasahi jendelaku...
Alunan angin menderu..
Aku lihat alunan awan hitam berarak dan terus berarak
Siulan angin...mengejutkan
Tapi sungguh indah bila awan ..
Berarak beralunkan deruan angin kencang...
Kulihat dikiri jendelaku ...hujan telah gugur kebumi...
Tidak tertampung bagaikan airmata yang gugur tanpa dapat dibendung...gugur dan terus gugur
Sungguh indah air hujan itu....
Bagai dipujuk...
Angin yang menderu tiba-tiba diam...
Hujan yang lebat itu tiba-tiba berhenti...
Hanya guruh yang derdentam dentum seperti memanggil hujan
Turun kebumi....
Seperti tidak puas dengan alunan tadi....
Hujan,angin...guruh dan kilat umpama rakan sepermainan...
berulit ..antara satu sama lain....
yang aku tahu itu semua adalah lumrah alam....
....Hujan di pejabatku jam 3.27petang.....
Friday, October 14, 2011
Perjalanan Hari Ini 13 oktober 2011
Hari ini ada lah hari yang paling sibuk untuk semua kakitangan kerajaan Negeri Melaka. Hari ini sahaja ada 5 majlis besar kerajaan negeri Melaka....walaubagaimanapun aku cuma hadiri 3 daripada itu... itu pun rasa dah tak larat....lagi lagi bulan ini adalah bulan yang paling sibuk., berbagai bagai aktiviti kerajaan negeri....sehingga ada kala rasa penat seperti tidak tertanggung....
dari pagi jam 8.40 pagi aku telah berada di Universiti Teknikal Melaka kerana menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Bahasa peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Kemudian jam 1.30 tengahari semua pegawai kerajaan diwajibkan ke perhimpunan bulanan kerajaan negeri Melaka yang kali ini dilaksanakan di ballroom tingkat tiga MITC Melaka.....pada kali ini perhimpunan pagi di anjurkan oleh Pejabat Daerah Jasin....
Kemudian apabila tamat perhimpunan bulanan aku terus kemajlis seterusnya iaitu Majlis Perasmian Karate Remaja Dunia yang berlangsung di MITC Melaka....acara nampak meriah dan dirasmikan oleh Perdana Mernteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Razak...Majlis berlangsung sehingga hampir jam 5.00 petang.....
Sepatutnya malam ini aku mempunyai Majlis seterusnya yang perlu di hadiri iaitu Perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam yang juga akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia...tapi oleh kerana badan penat dan tidak diwajibkan....maka aku memilih untuk tidak menghadirkan diri....esok nak keje lagi.....esok juga apa temujanji di hospital....nak pergi ke tak mau.....???? tunggulah mimpi kata apa ye....
Gamabar gambar akan dimasukkan kemudian......kerana tak tranfer lagi.
Wednesday, October 12, 2011
Peperiksaan Oh peperiksaan
Hari ini aku menempuh sesi peperiksaan....bukan tak faham soalan..tapi oleh kerana aku terlalu penat..sangat semalaman aku tak tidur ...jadi aku tak dapat menumpukan perhatian kepada peperiksaan yang telah aku tempuhi tadi....cuma aku boleh bertawakal dan berdoa agar aku lulus...
kalau aku nak kesal pun tak ada guna....aku ada usaha tapi mungkin tak cukup usaha itu...aku pasrah je le....malas aku nak fikir yang atas meja pun dah berserabut....menunggu aku dengan fail-fail yang berselerakkan....
Kepala aku berdenyut-denyut....macam nak pecah...tapi dah tugas menuggu.....
Alangkah bagus kalau bercuti di pulau peranginan........entahlah aku akan terus bermimpi...wakakaka
Sunday, October 9, 2011
Sambutan Hari Jadi TYT Melaka yang ke 73
Sambutan Hari Jadi TYT Melaka telah berlangsung selama 2 hari....seperti acara tahunan, Anugerah pingat,bintang dan darjah kebesaran Negeri Melaka akan diberi kepada yang berjasa kepada negeri Melaka.. Pada malam 8 Oktober 2011,Satu majlis makan malam telah di adakan di Hotel Equatorial Melaka. Untuk tahun ini PERPUSTAM telah menghadiahkan TYT montaj yang mengandungi aktiviti TYT bersama masyarakat.
