Hari ini hari cuti....fikir apa yang nak dibuat sarapan.... tiba-tiba rasa nak buat steak...Resepi nie aku dapat dari arwah ayah....pertama kali aku makan semasa umur aku 7 tahun...tetapi aku ubah suai ikut cita rasa aku heheheh...
Kalau ada yang berminat nak buat...senang je....akan siap dalam masa setengah jam....untuk 4 hidangan 4 orang.
RESEPI
STEAK SEGERA ZARINA
1 kpg daging burger - Aku guna daging burger kerana cepat dan mudah ( daging tertakluk kesukaan masing-masing)
Sedikit kentang -Wedges atau terpulang nak pakai kentang apa
1 biji telur -digoreng
Kentang putar - Terpulang kalau tak mau boleh tukar dengan sayuran yang dicelur
Kacang pea - Kalau tak suka boleh tukar dengan kacang panggang.
Sos Cendawan - Ala aku guna instant je....beli serbuk sos yang ada dalam pasaran..dan balik rumah ikut aturan dan masukkan cendawan dalam tin.....(aku guna jenama know)
Lepas tu susun atur ikut suka kita lah....dan makan bersama sos cili dan mayonis...hehehhe
Tapi tak boleh makan selalu nanti gemuk pulak....
Sebenarnya apa yang aku buat ini tertakluk apa barang yang ada kat rumah....dan sesiapa yang berminat nak cuba..... tak payah susah hati sebab memasak ini memerlukan kreativiti kita je....jadi suka hati kita nak letak apa.... hehehh selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment