Thursday, July 23, 2009

Hati Emas..

Semalam suamiku ada beritahu satu email yang diterima ..dan bila dia terbaca email itu dia amat teringat kat aku.....bila aku suruh dia bercerita dia tak tau nak cerita tapi katanya ...email itu seperti hati dia....

Aku pun tertanya-tanya...apa kandungan email itu.....

Hari ini aku dapat email dari suami ku....yang bertajuk "hati emas...."

Bila aku baca aku rasa terharu dan baru aku faham...

Aku adalah seorang isteri yang selalu bertanya kepada suamiku ....

"ABANG SAYANG INA TAK?"

"SAYANG MACAMANA?"....

Suamiku selalu menjawab " SAYANG"... dan aku selalu kata " ITU JE?"....

Dia pernah berkata.."tak tau nak cakap apa..."

Memang aku tak pernah puas dengan jawapan yang diberi ..tapi hari ini aku dah faham.....tak semua perkara itu perlu diucap dan tak semua kata-kata indah itu adalah kenyataan....kerana adakala kata-kata indah hanyalah untuk halwa hati....

Jom baca kisah ini.......


> > Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan 
> > di tepi sebuah tasik yang indah.. Kemudian
> > mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian 
> > si isteri bertanya kepada si suami. Ini
> > dialong mereka...
> >
> > Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
> >
> > Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang 
> > cintakan Sayang.
> >
> >
> >
> > Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh 
> > katakan abang sayang dan
> >
> >
> > cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
> >
> >
> >
> > Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa 
> > abang memang cintakan Sayang!
> >
> >
> >
> > Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada 
> > saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain
> > yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka 
> > mencintai. Dalam bentuk puisi an syair lagi.
> > Namun begitu abang tidak boleh terangkan
> > sebabnya.
> >
> > Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
> >
> > "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang 
> > merdu, penyayang dan mengingati abang
> > selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang 
> > melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
> >
> > Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. 
> > Namun begitu selang beberapa hari si isteri
> > mengalami kemalangan dan koma.
> >
> > Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang 
> > disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
> > isterinya di hospital.
> >
> > Surat tersebut berbunyi begini:
> > Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu, karang bolehkah engkau 
> > bersuara?
> >
> >
> > Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu lagi.
> >
> >
> >
> >
> >
> > Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang 
> > bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu
> > aku tidak boleh mencintai mu.
> >
> > Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau 
> > tersenyum?
> >
> >
> > Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
> >
> > Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah 
> > engkau melangkah?
> > Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
> >
> >
> >
> >
> >
> > Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai 
> > sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan
> > sebab?
> >
> > Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu 
> > ada sebab.
> >
> >
> >
> >
> >
> > Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, 
> > dipegang, namun begitu... ia boleh dirasai dalam
> > hati."


No comments:

Post a Comment