Monday, July 6, 2009

Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak


Bila lihat gambar kat atas nie..rasa bahagia dan seronok tapi bila di renung dan timbang semula tanggungjawab sebagai ibu atau bapa adalah amat berat sekali....
Kat sini nak berkongsi maklumat yang diperolehi dari buku yang di tulis oleh....Mohd Fadzilah kamsah dan Rahmat Ismail....berguna untuk saya dan mungkin juga untuk anda yang telah bergelar ibu atau bapa..
Untuk memcari  ubat sesuatu penyakit,terlebih dahulu kita hendaklah mencari punca kepada penyakit tersebut.Beginilah juga dalam hal mendidik anak-anak.Untuk meningkatkan ketrampilan dalam mendidik anak, ibubapa perlu meneliti kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dalam proses mendidik anak.Antara kesilapan yang mungkin telah dilakukan adalah :
1) Kurang berdoa dalam mendidik anak
2) Memperkecikkan kebolehan anak
3) Kurang tegas dalam mendidik anak
4) Lebih banyak belaian negatif dari belaian positif
5) Kurang pandai menjadi kawan kepada anak-anak
6) Kurang memberi sentuhan kepada anak-anak
7) Ibubapa kurang anggun dan kemas
8) Suasana rumah tangga yang porak peranda
9) Menegur secara negatif
10) Pendidikan anak yang kurang seimbang
11) Kurang mendedahkan anak-anak kepada model yang cemerlang
12) Kurang menghidupkan sunah dalam rumah tangga
13) Kurang menggalakan musyawarah dalam membuat keputusan
14) Menunjukkan perselisihan di hadapan anak-anak
15) Membenarkan orang yang tidak elok sahsiah dan perlakuan masuk ke dalam rumah
16) Kurang mengasuh anak membuat kerja rumah
17) Tidak menggantung rotan di tempat yang boleh dilihat oleh ahli keluarga
18) Terlalu mengharap kepada pembantu rumah
19) Tidak mendidik pembantu rumah kaedah mendidik anak yang sewajarnya
20) Kurang mengawasi pendedahna kepada televisyen dan video
21) Kurang pengawasan penggunaan telefon
22) Kurang mempamerkan sifat kejiranan yang baik
23) Kurang mendedahkan kepada anak erti kesusahan
24) Tidak bersama anak semasa makan
25)Mempamerkan pilih kasih terhadap anak-anak
26) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan balik sekolah
27) Kurang memberikan penghargaan kepada bantuan anak
28) Kurang mewujudkan budaya ilmu dalam rumah tangga
29) Terlalu manjakan anak
30) Terlalu memberi kebebasan kepada anak
31) Terlalu mengongkong anak
32) Mungkir janji pada anak
33) Kurang memberi layanan kepada pertanyaan dan kemusykilan anak-anak
34) Menangguhkan teguran dan hukuman
35)Tidak konsistan dalam memberi teguran atau hukuman
36) Tidak menggalakkan anak-anak untuk berdoa
37) Mempunyai tanggapan negatif kepada anak-anak
38) Tidak mendoakan anak
Dipetik daripada buku:
Kecemerlangan mendidik anak

No comments:

Post a Comment