Monday, December 30, 2013

Kehilangan - Firman


Selamat Tinggal 2013 - Selamat Datang 2014

Di penghujung tahun 2013, semakin ditinggalkan.. perlu dilunaskan apa yang belum dilaksanakan..selagi mampu..kerana masa tak pernah untuk menunggu kita..Walaupun payah walaupun susah tahun akan terus berganti ....

Kita sebagai manusia hanya boleh merancang serapi-rapinya tapi hanya Allah S.W.T yang menentukan segalanya..kita hanya boleh berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal...serta redha...dengan ketentuan yang ditakdirkan...

Tahun 2013... suka dan duka dilalui dan tahun 2014 yang akan mendatang tak tau apa yang bakal menempuh...Kita hanya boleh merancang sebaik mungkin dan lakarkan apa yang dirancang diatas kertas dan minda mengikut kehendak kita ..tapi kita masih tidak tahu takdir kita...

Sentiasa berdoa agar dimasa-masa yang akan datang di beri seperti yang dirancang...Aminn

 
SELAMAT  TAHUN BARU  2014

Disleksia ... Perlu Diketahui

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-ciri penghidapnya

  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.



Monday, December 23, 2013

Conteng..

Aku cukup suka menconteng..di kertas kertas untuk meluahkan rasa... rasa suka dan rasa duka yang kadang kadang tu lepas conteng kenelah pulak mengoyakkan agar apa yang diconteng tidak dibaca dan ada juga disimpan untuk dijadikan kenangan....

Akan dilukis mengikut kehendak hati dan ada juga di conteng tanpa makna..tapi apa yang aku buat semuanya untuk kepuasan hati aku sendiri...Bila sedih pun suka menconteng diri sendiri...bukan nak bagi muka nampak cantik tapi..rasa puas bila bersolek hehehe...Biarlah orang nak kata apa..biarlah orang nak tengok yang penting diri sendiri rasa puas... dan  tidak melibatkan orang lain...

Conteng ..buang...conteng...buang...buat perabis kertas dan bilik bersepah..lepas tu..kemas ...masuk dalam tong sampah.... legaaaa!!!!





Tuesday, December 10, 2013

Rapuh...


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkahkadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Carrot Cupcakes with Lemon Cream Cheese Frosting - Chef Izyan hani

Carrot Cupcakes with Lemon Cream Cheese Frosting


Bahan-bahan (for 12 10-inch cupcakes):


2/3 cawan minyak masak atau minyak sayuran

2 biji telur
60g gula kastor
60g gula perang
50g kacang walnut - disangai (actually takda specific measurement, kalau suka lebih bulih bubuh lebih, no extra charge hehe)
1 cawan carrot - disagat
125 gm tepung gandum - diayak
1/4 sudu teh baking powder - diayak
1/4 sudu teh soda bicarb - diayak
1/4 sudu kecil garam

Optional:

Sedikit serbuk kulit kayu manis 
Sedikit serbuk buah pelaga 

1. Preheat / panaskan ketuhar pada 175C selama 10 minit. 


2. Masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan soda bicarb (dan juga serbuk kayu manis dan buah pelaga jika menggunakan), ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.


3. Di dalam mangkuk berasingan, pukul telur pada kelajuan sederhana sehingga betul-betul gebu, kembang dan kuning pucat. The eggs should at least double up in volume and sangat fluffy.

4. Masukkan minyak, gula kastor dan gula perang ke dalam telur tadi dan teruskan memukul sehingga sebati dan gula agak hancur. Masukkan carrot dan kacang walnut. Pukul sebati.


5. Masukkan campuran tepung gandum, baking powder dan soda bicarb tadi ke dalam campuran telur, minyak dan gula di dalam 3 peringkat. (Masukkan tepung, kaup balik perlahan dengan spatula. Masukkan tepung, kaup balik perlahan dengan spatula. Masukkan tepung, kaup balik perlahan dengan spatula). Kaup balik hanya untuk mengadun sehingga bergabung (just to combine)..pastikan tidak overmix ya! Nanti kental keknya 


6. Masukkan ke dalam cawan cupcake dan bakar selama 20 minit atau sehingga tiada crumbs yang melekat pada lidi yang dicucuk ditengah-tengah cupcake. Keluarkan dan biarkan pada suhu bilik sehingga betul-betul sejuk, baru difrosting.


7. Untuk frosting, Izyan hanya pukul cream cheese bersama gula icing dan jus lemon. Izyan tak ada sukatan yang fix sebab selalu ikut selera pada waktu tu...bila crave something yang masam, izyan akan lebihkan jus lemon dan kurangkan gula. Jika kurang pasti, pukul dulu cream cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga mencapai rasa manis yang anda ingini. Tambahkan jus lemon sedikit demi sedikit (half a lemon would be more than enough). Jus lemon dah cukup untuk mencairkan cream cheese, oleh itu Izyan tak tambah butter kalau mahukan frosting yang cair  


Kenapa cupcakes? Sebab laju sikit nak bakar, 20 mins dah siap..kalau kek agak lama, tak larat bil api! Hihihi lagipun kalau cupcakes memang cepat je habis with the little ones kan :))




Wednesday, December 4, 2013

Dah Tak mampu...

Bukan niat nak burukkan sesiapa...cuma nak luah rasa letih aku......kami dah buat bersungguh sungguh..tapi kenapa tak di terima....? kenapa??....aku tak boleh puaskan hati semua orang ..bila bercakap dikata banyak alasan..dah tak termampu idea dikeluarkan..perkara kreatif tak semuanya seperti pembaris...lurus...selurusnya....

Angle....shoot semua ada sebab tersendiri ...sebab itulah.. takkan ada director yang sentiasa yang terbaik....Syukur dengan apa yang ada...ada yang sudi membantu....aku sendiri tak ada  pengalaman... hanya membuat mengikut naluri dan hati...tiada bimbingan...kami semua mengejar... dan mencari ilmu sendiri.....

Jiwa aku resah...hati ku mula merana..banyak perkara lain yang perlu aku selesaikan.... orang takkan faham..memang bukan aku yang buat ..cuma memberi idea dan memantau tapi....kasihan kepada yang membuat...sehingga tak terdaya......aku....dah  luah...tapi tak diterima.... kenapa..???? Masih minta ubah dan terus ubah....

Dah kata hanya itu yang termampu.....hanya itu yang terdaya....tapi masih...dipaksa???.....aku letih..seletihnya...letih.....tak dapat nak digambarkan ...rasa hati ini.... hanya yang mampu aku katakan aku amat letih......

Ya Allah permudahkan segala urusanku...agar apa yang dilaksanakan diterima.... kasihanilah kami....yang tak mampu...meneruskan lagi.....