Friday, April 22, 2011

Dugaan Dunia...

Hari ini aku mendapat 2 berita satu berita gembira dan satu berita duka....dah 3 hari aku menunggu keadaan kembali seperti sediakala..bila keadaan kembali ke sediakala..berita duka lain pula yang aku perolehi. Dah 3 hari aku tak fokus dengan kerja.. dan lepas nie tak tau la macamana ..Otak aku nie berputar macam gasing...dan mata mula tak boleh tidur...Ya Allah ...memang lumrah kehidupan yang selalu diduga Allah S.W.T dan sebagai hambanya aku perlu redha...dan berusaha untuk menyelesaikannya...


Sebab itulah manusia dijadikan Allah sebagai khalifah di dunia ini...kerana manusia mempunyai akal dan fikiran untuk memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk...


Apa-apa pun ...aku nie tengah pikir!!!!

Gelombang Kehidupan



Dalam hidup ini kita selalu mengangankan satu kehidupan yang aman dan bahagia...tanpa ada masalah atau kesulitan yang melanda diri...tapi tahukah kita bahawa kehidupan manusia ini umpama lautan luas?


Kekadang tenang dan kekadang bergelora...bila kehidupan kita dalam keadaan tenang...kita rasa aman dan bahagia..tapi bila kehidupan kita bergelora ...kita rasa resah dan gelisah...tapi nak buat macamana kerana itulah ia kehidupan...Bila lautan bergelora...timbullah gelombang ...bila gelombang mengganas....bahtera akan terumbang ambing..jadi pandai-pandailah nakhoda untuk mengemudikan bahtera agar tidak karam....


Tapi tak semua nakhoda akan berjaya bila dipukul gelombang ....kerana untuk menjadi nakhoda yang berjaya perlu banyak ilmu pengetahuannya.... bukan hanya perlukan ilmu cinta sahaja kerana ilmu sebegitu....tak akan berjaya dalam mengemudikan kapal... ke destinasi impiannya....yang penuh dengan kesempurnaan...


Memang tak dinafikan kerana cinta...juga nakhoda dapat ke destinasi impian tapi sejauh mana kesempurnaan ia sampai itu yang perlu dilihat...kebiasaannya mesti ada kepincangan dimana-mana.


Kesempurnaan yang diperlukan oleh seorang nakhoda, perlulah dalam pelbagai bidang dan keilmuan.... Fikirlah apa yang perlu untuk menjadi nakhoda...kerana pada zaman sekarang bila dikatakan nak jadi nakhota tak perlu susah kerana semunya automatik.... tapi bila automatik itu rosak...adakah mereka pandai gunakan manual....fikir kan lah....

Ingatlah...



Tuesday, April 19, 2011

Kejujuran

Setiap hari kita selalu mengharapkan kejujuran dalam kehidupan..tapi bila difikir semula ...di dalam dunia sekarang berapa ramai orang yang jujur....Erti kejujuran terlalu luas...adakah jujur pada diri sendiri..pada pekerjaan..pada keluarga..pada negara...dan adakah anda jujur pada percintaan....


Terlalu luas ertinya untuk seseorang itu menyelami erti KEJUJURAN...tapi apa yang kita mesti tahu bahawa kita boleh menipu orang lain tapi kita tidak boleh diri sendiri.....Kalau boleh pun kita tipu diri sendiri ...fikirlah sampai bila???


Membohongi diri sendiri...adakah puas dalam kehidupan???...Yang akan kita perolehi adalah kepura-puraan....Jujurlah pada diri sendiri tak akan rugi....memang perit bila kita jujur dan kadang kala kita akan berkata-kata kenapa aku yang jujur ini yang selalu...tidak bertuah??? Kenapa si penipu itu selalu mendapat ganjaran yang baik....


Ingatlah kita hidup di dalam dunia ini ibarat pusingan roda...kadang-kadang diatas dan kadang-kadang dibawah....tak semestinya kejujuran kita akan dibalas dengan apa yang kita kehendaki tapi...kita mesti akur bahawa kita masih ada hari pembalasan kelak yang akan menghitung baik dan buruk dan akan menimbang pahala dan dosa.....Renungilah..




Kecil Hati...





Tiba-tiba aku rasa aku telah mengecilkan hati seseorang....aku tak berniat nak kecilkan hati dia...aku cakap melawak dengan rakan sepejabatku..tapi aku rasa macam dia dengar ...emmmm...apa nak buat nie...?? nak mintak maaf...tapi nanti kalau dia kata kenapa ye?? aku gak yang segan....nak kata dia tak dengar ...tapi aku yakin...dia dengar apa yang diperkatakan oleh ku...




Hati aku pulak rasa tak sedap...alahai mulut aku nie tak reti diam....kat opis tu kata kalau aku tak de sehari rasa sunyi ...pagi tadi pun aku diam je....tetiba aku dengar seorang staff mencari aku...dia kata kenapa aku senyap je hari ini....????




