Friday, November 18, 2011

Tepuk Sebelah Tangan Tidak Berbunyi....

Hari ini aku saja nak cite pasal tepuk sebelah tangan tak berbunyi....memang betul pun perumpamaan itu tapi sejauh mana tangan hanya bertepuk sebelah tangan...dan tiada bunyi...kalau cinta dan kasih biasa antara gadis dan teruna tiada masalah tapi jika isteri orang dan suami orang...akan mengundang banyak masalah...

Memang rasa cinta tak boleh dihalang kerana rasa cinta adalah umpama arus yang mengalir tapi cinta boleh dikawal oleh akal dan fikiran yang waras. Memang rasa disayangi dan akan rasa bagaikan puteri bila bercinta...lagi lagi suami orang dengan isteri orang ...tapi bila difikir semula kenapa perkara itu boleh terjadi sedangkan masing-masing mempunyai pasangan sendiri....

Adakah kerana kurang kasih atau saja " try market"...Mula-mula kenal-kenal atau kekasih lama kemudian cerita pasal keluarga dan keadaan diri dan bila hari-hari berbual atau berkomunikasi dengan penuh gurau senda akan berputik kembali kasih didalam hati....

Mula-mula malu-malu....lepas itu....lepaskan rindu...itu semua mainan duniawi ...bila dah asyik masyuk mulalah bercinta. Lagu-lagu zaman sekarang nie ...banyak sangat yang memainkan perasan sehingga adakala rasa terlalai...

Bila berjumpa ..jantung macam nak gugur..gugup tak tau nak kata apa...tapi itulah realiti...bohonglah kalau tak ada rasa begitu kerana semua adalah manusia biasa...

Dah kata dunia ini adalah pentas dunia...Ustaz pun ada yang tidak tahan dengan godaan...bukan kerana perempuan itu adalah seksi atau terlalu cantik...tapi..mungkin kerana perwatakan dia...yang boleh mencairkan hati seorang ustaz...walaupun ustaz itu adalah suami orang dan perempuan itu isteri orang...

Dunia oh dunia semua boleh berlaku... susah untuk menafsir hati seseorang....sukar juga untuk menjangka apa yang berlaku....Tak boleh salahkan seorang saja jika perkara sebegini berlaku kerana " Bertepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi" dan jangan biarkan Syaitan menguasai kita.... walaupun kita tahu manusia ini lemah tapi...manusia juga menpunyai kekuatan tersendiri...

Bila ditanya kenapa perkara sebegini berlaku...ada saja jawapannya...pasangan tidak melayan dengan baiklah, sunyilah...dan macam-macam lagi...tapi pernahkah dia fikir yang dia juga ada tak melayan pasangan dia dengan sebaik mungkin...

Tapi apa-apa pun setiap pasangan kene pasrah dengan pasangan masing-masing kerana kebanyakkan pasangan sekarang adalah pilihan sendiri ...sebelum mereka berkahwin mereka bebas untuk memilih dan menentukan pasangan mereka ..jadi sepatutnya tak timbul perkara " awak nie tak romantiklah"..."awak ni tak cantiklah"...."awak nie tak lembutlah" kerana zaman sekarang bila bercinta bukan sekejap...bertahun-tahun bercinta ...kerana sambil bercinta nak kumpul duit nak kahwin...Masa itu sebenarnya masing-masing dah boleh menilai perangai masing-masing dan sekiranya serasi....jadikanlah pasangan dan sekiranya tidak serasi masih boleh memilih selagi tidak diijabkabulkan....

Memang ...seorang lelaki boleh kahwin lebih dari satu tapi berapa ramai lelaki yang boleh adil dalam perkara sebegitu...????

Dadali- Di saat aku mencintaimu

Wednesday, November 16, 2011

Catatan Diariku...

Hujung minggu yang lalu..Perpustakaan Cawangan Jasin Dan Kerjasama dengan Ganmbar telah menjalankan satu program yang Memperkasakan Besas Asap Rokok di Negeri Melaka.Pada Hari itu pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan aku sebagai pengurus program juga bertungkus lumus menjalankan program tersebut walaupun hujan...lebat...

Perasmi pada hari tersebut adalah YB Yazeed iaitu ADUN Rim...Lepas je dari program tersebut aku terus kerumah salah seorang kakitangan iaitu Rohana Atan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak beliau..

badan rasa penat tapi apakan daya...esok jam 8.00 pagi aku mesti brada di dataran 1 Malaysia kerana Kapal Selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 telah sampai diperairan selat Melaka dan Ketua Menteri Melaka akan melawat tapak untuk melihat perkembangan yang telah dilaksanakan...

kapal Selam tersebut akan diturunkan pada 17 November 2011 hari khamis...insyaallah itu pun kalau semuanya berjalan dengan lancar dan cuaca baik.

