Merenung masa depan hendaklah sesekali menoleh ke belakang,kerana sejarah hidup manusia itu sentiasa berulang....
Saturday, February 8, 2014
Dasar Galakan Membaca
SUMBER : Perpustakaan Negara Malaysia
Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara
Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta
A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu: “menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar
membaca".
Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat
mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat membaca”.
Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia
mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti.
Dasar ini juga menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk
melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat berasaskan budaya sains dan
teknologi.
Bagi menentukan hala tuju program galakan membaca, urus setia jawatankuasa telah dibentuk
dengan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca
Kebangsaan dan Perpustakaan Awam Negeri-negeri sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan
Membaca Negeri.
Skop
Dasar Galakan Membaca merangkumi semua aktiviti perpustakaan yang berhubung kait dengan
pembacaan di dalam usaha memupuk minat membaca rakyat Malaysia.
Objektif
Dasar Galakan Membaca bertujuan untuk dijadikan garis panduan bagi mencapai objektif
berikut:
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan masyarakat.
- Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia.
- Meningkatkan tahap pembacaan rakyat Malaysia.
- Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.
- Menjadikan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.
- Menilai keberkesanan Kempen Membaca Kebangsaan
Strategi
- Merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca di peringkat kebangsaan.
- Merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan membaca.
- Menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam melaksanakan program galakan membaca.
- Melaksanakan program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi meningkatkan kesedaran program galakan membaca.
- Membina pasukan pakar di kalangan anggota perpustakaan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca.
- Mengenalpasti kumpulan pakar dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan membaca dikalangan masyarakat Malaysia.
- Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat.
- Mengkaji dan menilai keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun.
- Membina pangkalan data aktiviti dan fasilitator dalam bidang pembacaan di peringkat kebangsaan dan negeri.
Pelaksanaan Program
1. Aktiviti merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca dibuat melalui:-
(a) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan sekurangkurangnya
sekali setahun
(b) Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Gerakan Membaca Perpustakaan Awam Negerinegeri
sekurang-kurangnya sekali setahun
(c) Menyusun dan menyelaras program Kempen Membaca
(d) Mendapatkan sokongan kewangan dari kerajaan dengan memohon peruntukan di bawah
rancangan pembangunan lima tahun kerajaan
rancangan pembangunan lima tahun kerajaan
(e) Mengagihkan peruntukan kepada Perpustakaan Awam Negeri dan agensi-agensi tertentu untuk
pelaksanaan projek dan program galakan membaca
pelaksanaan projek dan program galakan membaca
(f) Memantau pelaksanaan aktiviti galakan membaca negeri-negeri serta mendapat maklum balas
pelaksanaan aktiviti melalui mesyuarat dan laporan
pelaksanaan aktiviti melalui mesyuarat dan laporan
2. Aktiviti merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program
galakan membaca dilaksanakan melalui:-
(a) Membuat pengagihan peruntukan yang seimbang bagi pemberian bahan bacaan yang
bersesuaian dengan golongan yang dikenalpasti seperti senarai contoh yang berikut.
Contoh institusi kerajaan/swasta yang menerima sumbangan bahan bacaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia:
- Jabatan Penjara
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Agensi Dadah Kebangsaan
- Agensi FELDA
- Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
- Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak DiDera di bawah pentadbiran badan bukan kerajaan (NGO)
(b) Memantapkan koleksi dan perkhidmatan pinjaman Perpustakaan Negara Malaysia termasuk
pinjaman berkelompok.
pinjaman berkelompok.
(c) Menggalakkan dan menyokong pewujudan bilik-bilik bacaan terutamanya di luar bandar dengan
kerjasama jabatan dan institusi yang berkaitan.
kerjasama jabatan dan institusi yang berkaitan.
3. Aktiviti menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam
melaksanakan program galakan membaca dilakukan melalui:-
melaksanakan program galakan membaca dilakukan melalui:-
(a) Meningkatkan program galakan membaca dengan rakan usaha sama sedia ada yang sesuai
dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran seperti yang berikut.
dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran seperti yang berikut.
Contoh institusi kerajaan/badan berkanun/badan bukan kerajaan bagi program kerjasama galakan membaca:
Kerajaan/Badan Berkanun
1. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
3. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
4. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-Negeri
5. Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri
6. Jabatan Kemajuan Masyarakat [KEMAS]
7. Jabatan Belia, Kementerian Belia dan Sukan
8. Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
9. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara [LPPKN]
Badan Bukan Kerajaan
1. Persatuan Pustakawan Malaysia
2. Persatuan Pembacaan Malaysia
3. Persatuan Belia 4B Malaysia
4. Majlis Belia Malaysia
5. Persatuan Pekartun Malaysia [PEKARTUN]
(b) Mengenalpasti dan menyokong aktiviti galakan membaca baru yang sesuai dijalankan secara
usaha sama dengan berkesan.
usaha sama dengan berkesan.
(c) Mengenalpasti institusi, persatuan, pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan serta pihak
swasta bagi melaksanakan program galakan membaca secara usaha sama.
swasta bagi melaksanakan program galakan membaca secara usaha sama.
(d) Membina rangkaian rakan usaha sama dalam gerakan literasi maklumat.
4. Program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi program galakan membaca
dilaksanakan melalui:-
dilaksanakan melalui:-
(a) Mendapatkan khidmat jururunding perhubungan awam atau agensi pengiklanan untuk
perancangan dan pelaksanaan kempen.
perancangan dan pelaksanaan kempen.
(b) Mengadakan program promosi yang meluas dengan media massa.
(c) Menghasilkan bahan-bahan promosi pelbagai format untuk edaran dan kegunaan seluruh negara.
5. Membina sebuah pasukan pakar di kalangan anggota Jabatan dalam bidang pembacaan dan
pengurusan program galakan membaca melalui aktiviti berikut:-
pengurusan program galakan membaca melalui aktiviti berikut:-
(a) Membina modul dan program latihan bagi meningkatkan dan memantapkan kesedaran tentang
kepentingan pembacaan dikalangan masyarakat.
kepentingan pembacaan dikalangan masyarakat.
(b) Mewujud dan membina program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta
meningkatkan budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.
meningkatkan budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.
(c) Menjadi pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.
6. Membina kumpulan yang mahir dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan
membaca di kalangan masyarakat Malaysia melalui aktiviti berikut:-
membaca di kalangan masyarakat Malaysia melalui aktiviti berikut:-
(a) Menganjur program literasi maklumat di perpustakaan dan institusi berkaitan.
(b) Menganjur bengkel/seminar/program berkaitan pembacaan dan pengendalian program
galakan membaca. Contoh bengkel/seminar adalah seperti yang berikut.
Contoh bengkel/seminar berkaitan dengan program pembacaan dan galakan membaca:
1. Program Bacaan Kegemaran Saya
2. Bengkel Penubuhan Perpustakaan Keluarga
3. Bengkel Bercerita/Black Theatre/Boneka
4. Bengkel Galakan Membaca
5. Kem Galak Belia Membaca
6. Bengkel Keibubapaan Anak Remaja/Anak Kecil
7. Bengkel Pencarian Maklumat
8. Kempen Keahlian
9. Pertandingan Carian Maklumat
10. Pertandingan Cereka Kartun
11. Bookstart
12. Bacakan Kepadaku/Read To Me
13. Kem Kembara Ilmu
14. Jejak Maklumat
15. Bookathon
(c) Mengadakan program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta meningkatkan
budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.
budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.
7. Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat melalui aktiviti berikut:-
(a) Mewujudkan pangkalan data literasi maklumat Malaysia yang merangkumi maklumat berkaitan
program pembacaan, penyelidikan, penggiat pembacaan dan aktiviti pembacaan yang
dilaksanakan
program pembacaan, penyelidikan, penggiat pembacaan dan aktiviti pembacaan yang
dilaksanakan
(b) Mengadakan kursus/bengkel pencarian dan kemahiran maklumat secara on-line.
(c) Memperluaskan aplikasi Internet dalam program dan aktiviti pembacaan.
8. Keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun akan dikaji dan dinilai
melalui :-
melalui :-
(a) Menjalankan wacana kumpulan sasaran (Focus Group Interview)
(b) Kajian keberkesanan kempen membaca setiap tahun.
(c) Melaksanakan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun
(d) Mengemukakan Laporan Pelaksanaan Kempen Membaca setiap tahun kepada Jawatankuasa
Gerakan Membaca
Gerakan Membaca
9. Memantau kadar literasi dan tahap pembacaan rakyat Malaysia melalui:-
(a) Mengkaji laporan dan penerbitan Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi
(b) Menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pelaksanaan Kajian Profil Membaca Rakyat
Malaysia
Malaysia
(c) Mendapatkan khidmat jururunding penyelidikan bagi menjalankan dan menyediakan
laporan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun menggunakan bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris
Malaysia dan bahasa Inggeris
(d) Menyediakan laporan hasil kajian dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris untuk pihak
berkuasa tertentu, media massa dan orang awam
berkuasa tertentu, media massa dan orang awam
Pengemaskinian Program
Dasar ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan objektif jabatan dan
keperluan maklumat negara ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan
cintakan ilmu.
Friday, February 7, 2014
Refresh My Soul With 2 Minutes Of Silence
Stop everything mid-morning and take two minute to savour deep peace.
Take the phone off the hook, close your eyes and retreat from the world, to the still, silent center of your mint.
Keep your life in perspective by remembering who you are and what is important to you.
Bring your inner peace to the world through your activities and interactions.
Wednesday, February 5, 2014
Anatomi Sifat Manusia
Visual, Auditori atau Kinestetik
Menilai Karakter Berdasarkan Bola Mata
1. Karakter Visual
Orang yang berkarakter Visual lebih gemar kepada hadiah seperti berlian atau emas atau apa-apa yang berkilau. Jika tidak pun mereka lebih suka kepada perkara yang cantik dipandang. Ini kerana orang jenis ini memang lebih mementingkan skesempurnaan dan kecantikan yang dapat dilihat dengan mata kasar.
2. Karakter Auditori.
Orang yang memiliki karakter auditori, bola matanya biasanya berada di tengah tengah, jadi mendatar ketika ia berfikir. Orang jenis ini, ia lebih senang terhadap segala sesuatu yang menimbulkan suara. Ia senang di puji, di agungkan atau segala sesuatu yang dapat menyenangkan telinganya. Karakter jenis ini juga biasanya cepat belajar dari pendengarannya, ia kadang tidak memperhatikan apa yang di dengarnya tapi apa yang di ucapkan akan lebih tertanam.
3. Karakter Kinestetik
Selain dari bola mata, kita sebenarnya boleh menilai karakter seseorang itu dari kecenderugannya. Misalnya, mana yang sering anda pakai 'kelihatannya, kedengarannya, rasa rasanya'. Misalnya anda mengungkapkan demikian, 'kedengarannya menarik' bererti anda jenis orang yang auditori. Kalau anda berkata, 'kelihatanya bagus' bererti anda orang visual dan begitu seterusnya.
Satu lagi kalau anda ingin menguji sseorang, misalnya ketika anda ingin memesan makanan di warung. Anda pesan, Kakak air teh ais tiga ya (sambil menunjukan empat jari tangan anda). Kalau nanti dia bawa empat, bererti dia melihat dari jari yang anda , dia adalah jenis visual. Kalau dia membawa 3, bererti dia jenis orang auditori, dia memperhatikan perintah dari apa yang dia denggar.
Itulah hal sederhana bagaimana menilai karektor, memang kadang sering tidak mudah untuk mempraktikannya dan menyesuaikan dengan lingkungan. Tapi paling tidak, kita tau kecenderugan orang tersebut dengan menilai karakternya dari bola mata.
Menilai karektor belajar
Setiap orang memiliki cara belajarnya sendiri. Ada yang lebih senang belajar sendiri, belajar berkelompok, belajar dengan melihat, mendengar atau mengerjakan sesuatu agar sesuatu yang ia pelajari dapat diingat dan dipahaminya dengan baik. Untuk memaksimalkan potensi yang ada dalam diri kita, tentu ada baiknya kita terlebih dulu mengerti dan mengetahui bagaimana sebenarnya tipe belajar kita sendiri.
Menurut DePetter dan Hearchi, 2003, tipe belajar merupakan gaya belajar yang dimiliki oleh setiap individu yang merupakan cara termudah dalam menyerap, mengatur dan mengolah informasi. Sutanto, 2006, membagi tipe belajar seseorang menjadi tiga hal:
- Manusia visual, dimana ia akan secara optimal menyerap informasi yang dibacanya/dilihatnya.
- Manusia auditori, dimana informasi yang masuk melalui apa yang didengarnya akan diserap secara optimal.
- Manusia kinestetik, dimana ia akan sangat senang dan cepat mengerti bila informasi yang harus diserapnya terlebih dahulu “dicontohkan” atau ia membayangkan orang lain melakukan hal yang akan dipelajarinya.
Sejalan dengan hal tersebut, DePetter dan Hearchi, 2003, mendeskripsikan ciri-ciri tipe belajar seseorang menjadi sebagai berikut:
- Jenis Visual
Orang visual akan lebih memahami melalui apa yang mereka lihat. Warna, hubungan ruang, potret mental dan gambar menonjol . Adapun beberapa ciri orang denganjenis belajar visual, iaitu :
- Rapi, teratur, memperhatikan segala sesuatu dan menjaga penampilan
- Berbicara dengan cepat
- Perancang jangka panjang yang baik
- Pengeja yang baik dan dapat melihat kata-kata yang sebenarnya dalam pikiran mereka
- Lebih mengingat apa yang dilihat daripada yang didengar
- Mengingat dengan asosiasi visual
- Mempunyai masalah untuk mengingat instruksi verbal kecuali jika ditulis dan sering meminta orang lain untuk mengulangi ucapannya.
- Lebih suka membaca daripada dibacakan dan pembaca yang cepat
- Mencoret-coret tanpa arti selama berbicara di telepon atau dalam rapat
- Lebih suka melakukan demonstrasi daripada berpidato
- Lebih menyukai seni gambar daripada musik
- Sering menjawab pertanyaan dengan jawaban yang singkat ya atau tidak
- Mengetahui apa yang harus dikatakan, tetapi tidak pandai memilih kata-kata yang tepat
- Biasanya tidak terganggu dengan keributan
2. Jenis Auditori
Orang dengan jenis ini akan lebih memahami sesuatu melalui apa yang mereka dengar. Modalitas ini mengakses segala jenis bunyi dan kata. Musik, irama, dialog internal dan suara menonjol pada jenis auditori. Seseorang yang sangat auditori memiliki ciri-ciri sebagai berikut :
- Suka berbicara kepada diri sendiri saat bekerja
- Perhatiannya mudah terpecah dan mudah terganggu oleh keributan
- Menggerakkan bibir mereka dan mengucapkan tulisan di buku ketika membaca
- Senang membaca dengan keras dan mendengarkan
- Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, perubahan dan warna suara
- Merasa kesulitan untuk menulis dan lebih suka mengucapkan secara lisan
- Berbicara dalam irama yang terpola
- Lebih suka musik daripada seni gambar
- Belajar dengan mendengarkan dan mengingat apa yang didiskusikan daripada yang dilihat
- Suka berbicara, suka berdiskusi dan menjelaskan sesuatu dengan panjang lebar
- Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik
- Mempunyai masalah dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan visualisasi, seperti memotong bagian-bagian hingga sesuai satu sama lain
- Lebih pandai mengeja dengan keras daripada menuliskannya
- Biasanya pembicara yang fasih
3. Jenis Kinestetik
Orang dengan jenis kinestetik belajar malalui gerak, emosi dan sentuhan. Modalitas ini mengakses pada gerakan, koordinasi, irama, tanggapan emosional, dan kenyamanan fisik. Ciri-ciri orang dengan jenis belajar kinestetik iaitu :
- Berbicara dengan perlahan
- Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka saat berbicara
- Berdiri berdekatan saat berbicara dengan orang
- Selalu berorientasi pada fisik dan banyak bergerak
- Belajar melalui memanipulasi dan praktik
- Menghafal dengan cara berjalan dan melihat
- Menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca
- Banyak menggunakan isyarat tubuh
- Tidak dapat diam untuk waktu yang lama
- Tidak dapat mengingat geografis, kecuali jika mereka memang telah pernah berada di tempat itu.
- Menyukai permainan yang menyibukkan
- Mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh saat membaca, suka mengetuk-ngetuk pena, jari, atau kaki saat mendengarkan
- Ingin melakukan segala sesuatu
- Kemungkinan tulisannya jelek
Selain ketiga jenis belajar tersebut, DePetter juga menambahkan bahwa ada jenis campuran dari tiga jenis belajar diatas, misalnya Auditori-visual atau Visual-kinestetik atau bisa ketiga-tiganya tapi biasanya satu jenis belajar lebih mendominasi.
Fikir-fikirkan mana satu jenis anda. Kenali diri sendiri dan mengenal orang lain melalui autonomi sifat..
Subscribe to:
Posts (Atom)