Wednesday, August 26, 2026

2026 Hampir Sampai Ke Penghujung Tahun

 Hai....

Lama tak bersiaran.8 tahun telah berlalu...Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik  untuk aku menerjah blog yang hampir aku lupakan. Oleh kerana ada pembaca yang setia aku gagah juga ku untuk mulai menulis semula. 

Kehidupan umpama lautan dan pantai, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan kehidupan aku selama 8 tahun aku menyepi. aku juga hampir menyerah tetapi bila difikir semula hidup mesti diteruskan sebelum penghujung menjelma. Aku ada tanggungjawab yang perlu aku selesaikan. Aku perlu kuat, apa pun badai yang melanda aku kene teguh dengan akar yang ada.

Memang dunia ini kejam, semakin canggih teknologi semakin manusia hilang akal untuk menerobos ke dunia yang dikatanya tanpa sempadan. Tapi  tahukah anda semakin moden dunia ini semakin hilang adab dan jati diri.

Kalau ikutkan hati, terlalu banyak yang aku hendak luahkan disini. Semakin banyak yang aku hendak luahkan semakin berat jari-jari ni untuk menaip. Terlalu banyak luka yang aku hadapi sehingga aku hampir hilang. 

Alhamdulillah Allah masih sayang aku dan masih yang ada menyayangi aku. Apa pun yang berlaku biar Allah yang membalasnya. 

Walaupun blog ini semakin tua selari dengan usiaku tapi aku lebih selesa dengan blog ini dari membuat blog yang lain. Sebenarnya banyak yang tersirat di dalam blog ini. Blog ini aku jadikan kenangan untuk diri ku jika suatu hari nanti aku tiada lagi di dunia ini, biarla blog ni ada selagi tidak dipadam oleh teknologi............


No comments:

Post a Comment