Pada 13 November 2011, aku berada di sana... Ketua Menteri Melaka ...bertenaga orangnya..boleh berjalan pantas dipasir pantai...aku nie terkemut-kemut berjalan...dan bila balik kerumah ..emmmm kakiku sakit....Letih semalam tak hilang lagi di tambah dengan sakit kaki pulak... huhuhu..

Dan seperti biasa bila balik kerumah aku berulit dengan anak-anak...nelayan kerenah diorang yang nak itu dan ini ....bermain permainan bersepah sepah...tapi aku biarkan kerana dihujung minggu ini sahaja mereka bersamaku...kerana dihari hari lain aku sibuk dengan kerja....

14 November 2011...7.00pg..aku dimaklumkan bahawa Tok Maideen telah meninggal dunia di Singapore....jadi aku dan keluargaku terus bergegas ke Singapore...emmm penat tak hilang lagi dan travel jauh.... tapi apa nak buat dah musibah berlaku..kesian pulak kat mak...ingat baru hujung minggu nak balik...tapi semuanya dah terlambat....

Kami sekeluarga sempat sampai sebelum Tok Maideen dikebumikan...nak balik hari semua dah tak larat dan aku pun menagguhkan untuk balik esok sahaja....sehari di rumah nenek..aku maklumkan perancangan untuk bercuti...setakat ini kata putus unuk bercuti adalah ke Universal Studio Singapore...tapi tak tahu lagi jadi ke tidak kerana itu semua bergantung pada cuti suamiku yang hampir habis huhuhuuuu

Semoga percutian yang telah di rancang menjadi kenyataan...amin...

Wednesday, November 9, 2011

Perasan atau Perasaan

Hari ini aku nak cerita pasal perasan dan perasaan.Menjadi lumrah hidup manusia adakala perasan dan adakala berperasaan.Kebiasaannya perasaan manusia berubah rubah apabila menerima sesuatu perkara mengikut situasi dan perasaan. Walaupun perkara yang disampaikan adalah sama tapi bila disampaikan berkali kali....perasaan seseorang itu menerima juga berubah rubah.....

Perkara yang terjadi kepada diriku....aku adalah seorang yang tak kisah bila bergurau ..tapi adakalanya bila aku berperasaan... aku akan menjadi sensitif....dan mengambil kira apa jenis gurauan itu.....

W
Aku tahu aku bukanlah seorang yang sempurna......lagi lagi sejak akhir akhir nie sindrom lupa amat sssangat membelenggu diriku....dan bila dicampur dengan sikapku yang kadang kala suka berkhayal membuatkan aku adakala membuat silap yang memalukan diriku......

Perka yang sampai hari ini membelenggu diriku adalah kerana aku tersilap hantar sms kepada bos..huhuhu sungguh memalukan...,tapi nak buat macamana terlajak perahu boleh di undur, tapi bila terlajak sms.....emmmmmm aku mintak maap je le...tapi tak sangka kerana sms bos cerita kat semua...aku tak perasan yang terhantar sms tersebut...tapi aku juga manusia yang mempunyai perasaan.....

Kerana silap sms bos selalu jadikan perkara itu sebagai gurauan....pada mulanya perasaanku hanya malu sahaja...tapi bila ramai dah tahu kejadian itu aku berperasaan malu dan sedih....sehingga aku tidak dapat menahan air mata dari gugur sewaktu mesyuarat berlangsung....itu semua berlalu gara gara bos sebut perkara itu di dalam mesyuarat...


Aku tak salahkan dia kerana dia berhak untuk berkata apa yang dia suka....cuma aku yang adakala tidak dapat membendung perassanku ini...Aku tahu aku yang bersalah kerana lalai dan tidak berhati hati membuat sesuatu perkara....

Walaupun ada yang kurang senang kerana adakala dia boleh bergurau dengan ku tapi aku tak pernah perasan seperti yang dimaksudkan oleh seseoang itu.....Memang adakala aku sakit hati dengan apa yang dikata tapi aku bersabar kerana aku kene menempuh semua dugaan selagi aku berkerja disitu.....kalau umur aku panjang.,nak keja lama lagi sehingga umur 60 tahun hehehe

Itu yang ingin aku perkatakan. !walaupun ada kala kita adalah seorang yang tahan dengan gurauan,tapi dalam satu satu masa perasaan kita berubah rubah adakala ok dan ada kala ko....

