Tuesday, August 25, 2009

Perkembangan Bayi Dari MInggu Pertama Sehingga Minggu Ke 16





(Minggu pertama hingga minggu ke 16)

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Wajah-wajah mereka


Wajah-wajah mereka penuh makna..

Kesukaan,kesedihan,debaran silih berganti....

Ku harap agar wajah-wajah ini akan menjadi insan yang berguna di masa hadapan...

Sentiasalah mengorak langkah menimba ilmu pengetahuaan 

Di gedung ilmu ini tersimpan 1001 maklumat yang perlu dibongkarkan....

Sentiasalah keperpustakaan agar dirimu sentiasa berada dalam keilmuan..

Takdir...

Anugerah Allah....

Monday, August 24, 2009

Bunga Raya...Rumah CM






...Gambar  bunga raya nie diambil semasa aku balik dari meeting di Rumah Menteri Melaka..Masa tu kamera kesayangan aku ada didalam beg...sementara menunggu suamiku mengambilku...aku abadikan gambar bunga raya yang cantik ini....

Bunga Raya

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.



Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.



Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.


Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.



Monday, August 17, 2009

Room Deco...-Bilik kakak dan Adik

Hari nie nak cerita tentang bilik kakak dan adik....permintaan dari Nazirah...dah boleh tengok kat blog nie....lepas tu dah boleh buat kat rumah sewa.....

Idea bilik dilukis gambar bunga adalah idea Izzati....masa tu pegi rumah sewa cik syah dia..untuk konvo  di UITM....Masa tu tiba-tiba Izzati ternampak  bilik kawan cik syah dia penuh dengan lukisan bunga....dan dia pun kata " nak bilik macam tu"....Izzati nie memang minah bunga...mana-mana pegi suka bunga....

Oleh kerana...masa tu cik syah dia...cuti panjang jadi cik syah,ibu dan usu nazar tolong sama -sama buat bunga tu...

Jimat kos tak keluarkan duit yang banyak...cat pun cik syah sponsor untuk anak buah dia....terima kasih cik syah...

Nak tau caranya....

Caranya:

  • Mula-mula potong tikar getah. kemudian lukiskan bentuk bunga kesukaan anda. ( bunga macam dalam gambar senang nak warnakan)
  • Buat bunga macam tu dalam beberapa saiz (kami buat 4 saiz)
  • Lepas tu bila dah siap bentuk bunga tu....lekapkan di dinding dan ikut bentuk dengan guna pensel..(jangan tekan sangat nanti nampak bekas)
  • Atur ikut kesukaan besar dan kecil.....( biar nampak cantik)
  • Lepas tu warnakan...guna berus cina ....untuk ikut bentuk bunga tu....
  • Pastikan cat tu tidak kesat ....kalau kesat cairkan sedikit...
  • Dan cat itu....mestilah kontra dengan cat dinding baru nampak cantik...
  • Cubalah...
  • Kat bawah nie hasilnya....






Dan Inilah tuan punye...bilik itu...baru bangun tido...

Saturday, August 15, 2009

LIfe...

Stresssssssssssss........

Hari nie keje...pagi nie ada buat peperiksaan darah.... tiba-tiba terperanjat ...darah naik 138/92....Patut lah rasa macam nak muntah....rupanya darah naik...Keje banyak semua nak cepat .... Khamis nie nak  buat Program...Selaut Kasih Sejuta Kenangan....
Har...har har...petang nie meting kat rumah CM...dan esok keje lagi....minggu nie non stop keje....apa-apa pun balik nie kene rest betul ...betul ..takut gak kene darah tinggi....
Mungkin sebab aku sekarang nie lebih banyak memendam rasa dari meluahkan ....dulu luah je..tak de simpan-simpan....
Apa-apa pun.....semoga darah aku cepat stabil....

Thursday, August 13, 2009

Mood yang hilang


Hari ini pagi-pagi dah pi klinik...tak berapa sihat...batuk dan selsema ..sakit tekak dan ulser mulut...mood keje pun tak de....

Nita call nak buat program untuk anak yatim...awal puasa nie...ok..aku akan uruskan pasal anak yatim ...30 orang...Datuk kata dia ada 15 orang ...rasa tak jadi masalah cari lagi 15 orang.

banyak kerja yang perlu dilakukan  tapi kenapa mood t ak de???? emmmmmmmmmmmmm

Ada dua janji yang belum aku tunai kan....jumpa zil dan jai dan jumpa kak ina dan abang man...Bila? Masa terlalu cepat berlalu...

Tiba-tiba je rasa sedih...........Nape ekkkk???

Kenangan Manis Zaman Persekolahan


Terlalu banyak hendak dinyatakan....apa-apa pun zaman persekolahan adalah zaman yang paling manis....

Masa nie....suka lepak waktu petang kat sekolah 

Ini adalah group aku zaman persekolahan ( Dila kat sabah, Maiz kat Australia,Aku kat Library Melaka , ZIl kat Orang Kampung dan Fad kat MBMB)..Kami masih berhubung sehingga hari ini..

Satu lagi aktiviti kami...inilah KAMI..selagi tak pukul 5.00 selagi tu ada kat sekolah...

