Tuesday, February 15, 2011

Hadiah Untuk Izzati Dan Izzah...

Dah berapa hari aku pergi cari camera yang sesuai dengan kehendak dan budget aku ...untuk izzati dan izzah.....
Akhirnya aku dapat membeli dengan harga RM 299.00 Canon Power Shot A490....tapi bila +++ dah jatuh harga kepada RM 370.00. Anak-anak aku dah mula berminat dengan kamera...dan aku rasa tak salah minat mereka tu...tapi mereka tidak boleh menggunakan SLR yang sedia ada di rumah kerana berat dan kalau jatuh....aku yang susah...
Aku lebih suka kamera yang menggunaka bateri AA kerana bateri begitu boleh ditukar kepada bateri rechargeable...kalau guna bateri litium....kalau rosak dahlah mahal dan kalau emergency...kamera tak ada bateri tak boleh buat apa.....
Aku harap dengan adanya kamera ini mereka dapat belajar....menggunakan kamera dan kamera ini juga boleh diguna dengan pengawasan ibu atau ayah....bukan apa Izzati baru 7 tahun dan Izzah baru 5 tahun....Walaupun kamera ni tak lah advance, tetapi aku rasa kamera ini dah cukup untuk amatur macam mereka....

No comments:

Post a Comment