Friday, July 29, 2011

Kemarahan

Setiap manusia mempunyai sifat marah...walaupun tidak ditunjukkan...Walaupun tahu sifat marah itu adalah sifat yang dipengaruhi oleh Syaitan...tapi...sebagai manusia biasa yang mempunyai iman senipis kulit bawang....adakala tidak teriman.....


Tiada yang pelik didunia ini sekiranya yang lembut menjadi garang dan yang garang menjadi lembut....ini semua bergantung pada situasi .....


Apa yang aku paling pantang adalah orang yang suka berpura-pura...dan orang yang suka mengampu...bila ada orang yang sebegini hati jadi panas....adakala orang rasa pelik ...dan seakan tidak percaya dan bertanya kenapa? dan mengapa?...tapi bila perasaan marah tidak terbendung sekelip mata boleh berubah.....tapi apa yang digambarkan seharian juga bukan kepuraan....


Kita tidak boleh menipu...setiap masa dan setiap detik.... dan juga penipuan atau boleh dikata cover ayu bukan boleh dibuat-buat...kalau dibuat pun tak sampai setahun semuanya terbongkar...tapi apa yang berlaku adalah realiti....


Bila aku baik pijak semut pun tak mati tapi bila hati aku terluka....buruk padahnya..tapi aku masih ingat siapa diri aku dan dimana aku berpijak....tak tahu...dengan sapa nak diluahkan...sehingga ada yang mencari identiti aku....tak perlu itu semua...kerana apa yang dilihat itulah aku sebenarnya...tak pernah berpura.....dan aku juga tak pandai untuk bermain kata....


Cuma apa yang aku nak katakan bahawa manusia yang aku kenali ini terlalu banyak hasat dan dengki.....sehingga saat ini air mata aku kering dan tak gugur lagi kerana aku dah lali dengan perangai manusia begitu.....

No comments:

Post a Comment