Thursday, July 23, 2009

Hati Emas..

Semalam suamiku ada beritahu satu email yang diterima ..dan bila dia terbaca email itu dia amat teringat kat aku.....bila aku suruh dia bercerita dia tak tau nak cerita tapi katanya ...email itu seperti hati dia....

Aku pun tertanya-tanya...apa kandungan email itu.....

Hari ini aku dapat email dari suami ku....yang bertajuk "hati emas...."

Bila aku baca aku rasa terharu dan baru aku faham...

Aku adalah seorang isteri yang selalu bertanya kepada suamiku ....

"ABANG SAYANG INA TAK?"

"SAYANG MACAMANA?"....

Suamiku selalu menjawab " SAYANG"... dan aku selalu kata " ITU JE?"....

Dia pernah berkata.."tak tau nak cakap apa..."

Memang aku tak pernah puas dengan jawapan yang diberi ..tapi hari ini aku dah faham.....tak semua perkara itu perlu diucap dan tak semua kata-kata indah itu adalah kenyataan....kerana adakala kata-kata indah hanyalah untuk halwa hati....

Jom baca kisah ini.......


> > Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan 
> > di tepi sebuah tasik yang indah.. Kemudian
> > mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian 
> > si isteri bertanya kepada si suami. Ini
> > dialong mereka...
> >
> > Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
> >
> > Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang 
> > cintakan Sayang.
> >
> >
> >
> > Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh 
> > katakan abang sayang dan
> >
> >
> > cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
> >
> >
> >
> > Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa 
> > abang memang cintakan Sayang!
> >
> >
> >
> > Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada 
> > saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain
> > yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka 
> > mencintai. Dalam bentuk puisi an syair lagi.
> > Namun begitu abang tidak boleh terangkan
> > sebabnya.
> >
> > Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
> >
> > "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang 
> > merdu, penyayang dan mengingati abang
> > selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang 
> > melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
> >
> > Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. 
> > Namun begitu selang beberapa hari si isteri
> > mengalami kemalangan dan koma.
> >
> > Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang 
> > disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
> > isterinya di hospital.
> >
> > Surat tersebut berbunyi begini:
> > Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu, karang bolehkah engkau 
> > bersuara?
> >
> >
> > Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu lagi.
> >
> >
> >
> >
> >
> > Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang 
> > bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu
> > aku tidak boleh mencintai mu.
> >
> > Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau 
> > tersenyum?
> >
> >
> > Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
> >
> > Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah 
> > engkau melangkah?
> > Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
> >
> >
> >
> >
> >
> > Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai 
> > sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan
> > sebab?
> >
> > Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu 
> > ada sebab.
> >
> >
> >
> >
> >
> > Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, 
> > dipegang, namun begitu... ia boleh dirasai dalam
> > hati."


Saturday, July 18, 2009

Hari Perkahwinanku....6.6.2003 episod 1


Tiba-tiba je....teringat gelagat anak ...semalam aku balik dari kerja dan adikku memberitahu...mereka melihat VCD perkahwinan ku...anak ku yang pertama ...Izzati Qistina menangis kerana sedih melihat aku menangis semasa aku bertandang kerumah lelaki...he...he...he... "bila aku tanya dia kenapa menangis?" .."dia kata sedih....sebab ibu menagis"..
Dalam masa tu aku teringat 2 tahun lepas ..mereka ada juga melihat VCD perkahwinanku..masa tu umur anak ku 3 tahun...bila melihat VCD tersebut dia menangis...bila ditanya "kenapa menagis?" jawapannya...kenapa dia tak ada dalam gambar tu. he...he..he... adik aku pun jawab " masa tu kakak pergi kedai"....bila sampai habis VCD tu dia tanya lagi"tak ada pun gambar kakak .......lamanye kakak pergi kedai"....tapi aku tak sampai hati lihat dia sedih dan bagitau...masa tu ayah dan ibu baru kahwin ...kakak tak ada lagi.....lepas tu dia diam..tapi aku tak tau dia paham atau tidak.....
Bila aku lihat gambar dan VCD perkahwinanku aku tak pernah jemu...rasanya baru lagi....bukan aku sahaja...orang kat kampung aku pun kata macam tu ...sedangkan perkahwinan aku telah menjangkau 7 tahun......
Aku paling suka nombor 6 kerana......
  • Aku lahir 6hb
  • Aku nikah 6.6
  • Tarikh lahir suamiku 6hb
  • Nombor rumah aku..bermula dengan 6
  • Aku masuk universiti bulan 6

Bila diimbas kembali banyak perkara yang aku rasa menarik sangat...........iaitu...

Bunga api Melaka

..sebelum perkahwinan aku..aku tak tau apa itu bunga api melaka....rupanya bunga api melaka ini tinggi...dalam perkahwinan aku...bunga api Melaka digunakan sebanyak 16 batang.....Masa tu sedara mara dari singapura pun tak pernah tengok bunga api setinggi itu....macam-macam perasaan ada....suka ..takut pun ada...Idea guna bunga api ini adalah idea tok ghani....dia yang sponsor bunga api tu...katanya" dah lama duduk kat singapore.... jadi dah lama tak tengok bunga api Melaka..." teringin nak tengok balik kerana terkenang zaman perkahwinannya dulu-dulu.....nila tiba hari perkahwinan aku...rasanya macam pesta bunga api.....apa tak nya bunga api tu tinggi, setinggi banggunan 2 tingkat....

hah...ini lah gambar nye.....tapi ada satu je....gambar bunga api...tapi kalau dalam VCD banyak....

Katil tinggi dan sirih junjung tinggi....

Dalam majlis perkahwinanku aku tak cerewet ...apa yang orang tua kata bagus aku ikut je.....cuma yang aku minta adalah sirih junjung konsep lama yang tinggi..setingi yang boleh dan katil yang tinggi...he...he...he...kerana aku suka sangat sirih junjung tinggi ...tapi aku tak sukalah sirih junjung tinggi bentuk KLCC...Alhamdulillah Mak ,ayah dan nenek.... mendapatkan katil yang tingg untuk aku...bukan tinggi sangat pun tapi aku tak nak katil yang rendah dalan 1 setengah kaki tu.....dan sirih junjung pun tinggi....

gambar nie aku scan..nanti ada masa aku edit balik....

Gamelan

Sebelum perkahwinan aku...aku berangan gak nak muzik gamelan atau ala-ala gamelan pun tak pe...sekejap pun tak pe....tapi aku tak luahkan pada sapa pun....Aku memang suka muzik gamelan...masa kat universiti dulu tak dapat masuk kokurikulum gamelan kerana pak cik yang jaga kokurikulum kata aku tak larat nak angkat gamelan kerana gamelan tu berat....(masa tu aku kurus le...)..aku cuma simpan je dalam hati...tapi bila tiba hari perkahwinan aku....aku tak sangka adik aku..aturkan kumpulan silat yang ramai siap dengan alat muzik persilatan...termasuklah gamelan....

Kek 5 tingkat

Masa aku baru bertunang ...sedaramara ada tanya nak kek apa....aku melawak je aku kata aku nak kek 5 tingkat kerana aku ada 5 orang adik beradik....tapi aku tak sangga bila tiba perkahwinan ku mak sedara aku sponsor kek 5 tingkat.....he...he...he.... suka lah aku...impian jadi kenyataan...jom tengok kek ...walau pun tak le besar macam kek kat hotel tu tapi amat-amat meuaskan hati aku...

Baju pengantin...

Biasanya...pengantin sendiri akan pilih pelamin,....paling-paling tidak pun baju apay ang nak dipakai...atau paling tidak pun warna apa.....tapi masa aku nak kawin baju apa yang hendak dipakai...mak amdam mana dan pelamin apa...semua ditentukan oleh nenek....mak...datuk sedara....mak sedara dan ayah sedara ku...

