Friday, April 22, 2011

Gelombang Kehidupan



Dalam hidup ini kita selalu mengangankan satu kehidupan yang aman dan bahagia...tanpa ada masalah atau kesulitan yang melanda diri...tapi tahukah kita bahawa kehidupan manusia ini umpama lautan luas?


Kekadang tenang dan kekadang bergelora...bila kehidupan kita dalam keadaan tenang...kita rasa aman dan bahagia..tapi bila kehidupan kita bergelora ...kita rasa resah dan gelisah...tapi nak buat macamana kerana itulah ia kehidupan...Bila lautan bergelora...timbullah gelombang ...bila gelombang mengganas....bahtera akan terumbang ambing..jadi pandai-pandailah nakhoda untuk mengemudikan bahtera agar tidak karam....


Tapi tak semua nakhoda akan berjaya bila dipukul gelombang ....kerana untuk menjadi nakhoda yang berjaya perlu banyak ilmu pengetahuannya.... bukan hanya perlukan ilmu cinta sahaja kerana ilmu sebegitu....tak akan berjaya dalam mengemudikan kapal... ke destinasi impiannya....yang penuh dengan kesempurnaan...


Memang tak dinafikan kerana cinta...juga nakhoda dapat ke destinasi impian tapi sejauh mana kesempurnaan ia sampai itu yang perlu dilihat...kebiasaannya mesti ada kepincangan dimana-mana.


Kesempurnaan yang diperlukan oleh seorang nakhoda, perlulah dalam pelbagai bidang dan keilmuan.... Fikirlah apa yang perlu untuk menjadi nakhoda...kerana pada zaman sekarang bila dikatakan nak jadi nakhota tak perlu susah kerana semunya automatik.... tapi bila automatik itu rosak...adakah mereka pandai gunakan manual....fikir kan lah....

No comments:

Post a Comment