Monday, February 28, 2011

Hari bersama Pelanggan Perpustakaan Desa Chin-Chin Dan Desa Chenderah

Di Perpustakaan Desa Chenderah...


Aziz dan Sulina ...melayan orang ramai untuk kuiz Perpustakaan,Kotak Misteri dan Teka Mukasurat Buku

Pertandingan Puzzle


Pertandingan Mewarna dan Mencari Barang Tersembunyi


Wajah-wajah Ceria anak -anak Desa Chenderah



Maskot PERPUSTAM beraksi bersama kanak-kanak


Di Desa Chin-Chin

Kuiz Perpustakaan, Teka Muka Surat Buku dan Teka Kotak Misteri



Gambar Pertandingan Mewarna kanak-kanak






Ramai yang sedang mengambil bahagian ....Terima Kasih semua



Gambar ini adalah gambar di Desa Chin-Chin



Dalam 3 minggu nie aku rasa penat dengan tugas-tugas ku...pada hari sabtu dan hari Ahad iaitu semalam ...aku telah membuat 2 program...walaupun program tersebut dirancang dalam masa 4 hari, alhamdulillah aku telah dapat melaksanakan tugas tersebut....


Pada 26 Februari 2011, Telah berlangsung hari bersama pelanggan di Perpustakaan Desa Chin-Chin. Aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti mewarna kategori tahap 1 dan kategori PRA dan Tabika. Selain dari itu untuk tahap 2, aktiviti mewarna dan mencari barang tersembunyi telah dilaksanakan....

Aktiviti untuk dewasa yang telah dijalankan didalam perpustakaan desa Chin-Chin adalah pertandingan origami....Terima kasih juga kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Agensi Dadah Kebangsaan ...PUTRA Hospital.. dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program 2 hari dan 2 tempat ini....

Pada awalnya aku rasa takut tiada penyertaan daripada kanak-kanak dan orang kampung setempat...tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....


Hari bersama Pelanggan ini dirasmikan Oleh Y.B Datuk Abdul Wahab Bin Abdul Latif dan disertai oleh Pengarah PERPUSTAM Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris serta JKKK dan Pengerusi Pembangunan Perpustakaan Desa....Terima Kasih Semua...

Walaupun penat tapi aku rasa...aku dah buat apa yang aku terdaya......
































Friday, February 18, 2011

Sinopsis Drama Ustaz Amirul Slot Zehra TV3

Hari ini bila aku balik ke rumah aku...membuat hidangan makan malam untuk suamiku...lepas tu aku pun mula menonton TV...Aku nie memang suka slot Zehra...
Lagi-lagi Ashraf Muslim...yang berlakon. Aku suka dengan perwatakan dia didalam drama..Watak Ustaz Amirul tu aku rasa betul-betul sesuai untuk dia....
Sinopsis Drama Ustaz Amirul
Mengisahkan dugaan yang ditempuhi oleh Ustaz Amirul iaitu seorang lelaki yang berumur 30 tahun yang baru menamatkan pengajian di Universiti Al-Azahar Mesir. Ustaz Amirul juga berjanji sekiranya ia berumur 30 tahun dan masih tidak dapat mencari pasangan hidup, ibunya berhak untuk menjodohkan dia dengan pilihan yang dicari oleh ibunya.
Sedangan dalam masa yang sama, hati Ustaz Amirul masih kepada Adawiyah iaitu kekasih hatinya sejak dibangku sekolah. Oleh kerana untuk tidak mengecewakan hati keluarga, Ustaz Amirul melanjutkan pelajaran ke Mesir dan meningalkan Adawiyah di kampung. Apabila Ustaz Amirul tamat pelajaran dan didapati Adawiyah tiada dikampung.
Pada hari pertunangan Ustaz Amirul bersama Munirah, tiba-tiba Adawiyah muncul dalam hidup Ustaz Amirul.
Sebagai Ustaz muda yang berpegang teguh dengan amanah Allah S.W.T, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia biasa yang sentiasa diuji untuk melawan nafsu......

Tuesday, February 15, 2011

Hadiah Untuk Izzati Dan Izzah...

Dah berapa hari aku pergi cari camera yang sesuai dengan kehendak dan budget aku ...untuk izzati dan izzah.....
Akhirnya aku dapat membeli dengan harga RM 299.00 Canon Power Shot A490....tapi bila +++ dah jatuh harga kepada RM 370.00. Anak-anak aku dah mula berminat dengan kamera...dan aku rasa tak salah minat mereka tu...tapi mereka tidak boleh menggunakan SLR yang sedia ada di rumah kerana berat dan kalau jatuh....aku yang susah...
Aku lebih suka kamera yang menggunaka bateri AA kerana bateri begitu boleh ditukar kepada bateri rechargeable...kalau guna bateri litium....kalau rosak dahlah mahal dan kalau emergency...kamera tak ada bateri tak boleh buat apa.....
Aku harap dengan adanya kamera ini mereka dapat belajar....menggunakan kamera dan kamera ini juga boleh diguna dengan pengawasan ibu atau ayah....bukan apa Izzati baru 7 tahun dan Izzah baru 5 tahun....Walaupun kamera ni tak lah advance, tetapi aku rasa kamera ini dah cukup untuk amatur macam mereka....

Sunday, February 13, 2011

Family Gathering - Barbeque (4.2.2011)








Sarapan Steak Segera



Hari ini hari cuti....fikir apa yang nak dibuat sarapan.... tiba-tiba rasa nak buat steak...Resepi nie aku dapat dari arwah ayah....pertama kali aku makan semasa umur aku 7 tahun...tetapi aku ubah suai ikut cita rasa aku heheheh...

Kalau ada yang berminat nak buat...senang je....akan siap dalam masa setengah jam....untuk 4 hidangan 4 orang.

RESEPI

STEAK SEGERA ZARINA

1 kpg daging burger - Aku guna daging burger kerana cepat dan mudah ( daging tertakluk kesukaan masing-masing)

Sedikit kentang -Wedges atau terpulang nak pakai kentang apa

1 biji telur -digoreng

Kentang putar - Terpulang kalau tak mau boleh tukar dengan sayuran yang dicelur

Kacang pea - Kalau tak suka boleh tukar dengan kacang panggang.

Sos Cendawan - Ala aku guna instant je....beli serbuk sos yang ada dalam pasaran..dan balik rumah ikut aturan dan masukkan cendawan dalam tin.....(aku guna jenama know)


Lepas tu susun atur ikut suka kita lah....dan makan bersama sos cili dan mayonis...hehehhe

Tapi tak boleh makan selalu nanti gemuk pulak....

Sebenarnya apa yang aku buat ini tertakluk apa barang yang ada kat rumah....dan sesiapa yang berminat nak cuba..... tak payah susah hati sebab memasak ini memerlukan kreativiti kita je....jadi suka hati kita nak letak apa.... hehehh selamat mencuba.



Friday, February 11, 2011

Tahukah Anda ?- 5 Sumber Makanan Cegah Sakit Sendi

Umur belum menjangkau 50-an lagi....tetapi sendi sudah sakit-sakit mengalahkan nenek dan datuk tua.... Kalau perlu menaiki tangga, mulalah mengeluh. Seboleh-bolehnya mahu naik dan turun mengunakan lif kerana tidak sanggup menahan sakit lutut.
Sebenarnya gejala arthritis bukan hanya boleh dicegah dengan berolahraga dan ubat-ubatan sahaja tetapi makanan tertentu boleh membantu mencegah penyakit tersebut. Memang benar, makanan tidak boleh menyembuhkan arthritis, tetapi anda perlu berusaha mengurangkan berat badan atau mengatasinya melalui perubatan. Berikut adalah senarai makanan yang patut diamalkan untuk mencegah sakit sendi.
  • STAWBERI - Kaya dengan vitamin C dan mencegah penipisan tulang rawan. Selain dari itu, buah-buahan yang banyak mengandungi Vitamin C adalah oren dan paprika merah.
  • MINYAK ZAITUN - Membantu mengurangkan peradangan di dalam badan
  • IKAN SALMON - Merupakan sumber Vitamin D dan Omega 3. Pengambilan vitamin ini adalah untuk membantu meredakan sakit pada sendi
  • TEH HIJAU - Minuman ini mengandungi zat antioksidan dan manpu melambatkan kerosakan tulang rawan pada pengidap arthritis.
  • Sayuran Hijau - Memperbanyaakn makanan sayuran hijau baik untuk sendi dan membantu meredakan peradangan.Sayuran hijau kaya dengan VItamin K, iaitu mampu mencegah osteoarthritis.

