Umur belum menjangkau 50-an lagi....tetapi sendi sudah sakit-sakit mengalahkan nenek dan datuk tua.... Kalau perlu menaiki tangga, mulalah mengeluh. Seboleh-bolehnya mahu naik dan turun mengunakan lif kerana tidak sanggup menahan sakit lutut.
Sebenarnya gejala arthritis bukan hanya boleh dicegah dengan berolahraga dan ubat-ubatan sahaja tetapi makanan tertentu boleh membantu mencegah penyakit tersebut. Memang benar, makanan tidak boleh menyembuhkan arthritis, tetapi anda perlu berusaha mengurangkan berat badan atau mengatasinya melalui perubatan. Berikut adalah senarai makanan yang patut diamalkan untuk mencegah sakit sendi.
- STAWBERI - Kaya dengan vitamin C dan mencegah penipisan tulang rawan. Selain dari itu, buah-buahan yang banyak mengandungi Vitamin C adalah oren dan paprika merah.
- MINYAK ZAITUN - Membantu mengurangkan peradangan di dalam badan
- IKAN SALMON - Merupakan sumber Vitamin D dan Omega 3. Pengambilan vitamin ini adalah untuk membantu meredakan sakit pada sendi
- TEH HIJAU - Minuman ini mengandungi zat antioksidan dan manpu melambatkan kerosakan tulang rawan pada pengidap arthritis.
- Sayuran Hijau - Memperbanyaakn makanan sayuran hijau baik untuk sendi dan membantu meredakan peradangan.Sayuran hijau kaya dengan VItamin K, iaitu mampu mencegah osteoarthritis.
Petikan : Mingguan Wanita 7- 13 Jan 2011
No comments:
Post a Comment