Pejam celi-pejam celik dah nak dekat hujung tahun...Pada tahun ini aku rasa terlalu cepat masa berlalu..begitu juga dengan kehidupanku yang semakin hari terasa semakin sunyi....
Bila ku renung ...pelbagai dugaan dan peristiwa berlaku dalam kehidupanku pada tahun ini ...membuatkan aku terlalu sedih..Adakala aku terfikir adakah apa yang berlaku adalah JALAN YANG DI PILIH atau sudah TAKDIR?...Setiap manusia didalam dunia ini tak lepas dari sentiasa berfikir kenapa sesuatu itu berlaku...begitu juga dengan aku....
Walaupun aku tahu sebagai seorang ISLAM aku perlu REDHA dengan apa yang berlaku... Tapi adakalanya aku tak boleh menipu diri aku yang aku adalah manusia biasa yang banyak kelemahan..dan sentiasa berfikir KENAPA sesuatu itu berlaku.....
tak terluah dengan perkataan apa yang berlaku ...hanya yang aku boleh tulis adalah rasa perasaanku....Cuma apa yang aku harap ...kalau itu TAKDIRNYA..... dalam perjalanankehidupanku...berilah aku yang terbaik untuk aku meneruskan hidup ini..
HANYA SATU........Hidup Perlu Di Teruskan Selagi Penghujung Belum Menjelma...........................
No comments:
Post a Comment