Petikan : Mingguan Wanita 7- 13 Jan 2011

Saturday, February 5, 2011

Nazar Birthday yang ke-22 tahun


Ucu Nazar dengan anak-anak buahnya Izzati, Dania dan Izzah


Ucu Nazar dengan Adam Danish


Konvokesyen Izzati Dan Izzah Peringkat Dun Serkam 2010











Konvokesyen Izzati dan Izzah peringkat Dun Serkam....emmmm dah besar anak ibu dan ayah....konvo ini tahun 2010. Masa ini Izzati 6 tahun dan Izzah 4 tahun...






Oleh kerana seronok dengan pengalaman baru ini aku telah gubahkan 2 bunga gubahan tangan. Macam anak konvo universiti rasanya hahahaha.....






Oleh kerana mereka sahaja yang ada bunga , maka bunga mereka dipinjam orang untuk bergambar hehehe...






Tahun 2011, Izzati akan memulakan alam persekolahan tahap rendah....dan Izzah akan terus bersekolah di Tabika KEMAS Pulai 2.









nordee: KAWAN BAIK MASA SEKOLAH

nordee: KAWAN BAIK MASA SEKOLAH

Friday, February 4, 2011

Oreo Cheese Cake

Yummmmm...akhirnya aku dapat membuat cake....Dah lama nak buat kek tapi rumah tak ada Oven...Bila mak cik di singapura ajar aku membuat cheese cake aku pun try...yang penting tak payah bakar...

Disini aku...sertakan resepi..OREO CHEESE CAKE..


Aku dapat resepi nie dalam Bahasa Inggeris maka...pandai-pandai sendiri ye untuk menterjemahkannya...

OREO CHEESE CAKE


BASE
4oz Butter, melted ( 125g)
225g Orep biscuits crushed
(Mix the above together and press the mixture into a cake ti, lining the base)
(Make sure the base is hard and firm)


CHEESE FILING
1 Packet cream cheese (Philidelphia chese)
1 Can Nestle thick cream
3oz Sugar ( 3 tbs)
2 tbs gelatin, dissolved in 4oz hot water

- Bleand all the above together.
- Pour into refrigerated cake base and chill in for 2 hour before serving
**(Preferably tin with a removable base for easier removal of cake later)**

Emmmmmm. sebenarnya cheese cake nie nak letak apa pun boleh...base cake nie biskut marie atau biskut Digestive pun boleh juga...

Apa-apa pun try lah senang dan sedap....bukan nak puji diri sendiri tapi kawan-kawan kat opis tu yang bagi tau kek tu sedap....

Tuesday, February 1, 2011

Video Melaka Maju 2010



Salah satu bidang tugas aku adalah menyelia bahagian teknikal...yang terdiri dari unit rakaman dan unit suntingan...PERPUSTAM selalu diberi tugas membuat rakaman kerajaan negeri dan juga membuat montaj.
Gambar diatas diambil dari Facebook Ketua Menteri Melaka pada 18 Januari 2011. Masa itu aku dan Pengarah PERPUSTAM telah menyediakan Video Melaka Maju 2010 untuk di komen oleh Ketua Menteri Melaka sebelum diedar kepada jabatan lain. Beberapa komen telah diberi dan perlu dibaiki. kami telah memperbaiki video tersebut.
Semalam...31 Januari 2011, kami telah dipanggil ke Mesyuarat MMKN tetapi mesyuarat dibatalkan kerana Melaka dilanda banjir...apa-apa pun kami bersedia untuk menunjukkan apa yang telah kami hasilkan.....