Pagi ini...semasa aku dalam perjalanan ke tempat kerja ...aku telah melihat..kerakusan kereta-kereta di jalanan...masing-masing ingin cepat ke destinasi yang perlu ditujui...tanpa memikirkan...orang disekeliling....
Bila aku fikir semula memang betul manusia di zaman kini...semakin pentingkan diri sendiri dan mula memboloskan diri dimana ada peluang tanpa memikirkan orang lain... Semasa aku melihat kereta potong memotong..melanggari lampu isyarat dan juga himpit menghimpit kereta lain sekiranya mereka rasa mereka ada peluang... tanpa memikirkan kejadian yang tidak diingini berlaku...aku pun mula berfikir.....manusia zaman sekarang memang semakin gila ....
Siapa yang membawa kereta? sudah pasti manusia....siapa yang melanggari lampu isyarat ...memang kereta tetapi siapa pemandunya...? dan jawapannya adalah manusia....Entahlah dalam kehidupan yang aku rasa bukan kearah kehadapan tapi seperti kemunduran dari segi akal dan fikiran...Ini kerana sudah hilang sifat budi bahasa...sifat tolong menolong dan sifat kerjasama dan timbul sekarang adalah sifat ego..tinggi diri...sifat menyalahkan orang lain dan juga sifat ...angkuh....yang adakala aku nampak...telah sah-sah kesalahan itu dibahu mereka tetapi kenapa orang lain yang dipersalahkan...???? Seperti kereta yang dibelakangnya dilanggar...kalau mengikut peraturan...memang kereta dibelakang yang salah...tapi cuba difikir semula ....ada tak kereta di hadapan yang melanggari kereta di belakang???
Cuba fikir dengan mata hati dan rasa dengan hati....kalau kita fikir dan rasa dengan perassan adakalanya perasaan...boleh membantu kita menbohongi apa yang dirasa setulus hati....
No comments:
Post a Comment