Hari nie nak cerita tentang bilik kakak dan adik....permintaan dari Nazirah...dah boleh tengok kat blog nie....lepas tu dah boleh buat kat rumah sewa.....
Idea bilik dilukis gambar bunga adalah idea Izzati....masa tu pegi rumah sewa cik syah dia..untuk konvo di UITM....Masa tu tiba-tiba Izzati ternampak bilik kawan cik syah dia penuh dengan lukisan bunga....dan dia pun kata " nak bilik macam tu"....Izzati nie memang minah bunga...mana-mana pegi suka bunga....
Oleh kerana...masa tu cik syah dia...cuti panjang jadi cik syah,ibu dan usu nazar tolong sama -sama buat bunga tu...
Jimat kos tak keluarkan duit yang banyak...cat pun cik syah sponsor untuk anak buah dia....terima kasih cik syah...
Nak tau caranya....
Caranya:
- Mula-mula potong tikar getah. kemudian lukiskan bentuk bunga kesukaan anda. ( bunga macam dalam gambar senang nak warnakan)
- Buat bunga macam tu dalam beberapa saiz (kami buat 4 saiz)
- Lepas tu bila dah siap bentuk bunga tu....lekapkan di dinding dan ikut bentuk dengan guna pensel..(jangan tekan sangat nanti nampak bekas)
- Atur ikut kesukaan besar dan kecil.....( biar nampak cantik)
- Lepas tu warnakan...guna berus cina ....untuk ikut bentuk bunga tu....
- Pastikan cat tu tidak kesat ....kalau kesat cairkan sedikit...
- Dan cat itu....mestilah kontra dengan cat dinding baru nampak cantik...
- Cubalah...
- Kat bawah nie hasilnya....
Dan Inilah tuan punye...bilik itu...baru bangun tido...
No comments:
Post a Comment