Sekadar berkongsi cerita gembira aku...pada tahun dan saat ini impianku banyak yang terlaksana....aku selalu impikan oven besar dan dilengkapi dengan kabinet...kerana aku nie adakala rajin gak mencuba .... hehehehe....
Selain dari itu pada tahun ini hadapan dan dibelakang rumah telah diubahsuai untuk menjadikan ruang nya cantik dan selesa....Bila aku kenangkan semula aku akan tersenyum sendiri kerana anak-anak ku impikan pagar yang ada "MATA"...Mereka selalu cakap..."Kesian ibu setiap hari kena turun kereta buka pagar"....dan suami aku juga pernah berjanji pada anak-anak ku yang suamiku akan membuat pagar "BERMATA"....tak sanggka anak-anak ku menuntut janji...akhirnya alhamdulillah impian anakku terlaksana...
Pada suatu hari suamiku bertanya padaku apa perasaan dan apa yang aku impikan...aku pun meluahkan bahawa aku rasa bila dapat oven berkabinet dah lengkap rasa hidup aku dirumah ... aku tau suami dah banyak habis duit renovation rumah aku tak minta semua itu sekarang kerana dia pernah cakap budget dah habis....tapi ...tak sangka bila balik kerja...dia terus membawaku ke kedai untuk membeli oven...Pada awalnya aku ingat untuk servey ....tiba-tiba dia kata ok...jadi beli...aku termanggu- manggu tapi gembira macam kerang busuk hhehehe.... dan akhirnya terbinalah oven berkabinet seperti yang aku kehendaki...Uncle yang buat kabinet adalah pakar dan mempunyai kilang sendiri jadi aku tak risau pasal design...uncle pandai dan aku sentiasa puas hati dengan kerja uncle....
Emmm....nanti ada masa akan ku masukkan gambar kabinet kesayanganku heheheeee......dan terima kasih untuk abang yang memahami dan sentiasa cuba memenuhi impian ina....rasa terharu dan tak sangka inpianku kini menjadi kenyataan....I love u hehehe
No comments:
Post a Comment