Aku langsung tak pergi kedai mak andam tu.....tapi aku tak kisah terpulang lah pada mereka....inilah pelamin aku dan antara baju yang aku pakai ....

Apa-apa pun aku suka pelamin aku nie....Cantik

Baju Melaka...posing nie ...diminta oleh ayah...supaya nampak macam orang dulu-dulu....

Aku nie ada keturunan cina campur india....nie le jadinye....

Baju nikah aku....

Baju bersanding rumah aku...

Baju bersanding rumah lelaki dan gambar bawah tu baju pemberian nenek ku....cantik tak..?

Baju nie aku tak tau nak panggil baju apa ...sebab aku tau pakai je...pakai pun mak andam yang pakai kan....

Ini baju potong kek...

Ini mak aku kata baju jawa.....tapi apa-apa pun ok le...aku tak kisah pakai je.....

Pemberian batal air sembahyang

Sehingga hari ini aku tak tau mana satu pemberian batal air sembahyang oleh suamiku ...kerana banyak sangat ...masalahnya semua benda tu di sarung kepada aku...sedangkan aku nie cuma sepersalinan je..tak ada pun kata serba duduk ke...serba diri ke...serba pusing-pusing ke...semua tak de....

  • 2 bentuk cincin belah rotan
  • Sebentuk cincin berlian
  • Gelang
  • Rantai dan loket

Tapi apa-apa pun aku ucapkan terima kasih le ...bagi kat aku.... he...he...he

Makanan....

Makanan makan berdamai disediakan oleh nenek, oteh dan adik lelakiku.....tak tau nak komen apa ...cantik,sedap tapi sayang dapat makan sikit je....sebab mak dah warning..jangan makan banyak masa makan berdamai....sebab nanti nampak tak sopan....aku bagitau kat pengapitku fad...makan banyak-banyak....

Makan berdamai....bapa dan ibu mertua,pengapit dan mak andam bersama kami

Adik aku fadly yang gubah buah nie...cantik

Waaaa....nak nangis sebab tak dapat makan banyak....udang dan ikan tu..

Persembahan Silat

Aku betul-betul suka dengan semua persembahan silat ...rasa macam raja dulu-dulu le pulak...he...he...he...tapi masa kawan adik aku buat persembahan solo.... tiba-tiba aku teringat seseorang yang memang pandai bersilat.......gerak tubuh....bunga silat ..hampir sama...aku tau zairah belajar dengan orang itu....tiba-tiba teringat kat seseorang....apa-apa pun inilah gambarnye...dan tiba-tiba hati aku terasa hiba ...kita sambung lain kali k...

gambar paling bawah...pihak lelaki nak kerumah pihak perempuan....

Wednesday, July 15, 2009

Bukan Niatku

Dari Jauh
Aku Terasa Rindu
Dingin Malam Angan Untuk Hati

Ku Sampaikan
Salam Penawar Rindu
Meski pun Cinta Kita Tak Kesampaian

** Ku Percaya Kau Sedang Bahagia
Ku Tak Mahu..
Mengganggu Cinta Kau Dengannya

Kau Jangan Salah Sangka
Bukan Niat Sambung Kasih Yang Dulu
Hanya Menumpang Sekelumit Rindu
Ketika Hatiku Sepi

Tidak Mungkin
Jadi Pengemis Cinta

Tapi Hanya Sentimental Dari Jiwa

Kali pertama dengar lagu Fira nie....best lah pulak...memang aku cari lirik lagu  nie dari hari tu... tiba tiba search je ..alhamdulillah dapat...hati aku hanya aku yang tahu.............

Ceramah Pengurusan Stress dan Konflik Di Tempat Kerja

Pagi tadi aku pergi ceramah kat Seri Negeri ...best gak ceramah tu...ceramah yang diberi oleh Encik Badrul Hisham bin Abu Hani dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 

Dalam ceramah yang disampaikan....banyak yang mencuit hati aku... kat sini aku nak share apa y ang diberitahu oleh penceramah....