Macamana nak buat nie....sampai rumah aku pikir nak buat apa....Esok???? ala malunya...bila jumpa dia...Mungkin kalau dia kawan-kawan biasa aku dia akan balas apa yang aku cakap....Tapikan hati manusia tak siapa yang tahu...




Apa-apa pun aku minta maaf....aku tak sengaja...dah penat fikir sepanjang hari dan saja melawak...Ya Allah apa yang patut aku lakukan...




Tapikan...biasalah manusia memang suka berharap......Aku berharap dia tak dengar apa yamg aku cakap tadi huhuhuhhhhh...




Esok aku akan mulakan seperti biasa rutin harian ku...dan memang dah lumrah manusia sentiasa berlakon dipentas dunia....esok akan ku kawal hati aku seperti tiada apa yang berlaku...Amin.....






To Achieve Your Dreams Remember Your ABC's

  • Avoid negative sources, people, things and habits.
  • Believe in your self
  • Consider things from everyangle
  • Don't give up
  • Enjoy life today, yesterday is gone tomorrow may never come
  • Family and friends are hidden treasures seek them and value them
  • Give more than you planned to give
  • Hang on to your dreams
  • Ignore those who try to discourage you
  • Just do it!
  • Keep on trying, no matter how hard itseems. It will get better
  • Love yourself first and foremost
  • Make it happen
  • Never lie, cheat, or steal, always strike a four deal
  • Open your eyes and see things as they really are
  • Practice makes perfect
  • Quitters never win and winners never quit
  • Read, study and learn about everything important in your life
  • Stop procrastinating
  • Take control of your own destiny
  • Understand yourself in order to better understand others
  • Visualize it
  • Want it more than anything
  • Xccelerate your efforts
  • You are unique, amongst all nature's creations, nothing can replace you
  • Zero in on your target, and go for it!!

Sunday, April 17, 2011

Hujung Minggu di Rumah Nenek...: Happy Birthday To Adam, Ian, Aqil...Pak Lang, Saddidudin dan Mak Timah


Akhirnya dapat juga aku upload gambar-gambar birthday....meriah sungguh masa ini...party nie untuk kaum keluarga terdekat je dan merapatkan perhubungan kami sekeluarga.... Acaea ..games untuk kanak-kanak dan remaja...macam-macam games... dan aktiviti bergambar dan berbual-bual..usik mengusik dan makan-makan dan...dan .... last sekali sebelum balik mesyuarat keluarga....hehehe...kenangan yang tidak dapat dilupakan ...bila dikenang adakah akan ada lagi masa sebegini berulang????


Adam dan Ian Mood tak baik...Tengah Mengantuk...



Mama Lynn lebih dari yang menerima hadiah



Izzati dengan Ucu nazar Dan Ucu Safiuddin




Sepupu-sepupuku...




Mak Timah , Along Saddidudin dan Pak lang : Happy Birthday




Peserta pertandingan Mewarna




Yummmm...Sedap




Belum potong kek lagi ....kek dah diusik birthday boy




Pak Long & Adam



Persembahan Penutup wakakaka




Tok Ude & Nek Ude..Adam & Aqil




...Emmm...Geramnye




Tok Alang & Nek Alang




Ucu nazar & Along Mamat



Happy...



Aku & Family



Me..



Adam & Aqil



Melentuk je Aqil ...



Hari ini hari minggu...akhirnya dapat juga aku balik ke rumah nenek di Singapore...Dapat berkumpul dengan saudara mara yang dah 4 bulan tidak ketemu.... hari nie juga aku nak berangkat balik ke Melaka dan esok menjalankan tugas rutin...ku...Semalam sibuk dengan party Adam. Ian dan Aqil....Pak Lang, Along Saddidudin Dan Mak Timah Birthday....meriah...





















































































Thursday, April 14, 2011

Cuti sekolah yang lalu...


Bila cuti sekolah bermula nak-anak mula merfikir dimana tempat bercuti...masa kita kanak-kanak dahulu ...tak pernah nak fikir mana nak pergi yang penting dapat bermain....

Gambar nie...tak abis download lagi... al -maklumlah sibuk..tapi gambar nie adalah gambar masa cuti sekolah yang lalu di Berjaya Times Park Kuala LUmpur...

Banyak lagi gambar...emmmm nanti bila tak sibuk boleh edit part nie lagi....










Friday, April 8, 2011

Cinta Pelangi Petang


Kadang-kadang kita rasa disayangi tapi adakah sayang itu CINTA..??? Bila dikata pelangi petang kita akan rasa pelangi akan pergi dengan cepatnya bila mentari tiada ...Macam lagu Sudirman.....


Engkau tiba bagaikan pelangi

Tak bercahya namun kau berseri

Tapi cukup menghiburkan hati ini....


Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu

Bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua....


Adakah kerana kurang kasih dianggap mudah jatuh cinta?...itu semua perlu difikir kerana erti cinta adalah berbeza-beza mengikut seseorang....Bila berjauhan ..rasa cinta membara dan akan berlaku juga bila berjauhan cinta mudah beralih arah....atau juga CINTA PELNGI PETANG...cinta sementara ...


Cinta pelangi petang adalah cinta yang dah tau akan pergi..,.cinta yang sementara bila kesunyian....Dalam zaman yang serba moden ini...telah banyak berlaku cinta sebegini....adakah kerana sunyi atau kerana suka-suka...


Adakalanya cinta sebegini tidak dapat diertikan....kerana seseorang akan tertarik kepada seseorang bukan hanya kerana bentuk tubuh....mungkin juga kerana perwatakan...mungkin kerana romantik..mungkin kerana ambil berat dan terlalu banyak kemungkinan-kemungkinan lain....yang mendorong cinta pelangi petang...


Cinta pelangi petang...amat menarik, amat indah....ini semua kerana mereka rasa...tertarik antara satu sama lain...tetapi cinta sebegini banyak melukakan hati yang lain...Manusia mudah berubah pendirian dan juga perwatakan kerana cinta dan tidak mustahil cinta pelangi petang akan...berkekalan lama...kerana pelangi petang walaupun ia pergi...tetapi ia akan kembali lagi... kalau yang pergi itu, berubah tempatnya mungkin cinta itu tidak sehangat yang lalu tapi kalau pelangi itu, muncul di tempat yang sama tak mustahil cinta sebegitu akan wujud dan menagih kasih.



Wednesday, April 6, 2011

Keluhan

Bila balik kursus ...semuanya seperti biasa dengan kerja harian yang tak tau bila boleh habis....minggu nie minggu mesyuarat ....esok ada 3 mesyuarat yang menanti...banyak kerja yang perlu disiapkan pada hari jumaat....rasa macam tak mau balik je ...dari office....tapi apa pun bukan itu sahaja tanggungjawab yang aku perlu laksanakan ...kat rumah nie pun menunggu jugak...


Bukan kat rumah je yang menunggu tapi kerja- kerja lain yang seangkatan menanti.. aku ...nie manager...jadi kuli ...jadi akauntan...jadi pembantu rumah ...jadi kontraktor dan jadi chetti pun ada....waaaa banyaknya... tapi nak buat macamana kalau tak dilaksanakan akan tertangguh aku gak yang susah....


Appoiment dr semuanya dah terabur...semua kene diatur semula...ingat minggu nie nak rehat kat rumah tapi.....pok de nak balik....


Aku rasa tabiat buruk aku nie dah mula menular semula....bila nak periksa...mandi tak basah..tidur tak lena.....makan tak lalu.....


Rindu.....nak balik jumpa nenek....dah banyak kali mak lang call bila nak balik.... waaaa tak pernah selama ini aku tak balik....dah 4 bulan tak balik....aku dah cadang nak balik pada 15-17 April ...masa tu Melaka bercuti Melaka Bandaraya Bersejarah....keje bawak balik tapi tak bersentuh..


Oklah aku nak mula kan kerja-kerja aku...

Sunday, April 3, 2011

Saturday, April 2, 2011

Kenapa Aku???



Tetiba aku terfikir....setiap nafas yang dihembus amat bernilai...dan terasa bagaikan perlu dibalas...dengan nafas ini perluku tempuh hayatku sebaik mungkin...Ya Allah ampunkan dosa-dosaku.


Tak tau kenapa malam nie aku tak boleh melelapkan mata dan rasa sedih...yang teramat...rasa berdebar, rasa sunyi....


Mampukah aku ...teruskan hidup ini dengan jalan yang ku pilih...?

Mampukah aku......?

Friday, April 1, 2011

Kumpulan Positif....Dalam Kenangan


Duduk kiri :Iwan, Lan, Shuk, Zamri

Berdiri kiri : Emly, Liza, Shima, Lily, Tiqa, Kak R, Liza dan Aku...




ETIKA KUMPULAN POSITIF


Menjadikan masalah sebagai satu cabaran....


Pengalaman sebagai penunjuk jalan....


Kesilapan sebagai panduan...



..............Semoga Etika ini sentiasa ada didalam diri..................

Zehra: Ustaz Amirul


Hari ini aku tertunggu -tunggu cerita Ustaz Amirul...kerana hari ini episod terakhir... Sedih cite nie...bukan apa antara kasih dan cinta ...dan antara janji dan sayang... Bagus cerita nie ..tak hipokrit ...Ustaz tetap manusia biasa ....ada perasaan yang terpendam....


Di pengakhiran cerita itu...Adawiyah telah meninggal dunia.....huhuhu sedihnyee