Pada tahun ini juga, Pengarah Perpustam...En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris telah dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji dan pembantu perpustakaan En.Zahrin bin Maizan telah dianugerahi Pingat Bakti Masyarakat. Tahniah kepada pengarah dan En.Zahrin....
Dalam 2 hari ini aku bertugasdi Seri Negeri dan memastikan montaj siap dan dapat di tayangkan pada malam makan malam tersebut...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....puas hati aku. Sekurang kurangnya tak sia sia aku balik sampai jam 8 malam....
Tapi aku tak tahu kenapa hari ini hati ini sayu....tetiba rasa seperti tidak dihargai......cuba apa yang aku ingin nyatakan aku tak boleh puaskan hati semua orang.....tapi....aku punya hati dan perasaan...
Hati ini terusik....petang tadi..
Wednesday, October 5, 2011
Dengki Kianat...
Sekarang nie aku berada di seri negeri...menuggu mesyuarat yang tetiba pospont...nasib baik hari ini ada bawak galaxy tak lah bosan sangat...nak balik tak boleh..pukul 4 petang nanti ada mesyuarat induk Dunia Melayu Dunia Islamlah pulak...
Aku selalu fikir kenapa dalam dunia ini perasaan dengki kianat terlalu berleluasa dikalangan manusia? Selalunya buat baik macamana pun ada saja manusia yang tidak puas hati dan selalu dengki sesama manusia...ada tu kawan baik pun boleh berdengki..
Memanglah tiada yang pelik didunia ini tapi....semakin hari semakin tiada perasaan belas antara satu sama lain....Masing-masing mahu menunjuk mereka yang terbaik tanpa memikirkan orang lain...sanggup dengki dan kianat pada kawan dan keluarga asalkan apa yang dikehendaki tercapai...
Sedih sungguh dunia zaman sekarang....ada kalanya melaung laungkan agar orang lain adil dan tidak ada pilih kasih dan berat sebelah ....tapi jika dah terkena batang hidung sendiri....masa tu ....pandai menyembunyikan dan pandai cover line.....aku faham tak ada yang puas didunia ini tapi ada kala kita perlu bertimbang rasa kerana....Dunia ini bulat dan kita tak dapat jangka kedudukan kita dimana dan sampai bila....Adakala kuasa mengaburi mata sehingga sanggup dengki kianat pada orang lain dan ada juga yang sanggup dengki kianat untuk mencapai hajat dihati...Aku tahu aku pelakon dipentas dunia tapi aku juga penonton dunia....drama didepan mata ada kala tak sanggup aku lihat....tapi apa nak buat. ?..aku sendiri yang pilik jalan ini..dunia ini terpaksa aku tempuhi biarpun penuh dengki dan kianat.....
Pelakon dunia berdrama...berteater dikelilingku....telingaku penuh dengan halwa... Kata mengata...tak tahu aku dimana nak kulari membawa diri...........
Pelakon dunia berdrama...berteater dikelilingku....telingaku penuh dengan halwa... Kata mengata...tak tahu aku dimana nak kulari membawa diri...........
Monday, October 3, 2011
Jodoh...
Setiap makluk yang Allah jadikan adalah berpasang pasangan....cuma kita mesti berusaha dalam mencari pasangan ...walaupun kita tahu jodoh telah ditentukan tapi sebagai manusia kita perlu usaha untuk mendekatkan jodoh itu.....Bila tengok episod akhir Stanza Cinta ..rasa sedih sesangat....
Aku bukannya ikut sangat cerita stanza cinta tapi bila tengok episod akhir nie rasa tersentuhlah pulak naluri aku nie hehehe...Yelah bila pernah kecewa dan kecewa lagi bukan mudah untuk menerima...
Sebenarnya mata aku nie tak boleh lelap....tak tau kenapa...rindu ke? Pada sapa ye....eeee aku nie emosional lah pulak lepas tengok cerita stanza cinta....dalam episod akhir nie aku rasa amat tersentuh bila ada dialog yang menyentuh pasal kematian.....
Sehingga aku berfikir bertuah ke aku kerana aku tahu aku akan pergi ....Allah memberi aku peluang yang besar dalam hidupku... seperti Irfan....?..?? Tapi Irfan... Sempat segalanya.....aku...?....????? Waaaaa tak mau pikir nanti lagi sedih...cuma apa yang aku harapkan aku sempat untuk persediaan diri dan keluargaku sebelum aku pergi...../div>
Subscribe to:
Posts (Atom)