  • Stres adalah fitrah....walaubagaimana pun kita kene redha dan menerima kenyataan dengan konflik dan stres yang kita alami...
  • Mengikut kajian...orang Malaysia menangani stres dengan menghisap rokok....
  • Mengikut kajian orang yang banyak konflik dalam hidup mereka ada hubungkait dengan faktor kesihatan.Mereka akan mudah mendapat penyakit kanser.
  • Mengikut kajian orang yang cepat marah mudah mendapat penyakit darah tinggi,jantung dan akhirnya mengakibatkan kematian.
  • Mengikut kata penceramah tersebut,  75% konflik yang berlaku di dalam organisasi adalah disebabkan masalah komunikasi.....Perkara ini memang benar sebenarnya....
  • Yang paling best sekali....Sekiranya kita mempunyai pasangan (Suami dan Isteri) digalakkan untuk berpeluk dan bersentuhan setiap hari kerana dengan sentuhan dapat mengecas semula hormon dalam badan...dan dapat menghilangkan stres....

HIDUP TIADA MASALAH  ADALAH TIDAK MENYERONOKKAN KERANA DAH LUMRAH MANUSIA TIDAK PERNAH PUAS DENGAN APA YANG ADA.....

Hari Bersama Pelanggan Bil 3/2009


Gambar kat atas nie adalah kumpulam koir PERPUSTAM.Lagu yang dinyanyikan adalah lagu...Budaya membaca...oklah ...dulu tak ada kumpulan koir sekarang dah ada....adalah peningkatan...

LIRIK BUDAYA MEMBACA

Semaikan dijiwa budaya membaca

Pasti bertambah ilmu yang ada

Bangsa dan usia bukan ukuran

Yang membezakan...kebijaksanaan

Bacalah bacalah mari membaca

Mudah dilakukan dimana berada

Bacalah dengan mata dan hati

Dunia luas kita terokai

Beraneka jenis bahan bacaan

Yang bermanfaat pilihan utama

Orang berilmu dipandang mulia

Semaikan budaya membaca

Bacalah bacalah mari membaca

Jadikan membaca budaya kita

Didalam perhimpunan pagi tu...dapat diketahui terdapat 3 buah perpustakaan yang telah mendapat anugerah perpustakaan terbaik mengikut kategori cawangan dan pekan,Desa Negeri dan desa PNM.Perpustakaan tersebut adalah perpustakaan cawangan jasin,perpustakaan desa cenderah dan perpustakaan desa pasir gembur...aku nampak mereka seronok dengan kemenagan masing-masing....okl ah tu sekurangnya mereka bersemangat untuk bekerja untuk masyarakat....

Gambar nie adalah gambar kakitangan cawangan jasin, diana...hadiah disampaikan oleh Naib pengerusi PERPUSTAM .

Gambar nie pulak gambar model-model bahagian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat he...he..he...sebenarnya nie gambar kakitangan PP&M.Kakitangan bahagian ini ada 21 orang tapi yang bergambar hanya kakitangan wanita je....

Lepas je perhimpunan pagi ada pulak ceramah nengenai Pelan Integriti Nasional yang diberi oleh Y.bhg Prof Madya Dr.Abu bakar Bin Mohamad Diah dari UTEM. Pada hari itu tak lah terbuang masa ..sekurangnya dapat ilmu pengetahuan dari ceramah yang diadakan...

Nie pulak gambar kakitangan Khidmat pengurusan...yang sedang pandang tu adalah PA Pengarah merangkap MC pada perhimpunan pagi semalam...Comel dan gebu....he...he..he...

dan yang paling akhhir ........

Aku le....

