Tuesday, May 18, 2010

Nor Adam Danish

NOR ADAM DANISH BIN NOOR AZMY

Nor Adam Danish telah selamat dilahirkan pada 12 April 2010, jam 7.32 Malam.Adam adalah anak ketigaku...emmmm pada awal kandunganku aku merasakan bayi yang aku kandungi ini adalah anak perempuan ...hehehe...Maka dengan itu semua persiapan kearah barang-barang perempuan...setiap kali aku scan, aku bertanya kepada doktor jantina anakku...tetapi doktor menyatakan jantina tak nampak...maka aku pun terus membuat andaian anakku adalah perempuan....sebab masa kandungan aku sebelum ini juga seumpana begitu.....

sehinggalah aku dimakkan ke hospital kerana bayiku kurang gerak ..baru aku mendapat tahu bahawa bayiku adalah lelaki...aku bersyukur dan apabila aku memberitahu suamiku...suamiku terkejut dan gembira...kerana kedua-dua anakku sebelum ini adalah perempuan....Diwaktu itu kandunganku telah mencecah 8 bulan lebih...Selepas aku keluar dari hospital aku terus membuat persediaan dengan membeli baju-baju lelaki untuk anakku yang bakal lahir...hehehe...

Aku sepatutnya due pada 9 April 2010, tetapi terlebih hari...pada masa itu kandungan kutelah menjangkau 40 minggu 3 hari....pada malam 11 April ...aku terasa seperti ada air yang keluar...banyak tapi tidak terasa sakit...memandanggkan aku perlu ke klinik padda keesokkan harinya aku mendiamkan diri sehingga keesokkan harinya... Pada isnin 12 April aku keklinik dan jururawat mendapati berat badan aku turun mendadak sebanyak 1.4 kg dalam masa 1 minggu....dan jururawat mengarahkan aku ke poliklinik Umbai untuk berjumpa Doktor dan membuat imbasan...setelah imbasan dijalankan didapati air ketuban telah pecah....dan aku terus ke Hospital.....Sampai di hospital ....aku terus di masukkan ke Kamar bersalin...tapi aku tak rasa sakit....dari jam 10.30 pagi sehingga 4.00 petang aku tak rasa sebarang kesakitan...jam 4.30 petang doktor memeriksaku dan memecahkan air ketubanyang masih tertinggal....kemudian baru aku berasa gesa untuk bersalin....Alhamdulillah aku selamat bersalin Nor Adam Danish setelah 4 kali dimasukkan ke hospital dengan berat 3.6kg dan panjang 53cm.

7 hari aku di Hospital kerana Adam didapati kuning dan mengalami kekurangan kromoson X iaitu G6PD...5 hari adam di Nursery...dan aku di wad...bersalin..aku sengaja tak mahu tinggal di Nursery kerana aku tak sanggup melihat Adam dicucuk dan menangis....Setiap hari aku akan ke Nursery sebanyak 3 kali dengan di temani oleh suamiku....masa yang ada diwad aku habiskan untuk memahamia apa itu G6PD...selain bertanya pada doktor dan jururawat..internet juga menjadi meneman aku...untuk maklumat yang aku cari.....Alhamdulillah aku semakin faham apa itu G6PD ...dan sekiranya ada yang aku tak faham aku akan bertanyakan kepada Doktor yang aku kenali dan juga doktor ditempat kerja suamiku....

Alhamdulillah Adam sihat walafiat dan sekarang telah berumur 1 bulan lebih.....semoga Adam menjadi anak yang sihat,soleh,cerdik dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.Amin.......






No comments:

Post a Comment