Saturday, February 8, 2014

Dasar Galakan Membaca


SUMBER : Perpustakaan Negara Malaysia
 

Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara

Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta

A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu:  “menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar

membaca".



Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat



mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat membaca”.



Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia

mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti.

Dasar ini juga menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk

melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat berasaskan budaya sains dan

teknologi.

Bagi menentukan hala tuju program galakan membaca, urus setia jawatankuasa telah dibentuk

dengan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca

Kebangsaan dan Perpustakaan Awam Negeri-negeri sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan

Membaca Negeri.



Skop


Dasar Galakan Membaca merangkumi semua aktiviti perpustakaan yang berhubung kait dengan

pembacaan di dalam usaha memupuk minat membaca rakyat Malaysia.



Objektif


Dasar Galakan Membaca bertujuan untuk dijadikan garis panduan bagi mencapai objektif

berikut:




  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan masyarakat.

  • Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

  • Meningkatkan tahap pembacaan rakyat Malaysia.

  • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.

  • Menjadikan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.



  • Menilai keberkesanan Kempen Membaca Kebangsaan


Strategi


  • Merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca di peringkat kebangsaan.



  • Merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan membaca.



  • Menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam melaksanakan program galakan membaca.



  • Melaksanakan program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi meningkatkan kesedaran program galakan membaca.


  • Membina pasukan pakar di kalangan anggota perpustakaan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca.


  • Mengenalpasti kumpulan pakar dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan membaca dikalangan masyarakat Malaysia.



  • Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat.


  • Mengkaji dan menilai keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun.



  • Membina pangkalan data aktiviti dan fasilitator dalam bidang pembacaan di peringkat kebangsaan dan negeri.


Pelaksanaan Program


1. Aktiviti merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca dibuat melalui:-


(a) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan sekurangkurangnya
      sekali setahun

(b) Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Gerakan Membaca Perpustakaan Awam Negerinegeri
      sekurang-kurangnya sekali setahun

(c) Menyusun dan menyelaras program Kempen Membaca

(d) Mendapatkan sokongan kewangan dari kerajaan dengan memohon peruntukan di bawah
     rancangan pembangunan lima tahun kerajaan

(e) Mengagihkan peruntukan kepada Perpustakaan Awam Negeri dan agensi-agensi tertentu untuk
     pelaksanaan projek dan program galakan membaca

(f) Memantau pelaksanaan aktiviti galakan membaca negeri-negeri serta mendapat maklum balas
     pelaksanaan aktiviti melalui mesyuarat dan laporan


2. Aktiviti merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program
    galakan membaca dilaksanakan melalui:-

(a) Membuat pengagihan peruntukan yang seimbang bagi pemberian bahan bacaan yang
      bersesuaian dengan golongan yang dikenalpasti seperti senarai contoh yang berikut.

Contoh institusi kerajaan/swasta yang menerima sumbangan bahan bacaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia:



  • Jabatan Penjara
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Agensi Dadah Kebangsaan
  • Agensi FELDA
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
  • Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak DiDera di bawah pentadbiran badan bukan kerajaan (NGO)
(b) Memantapkan koleksi dan perkhidmatan pinjaman Perpustakaan Negara Malaysia termasuk
      pinjaman berkelompok.

(c) Menggalakkan dan menyokong pewujudan bilik-bilik bacaan terutamanya di luar bandar dengan
      kerjasama jabatan dan institusi yang berkaitan.


3. Aktiviti menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam
    melaksanakan program galakan membaca dilakukan melalui:-

(a) Meningkatkan program galakan membaca dengan rakan usaha sama sedia ada yang sesuai
      dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran seperti yang berikut.

Contoh institusi kerajaan/badan berkanun/badan bukan kerajaan bagi program kerjasama galakan membaca:

Kerajaan/Badan Berkanun

1. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan

2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan

3. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

4. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-Negeri

5. Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri

6. Jabatan Kemajuan Masyarakat [KEMAS]

7. Jabatan Belia, Kementerian Belia dan Sukan

8. Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

9. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara [LPPKN]


Badan Bukan Kerajaan

1. Persatuan Pustakawan Malaysia

2. Persatuan Pembacaan Malaysia

3. Persatuan Belia 4B Malaysia

4. Majlis Belia Malaysia

5. Persatuan Pekartun Malaysia [PEKARTUN]


(b) Mengenalpasti dan menyokong aktiviti galakan membaca baru yang sesuai dijalankan secara
      usaha sama dengan berkesan.

(c) Mengenalpasti institusi, persatuan, pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan serta pihak
     swasta bagi melaksanakan program galakan membaca secara usaha sama.

(d) Membina rangkaian rakan usaha sama dalam gerakan literasi maklumat.


4. Program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi program galakan membaca
    dilaksanakan melalui:-

(a) Mendapatkan khidmat jururunding perhubungan awam atau agensi pengiklanan untuk  
     perancangan dan pelaksanaan kempen.

(b) Mengadakan program promosi yang meluas dengan media massa.

(c) Menghasilkan bahan-bahan promosi pelbagai format untuk edaran dan kegunaan seluruh negara.


5. Membina sebuah pasukan pakar di kalangan anggota Jabatan dalam bidang pembacaan dan
    pengurusan program galakan membaca melalui aktiviti berikut:-

(a) Membina modul dan program latihan bagi meningkatkan dan memantapkan kesedaran tentang
      kepentingan pembacaan dikalangan masyarakat.

(b) Mewujud dan membina program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta
      meningkatkan budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.

(c) Menjadi pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.


6. Membina kumpulan yang mahir dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan
     membaca di kalangan masyarakat Malaysia melalui aktiviti berikut:-

(a) Menganjur program literasi maklumat di perpustakaan dan institusi berkaitan.

(b) Menganjur bengkel/seminar/program berkaitan pembacaan dan pengendalian program
     galakan membaca. Contoh bengkel/seminar adalah seperti yang berikut.

Contoh bengkel/seminar berkaitan dengan program pembacaan dan galakan membaca:

1. Program Bacaan Kegemaran Saya

2. Bengkel Penubuhan Perpustakaan Keluarga

3. Bengkel Bercerita/Black Theatre/Boneka


4. Bengkel Galakan Membaca

5. Kem Galak Belia Membaca

6. Bengkel Keibubapaan Anak Remaja/Anak Kecil

7. Bengkel Pencarian Maklumat

8. Kempen Keahlian

9. Pertandingan Carian Maklumat

10. Pertandingan Cereka Kartun

11. Bookstart


12. Bacakan Kepadaku/Read To Me


13. Kem Kembara Ilmu

14. Jejak Maklumat

15. Bookathon



(c) Mengadakan program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta meningkatkan 
     budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.


7. Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat melalui aktiviti berikut:-

(a) Mewujudkan pangkalan data literasi maklumat Malaysia yang merangkumi maklumat berkaitan
     program pembacaan, penyelidikan, penggiat pembacaan dan aktiviti pembacaan yang
     dilaksanakan

(b) Mengadakan kursus/bengkel pencarian dan kemahiran maklumat secara on-line.

(c) Memperluaskan aplikasi Internet dalam program dan aktiviti pembacaan.


8. Keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun akan dikaji dan dinilai
    melalui :-

(a) Menjalankan wacana kumpulan sasaran (Focus Group Interview)


(b) Kajian keberkesanan kempen membaca setiap tahun.

(c) Melaksanakan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun

(d) Mengemukakan Laporan Pelaksanaan Kempen Membaca setiap tahun kepada Jawatankuasa
     Gerakan Membaca


9. Memantau kadar literasi dan tahap pembacaan rakyat Malaysia melalui:-

(a) Mengkaji laporan dan penerbitan Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi

(b) Menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pelaksanaan Kajian Profil Membaca Rakyat  
      Malaysia

(c) Mendapatkan khidmat jururunding penyelidikan bagi menjalankan dan menyediakan
      laporan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun menggunakan bahasa
      Malaysia dan bahasa Inggeris

(d) Menyediakan laporan hasil kajian dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris untuk pihak
      berkuasa tertentu, media massa dan orang awam




Pengemaskinian Program
Dasar ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan objektif jabatan dan


keperluan maklumat negara ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan

cintakan ilmu.

No comments:

Post a Comment