Monday, July 6, 2009

Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak


Bila lihat gambar kat atas nie..rasa bahagia dan seronok tapi bila di renung dan timbang semula tanggungjawab sebagai ibu atau bapa adalah amat berat sekali....
Kat sini nak berkongsi maklumat yang diperolehi dari buku yang di tulis oleh....Mohd Fadzilah kamsah dan Rahmat Ismail....berguna untuk saya dan mungkin juga untuk anda yang telah bergelar ibu atau bapa..
Untuk memcari  ubat sesuatu penyakit,terlebih dahulu kita hendaklah mencari punca kepada penyakit tersebut.Beginilah juga dalam hal mendidik anak-anak.Untuk meningkatkan ketrampilan dalam mendidik anak, ibubapa perlu meneliti kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dalam proses mendidik anak.Antara kesilapan yang mungkin telah dilakukan adalah :
1) Kurang berdoa dalam mendidik anak
2) Memperkecikkan kebolehan anak
3) Kurang tegas dalam mendidik anak
4) Lebih banyak belaian negatif dari belaian positif
5) Kurang pandai menjadi kawan kepada anak-anak
6) Kurang memberi sentuhan kepada anak-anak
7) Ibubapa kurang anggun dan kemas
8) Suasana rumah tangga yang porak peranda
9) Menegur secara negatif
10) Pendidikan anak yang kurang seimbang
11) Kurang mendedahkan anak-anak kepada model yang cemerlang
12) Kurang menghidupkan sunah dalam rumah tangga
13) Kurang menggalakan musyawarah dalam membuat keputusan
14) Menunjukkan perselisihan di hadapan anak-anak
15) Membenarkan orang yang tidak elok sahsiah dan perlakuan masuk ke dalam rumah
16) Kurang mengasuh anak membuat kerja rumah
17) Tidak menggantung rotan di tempat yang boleh dilihat oleh ahli keluarga
18) Terlalu mengharap kepada pembantu rumah
19) Tidak mendidik pembantu rumah kaedah mendidik anak yang sewajarnya
20) Kurang mengawasi pendedahna kepada televisyen dan video
21) Kurang pengawasan penggunaan telefon
22) Kurang mempamerkan sifat kejiranan yang baik
23) Kurang mendedahkan kepada anak erti kesusahan
24) Tidak bersama anak semasa makan
25)Mempamerkan pilih kasih terhadap anak-anak
26) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan balik sekolah
27) Kurang memberikan penghargaan kepada bantuan anak
28) Kurang mewujudkan budaya ilmu dalam rumah tangga
29) Terlalu manjakan anak
30) Terlalu memberi kebebasan kepada anak
31) Terlalu mengongkong anak
32) Mungkir janji pada anak
33) Kurang memberi layanan kepada pertanyaan dan kemusykilan anak-anak
34) Menangguhkan teguran dan hukuman
35)Tidak konsistan dalam memberi teguran atau hukuman
36) Tidak menggalakkan anak-anak untuk berdoa
37) Mempunyai tanggapan negatif kepada anak-anak
38) Tidak mendoakan anak
Dipetik daripada buku:
Kecemerlangan mendidik anak

Sunday, July 5, 2009

Novel 69 Jilid 77



Blog ini aku wujudkan adalah untuk aku berkongsi kenangan dan menyimpan kenangan yang ada dalam hati aku ini.Di luah dalam bentuk tulisan, gambar dan ada yang betul -betul memahami dan ada yang hanya untuk bacaan....


Novel 69 adalah ceritaku ....diriku dan kenangan ku....hanya sesiapa yang memahami novel ini akan faham isi hatiku....tapi dimana novel itu????

Aku tak tau kenapa sejak ahkir-akhir nie hati ku sayu....untuk meneruskan hidup aku kene kuat...pandang kehadapan ..tapi dah lumrah kehidupan adakala kene menoleh ke belakang....tapi bila kenangan itu selari dengan kenyataan aku tak dapat tipu diriku ini .....Dunia berputar hari berganti hari..bulan berganti tahun tapi hati ini tetap tidak berubah....

Duniaku kini berwarna warni....terang ...cantik....dan penuh dengan gelak ketawa...tapi aku masih seperti dulu....















Thursday, July 2, 2009

Sepi Seorang Perindu

 
Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti