Wednesday, November 16, 2011

Catatan Diariku...

Hujung minggu yang lalu..Perpustakaan Cawangan Jasin Dan Kerjasama dengan Ganmbar telah menjalankan satu program yang Memperkasakan Besas Asap Rokok di Negeri Melaka.Pada Hari itu pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan aku sebagai pengurus program juga bertungkus lumus menjalankan program tersebut walaupun hujan...lebat...

Perasmi pada hari tersebut adalah YB Yazeed iaitu ADUN Rim...Lepas je dari program tersebut aku terus kerumah salah seorang kakitangan iaitu Rohana Atan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak beliau..

badan rasa penat tapi apakan daya...esok jam 8.00 pagi aku mesti brada di dataran 1 Malaysia kerana Kapal Selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 telah sampai diperairan selat Melaka dan Ketua Menteri Melaka akan melawat tapak untuk melihat perkembangan yang telah dilaksanakan...

kapal Selam tersebut akan diturunkan pada 17 November 2011 hari khamis...insyaallah itu pun kalau semuanya berjalan dengan lancar dan cuaca baik.

Pada 13 November 2011, aku berada di sana... Ketua Menteri Melaka ...bertenaga orangnya..boleh berjalan pantas dipasir pantai...aku nie terkemut-kemut berjalan...dan bila balik kerumah ..emmmm kakiku sakit....Letih semalam tak hilang lagi di tambah dengan sakit kaki pulak... huhuhu..

Dan seperti biasa bila balik kerumah aku berulit dengan anak-anak...nelayan kerenah diorang yang nak itu dan ini ....bermain permainan bersepah sepah...tapi aku biarkan kerana dihujung minggu ini sahaja mereka bersamaku...kerana dihari hari lain aku sibuk dengan kerja....

14 November 2011...7.00pg..aku dimaklumkan bahawa Tok Maideen telah meninggal dunia di Singapore....jadi aku dan keluargaku terus bergegas ke Singapore...emmm penat tak hilang lagi dan travel jauh.... tapi apa nak buat dah musibah berlaku..kesian pulak kat mak...ingat baru hujung minggu nak balik...tapi semuanya dah terlambat....

Kami sekeluarga sempat sampai sebelum Tok Maideen dikebumikan...nak balik hari semua dah tak larat dan aku pun menagguhkan untuk balik esok sahaja....sehari di rumah nenek..aku maklumkan perancangan untuk bercuti...setakat ini kata putus unuk bercuti adalah ke Universal Studio Singapore...tapi tak tahu lagi jadi ke tidak kerana itu semua bergantung pada cuti suamiku yang hampir habis huhuhuuuu

Semoga percutian yang telah di rancang menjadi kenyataan...amin...

No comments:

Post a Comment