Kadang-kadang kita rasa disayangi tapi adakah sayang itu CINTA..??? Bila dikata pelangi petang kita akan rasa pelangi akan pergi dengan cepatnya bila mentari tiada ...Macam lagu Sudirman.....
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini....
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua....
Adakah kerana kurang kasih dianggap mudah jatuh cinta?...itu semua perlu difikir kerana erti cinta adalah berbeza-beza mengikut seseorang....Bila berjauhan ..rasa cinta membara dan akan berlaku juga bila berjauhan cinta mudah beralih arah....atau juga CINTA PELNGI PETANG...cinta sementara ...
Cinta pelangi petang adalah cinta yang dah tau akan pergi..,.cinta yang sementara bila kesunyian....Dalam zaman yang serba moden ini...telah banyak berlaku cinta sebegini....adakah kerana sunyi atau kerana suka-suka...
Adakalanya cinta sebegini tidak dapat diertikan....kerana seseorang akan tertarik kepada seseorang bukan hanya kerana bentuk tubuh....mungkin juga kerana perwatakan...mungkin kerana romantik..mungkin kerana ambil berat dan terlalu banyak kemungkinan-kemungkinan lain....yang mendorong cinta pelangi petang...
Cinta pelangi petang...amat menarik, amat indah....ini semua kerana mereka rasa...tertarik antara satu sama lain...tetapi cinta sebegini banyak melukakan hati yang lain...Manusia mudah berubah pendirian dan juga perwatakan kerana cinta dan tidak mustahil cinta pelangi petang akan...berkekalan lama...kerana pelangi petang walaupun ia pergi...tetapi ia akan kembali lagi... kalau yang pergi itu, berubah tempatnya mungkin cinta itu tidak sehangat yang lalu tapi kalau pelangi itu, muncul di tempat yang sama tak mustahil cinta sebegitu akan wujud dan menagih kasih.
No comments:
Post a Comment