Manakala, mengenai perasan pula...ingin aku katakan bahawa aku tak pernah perasan ingin seperti yangnyatakan tapi sekiranya perkara itu betul aku bersyukur......

Thursday, November 3, 2011

Putera katak

Tetiba teringat pada satu buku cerita yang menceritakan seorang puteri dan seekor katak yang berubah menjadi seorang putera ....

Seronoknya zaman kecilku ditemani cerita dongeng sehingga adakala aku sendiri ingin menjadi seorang Puteri  berpakaian kembang dan cantik....yang akan berkahwin dengan  putera raja yang menaiki kuda...hahahah...itu semua hanya khayalanku.....

Khayalan yang amat menyenangkan....
Aku sentiasa berangan angan untuk hidp senang dan sentiasa menari nari bagaikan puteri ....
itu semua tinggal kenangan...

Sahabatku adalah pasanganku......pasangan menari ala ala barat ....macam cerita itu....heheheh

Wednesday, November 2, 2011

Bahagiakah Aku....

Orang selalu berkata bahagiakah aku??? siapakah yang akan membuatku bahagia???? Siapa yang akan membahagiakan diriku???? Walaupun ayat yang berbeza tapi ..semua itu mempunyai makna yang sama...

Dalam hidup kita ini ...hanya kita sendiri sahaja yang tahu untuk membahagiakan diri kita sendiri...memang sifat azali manusia sesalu mengharapkan orang lain...selalu mengharapkan kasih orang ...tapi kekadang kasih yang diharap untuk membahagiakan akan mendatangkan penderitaan...akan mengundang kesedihan...

Jangan diharap padi seberang ...
Entahkan masak entahkan tidak....
Jangan diharap kasih orang....
Entahkan sudi entahkan tidak....

jadi dengan itu kita seharusnya tahu kehendak diri..tahu apa yang dikehendaki....jangan diharap orang ...walaupun kekadang orang itu...cuba untuk membahagiakan kita tapi adakala kita tidak bahagia bersamanya....

Begitu juga sebaliknya .....kita mengharap untuk membahagiakan orang tapi ...kita mesti tahu adakah orang itu juga bahagia bersama kita.....

memberi dan menerima sesuatu kebahagian adalah sesuatu yang berbeza...tapi alangkah bahagia sekiranya bahagia yang dicari ....mencapai titik tujunya....

Jangan sedih bila keseorangan kerana ....kita juga boleh membahagiakan diri kita jika kita keseorangan....kerana kita tahu apa yang kita mahukan ...kita tahu apa yang kita impikan....jangan terus kecewa ...dan kecewa lagi....

Sudirman - Pelangi Petang

Tuesday, November 1, 2011

Sentuhan Jiwa...Kemaafan Dendam Yang Terindah


Salam....saya telah terima email ini dari seorang kawan dan saya paparkan agar sama-sama kita dapat munafaat...

Semoga ceria dan bersemangat selalu untuk meneruskan tugas yang telah diamanahkan kepada kita semua. Minggu ini saya bawakan tajuk "Kemaafan Dendam Yang Terindah" untuk tatapan semua. Kemaafan adalah sesuatu yang paling mudah diungkapkan tapi paling sukar untuk diucapkan oleh kita semua. Jika direnungkan sepanjang kehidupan seharian kita, pasti tidak lepas dari melakukan kesalahan sama ada dengan diri sendiri, antara manusia dan dengan Tuhan. Kemaafan yang tidak segera dimaafkan akan menjadi satu toksid atau racun yang boleh memakan diri sendiri dan akhirnya individu tersebut akan menjadi seorang yang tidak ceria, emosi selalu terganggu, terlalu sensitif dan gagal mencapai prestasi kerja yang terbaik.

Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin mengajak diri saya dan rakan-rakan semua untuk sama-sama memaafkan kesalahan orang lain yang telah berbuat sesuatu yang mengencewakan atau menyakitkan hati kita selama ini. Memberi maaf dan melupakan kesalahan adalah 2 perkara yang berbeza. Apa yang penting bagi kita adalah memaafkan kesalahan orang lain dahulu walaupun amat sukar bagi kita untuk melupakan segala apa yang telah dilakukan olehnya kepada diri kita. Memang lumrah manusia sukar untuk melupakan kesalahan orang lain tapi manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian dan mempunyai segumpal darah yang menjadi 'Raja' penakluk diri iaitu hati. Jika baik hati itu, maka baiklah manusia itu dan jika buruk hati itu, maka buruklah diri manusia itu.