Dari berdiri ( Aidil yang macho, Rani yang cool,2G yang rajin basuh pinggan,Kak Liza yang maintain cun, Acal yang brutal, Mie ..yang memeang minat seni...DJ Sempoi.., Aku le...,Maiz yang kuat belajar, Zil yang mementingkan kesempurnaan, Shahrul yang pandai mengaji, Mie kecik yang kene lempang kat aku, Ecah yang ayu, Masni yang comel hanya dia yang tahu hatinya, Ah Teng..terima kasih nasi goreng mak kau..aku yang selalu perabiskan, Ijul..sibulu mata lentik..(IJULABI) dan Kinto....setiap tahun cakap" sampai mati takkan lupa lempangan kau"...

Jejaka idaman SMSM...

Malam Puisi SMSM semua kene berlakon...hehehe

Sayap ilusi..

Semakin jauh
aku renungi diri
semakin dekat
kekasih di hati

dia mentari
akulah sinarnya
dia lautan
akulah airnya

kalaulah ada
selain dari mu
biar ku hancur
dan menjadi debu

bila hadir cinta yang satu
tidak ku peduli sejuta sakti mu
menghukum aku dengan dusta
neraca dunia hakimnya

kerana cinta
biar aku di anggap gila
terbang dengan sayap ilusi
bertutur dalam bahasa hati

bila hadir cinta yang satu
tidak ku peduli sejuta sakti mu
menghukum aku dengan dusta
neraca dunia hakimnya

bila hadir cinta yang satu
jangan di tanya siapa dia
tanya dia siapa kita
dan ng ke mana akhirnya

kerana cinta
biar aku di anggap gila
terbang dengan sayap ilusi
bertutur dalam bahasa hati

KEHIDUPAN

Kehidupan adalah sesuatu yang sangat istimewa...Tidak perlu kita menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita.......Cuma kita perlu tahu di mana arah tujuan hidup kita ini...Dalam hidup kita tidak boleh memilih 2 jalan dalam satu masa....

Cuba fikir dalam hidup ini apa yang kita hendak...

  • Kebahagiaan ?
  • Kemewahan?
  • Keluarga?

Dan macam-macam yang berputar didalam minda kita ....kalau diberi peluang semua perkara kita hendak ...tapi dah jadi lumrah kehidupan...kita tidak boleh membuat semua perkara dalam 1 masa....

- Jangan rasa rendah diri dengan kehidupan yang kita ada kerana ....dalam kehidupan yang kita perolehi ...ada nikmatnya ..cuma kadang-kadang kita tidak sedar kehadiran nikmat itu...

- Walau apa pun yang terjadi ..hidup perlu diteruskan...kita tidak boleh terus mengenang tanpa berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita...

- kalau diberi pilihan ...setiap hari ada saja pilihan dari seseorang kerana mereka tidak akan puashati dengan kehidupan yang ada....

-Bila dikenang semula..........alangkah bahagianya seorang suami yang pabila balik dari kerja ....isteri telah menyiapkan makan,minum....anak-anak telah siap mandi dan isteri telah siap berdandan menunggu kepulangan suami...Mungkin kehidupan mereka sederhana tapi...hidup mereka teratur...

- Dibandingkan dengan suami dan isteri bekerja.....kerja dari pagi hingga petang ...balik ambil anak ....kalau rajin masak ...kalau penat makan luar....Hujung Minggu? keluar jalan-jalan ...makan luar lagi.....Nampak macam best...hujung minggu jalan-jalan tapi itu semua adalah untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan...MASAK? jarang-jarang...nak makan masakan isteri kene buat temujanji...kerana pastikan tiada program tertentu pada hujung minggu...Itulah senario kebanyakan orang yang bekerja....

- Cuma ....itu jalan yang kita pilih...kita kene tempuhi dengan rasa senang hati...walaupun adakala kita terfikir...SAMPAI BILA??...

-Hanya kita kene tahu bahawa hidup ini adalah terlalu unik  dan terlalu susah untuk ditafsirkan ..

-Apa-apa pun jangan sedih dan jangan sesekali bandingkan kehidupan kita dengan orang lain...kerana kita tak tahu masalah seseorang itu dalam kehidupan mereka....hanya kita sahaja yang tahu kehidupan kita maka ....gembiralah dengan kehidupan yang ada ....

-Yang lalu adalah kenangan....lihat masa depan kerana dihadapan banyak liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi....Genggamlah tangan pasangan masing-masing agar menjadi benteng pertahanan dimasa hadapan..........

Tuesday, August 4, 2009

Gelagat Puteri hatiku

Akhirnya aku dapat membeli kemera idamanku....bukan mudah membuat keputusan yang memerlukan kita keluar duit yang banyak nie ...tapi kerana kehendak ku..Suami ku membelikan jua kemera tersebut....

He..he...he,...itu pun bila aku kata tak lalu makan...tidur tak lena..."BETUL " bukan main-main tau....

Walaupun dah beli aku masih belum sempat untuk mengambil gambar yang cantik-cantik...aku sibuk dengan kerja ...sama macam kawan-kawan aku....

Gambar ini diambil dirumah ku...oleh suamiku....

Wajah-wajah banyak keje....

Sejak akhir-akhir nie kami semua banyak kerja...Kerja melimpah ruah......Walaubagaimanapun kerja perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh....

Kat bawah nie adalah sahabat seperjuangan ku....semua tengah sibuk dengan kerja masing-masing....hehehe

Ina hanya boleh bantu apa yang mampu....

Buat keje bebaik ye.....