Tuesday, April 24, 2012

Pembedahan CAPSO

Dah 2 kali tertangguh untuk aku membuat pembedahan. Maksudnya dah 2 kali hari jumaat tertangguh.. Jadi bila untuk kali ketiga dan pembedahan ku jatuh pada hari Jumaat juga ...aku memberitahu kepada Doktor yang akan membedahku ...harap-harap tidahk ditangguhkan...

Pada kali pertama masuk hospital dan pada pagi jumaat  aku telah siap dengan baju putih untuk menunggu kebilik bedah...masa tu ..degupan jantung tak tentu arah...berdegup kencang sepanjang masa ...jam bergerak dari satu jam ke satu jam sehingga pukul 3.00 petang aku dimaklumkan pembedahan ku ditanguhkan 2 minggu lagi.... waaa rasa nak menangis kerana Allah saja yang tahu penanti ku adalah satu penyiksaan tapi aku redha kerana apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya....pada masa tu tetiba perut ku rasa amat lapar..yelah puasa tak berniat. Tanganku dicucuk jarum untuk laluan air untuk masuk ketubuhku....diam tak diam dah 2 botol air masuk ketubuh....Lepas makan aku pun keluar dari hospital walaupun lega tapi aku akan menanti masa untuk pembedahan  juga...

Dalam masa 2 minggu itu fikiranku bercelaru semua kerja dipejabat jadi tak tentu arah... macam macam yang  aku rasa resah, takut dan bercampur baur perasaan ku ini... 2 mingu kemudian....aku dimasukkan semula kehospital untuk kali kedua....pada masa itu aku dimaklumkan doktor bius yang aku mahukan tidak akan berada semasa pembedahanku dijalankan...ditukar kepada Doktor Siti...Walaupun aku tahu Doktor Siti itu juga adalah pakar bius tetapi hati ku ini tetap mahukan Doktor Anuar yang membius aku...tapi yelah aku bukan boleh memilih Dortor apa yang aku mahukan...kerana pembedahan kali pertamaku telah ditanguhkan .....masa itu memang Doktor Anuar yang akan membius aku....Bukan apa sepanjang aku menjejakkan kaki di Klinik Bius, aku di beri perkhidmatan nasihat dan penerangan oleh Doktor Anuar, Aku dimaklumkan bahawa Doktor Anuar adalah Ketua Pakar Bius, aku diminta untuk berjumpa dengan dia....pada kali pertama membuatkan aku dan suami berasa amat berdebar...

Semasa Doktor anuar memberi penerangan lidahku amat kelu untuk bertanya sedangkan aku nie adalah orang yang paling kuat bertanya kalau jumpa doktor...hehehe bukan apa bila pakar dah bercakap aku rasa yakin dengan peneranganya itu walaupun masa tu aku berfikir serius sangat ke sakit aku nie...kenapa sampai  nak jumpa ketua pakar??? tak cukup ke kalau jumpa doktor pakar je???? Tapi bila dah jumpa Doktor Anuar dan beliau meminta aku membuat segala ujian termasuk CT Scan ..dan berjumpa dengan beliau 2 minggu lagi ....selepas semua urusan ujian dijalankan aku berjumpa semula dengan Doktor Anuar...temujanji antara aku dan doktor jam 9.30 pagi tapi kerana ada kes kecemasana di ICU, temujanji telah bertukar jam 10.30 pagi.. tak pelah biar aku tunggu doktor tu... tepat jam 10.30 pagi Doktor Anuar tiba di Klinik Bius...pada mulanya aku ingat beliau memang bertugas diklinik tersebut...rupanya beliau datang ke klinik tersebut semata-mata temujanji dengan aku...lagi lah rasa cemas...dah lah minta buat pelbagai ujian...lepas tu aku jadi pesakit yang tak sama dengan orang lain...

Lain-lain pesakit jumpa pakar yang sediaada di klinik bius tersebut....setelah dilihat segala ujian yang telah dijalankan Doktor menyatakan kemungkinan aku akan dibius secara fiber optik atau bius penuh biasa...Penerangan demi penerangan aku dengar dengan teliti...apa pun keputusan aku terima dan akan membantu untuk memudahkan pembedahan dilaksanakan...Pada masa itu Doktor Anuar memberitahu bahawa jangan risau dan beliau akan berada semasa aku membuat pembedahan....Aku rasa yakin dengan nasihat dan penerangan doktor...

Kali kedua masuk ke hospital......
Aku dimaklumkan...aku adalah orang ke 3 untuk pembedahan pada hari tersebut...seperti sebelum ini aku telah memakai baju putih untuk pembedahan....tunggu dan terus menunggu dan bila jam telah ke pukul 11.36 pagi  aku diminta bersedia...masa tu aku rasa aku tak bersedia langsung..Masa tu tetiba rasa nak menangis...memang menangis pun sepanjang aku tilolak ke dewan bedah... takut sangat ...samapai kat dewan bedah aku dah terpisah dari suamiku...rasa sedihnya....dahlah sejuk... tunggu punya tunggu punya tunggu sehingga aku tertidur didewan bedah yang sejuk itu... tetiba aku terkejut jerana ada kes kecemasan yang perlu dibuat pembedahan segera...tetiba Doktor datang kepada ku dan memaklumkan pembedahan aku ditangguhkan....masa tu aku lihat jam dah pukul 2.00 petang....aku amat terkejut dan hanya mendiamka diri....tapi aku tahu kenapa aku tidaka dibedah kerana perkara lain...aku redha..... dengan apa yang berlaku...aku sedikit pun tak marah ...cuma perasaan aku je yang tak tentu arah...petang tu aku keluar wad semula...emmm 2 botol air lagi dah masuk dalam badan...dalam masa tu...berat badanku dah naik 2 kilo..tak sangka ...pulak orang susah hati turun berat badan nie..susah hati naik berat badan ...mungkin ke sebab air dah masuk 4 botol dalam badan aku nie hehehe....

Untuk menanti 2 minggu di masukkan semula ke hospital kali ketiga.... aku meneruskan kerja-kerja ku...walaupun kurang fokus tapi aku perlu selesaikan kerja-kerja ku...waaaaaaaaa.....semua keluargaku bertanya tak pernah sampai 2 kali tertangguh.Penat nak jawab....

Pada 12 April 2012 aku dimasukkan k ehospital semula untuk kali ketiga hehehe....masa nie dah tak de perasaan.... masa jumpa Doktor Iszuari ( Doktor yang akan membedahku) aku memberitahu kali nie doktor jangan nak tanguh lagi...masa tu mulut aku nie macam mak nenek...doktor senyum je ...dan beliau memaklumkan bahawa pakcik yang membuat pembedahan lama sebelum ini telah meninggal dunia...masa tu tetiba je aku rasa terkedu, masa nenunggu untuk masuk ke wad .. aku dan suami leka dengan melayari internet masing-masing  , tiba tiba kami di tegur dengan ucapan salam...bila kami mengankatm uka rupa-rupanya doktor Anuar...ia juga terperanjat apabila aku tangguh pembedahan...dia ingat pembedahanaku telah selamat...Masa tu aku berkata bahawa esok semasa aku menjalani pembedahan, boleh tak doktor berada disana...ia menyatakan Insyaallah dia akan ada dan akan membiusku...masa tu keyakinan ku datang semula...

Keesokannya 13 April 2012  lebih kurang jam 11.40 pg aku ditolak didewan bedah....Semasa menunggu didewan bedah...Doktor Anuar datang dan memberi penerangan apa yang akan berlaku selepas pembedahan dan ia menasihatkan aku tenang.Aku cuma anggukkan kepala.Penerangan Doktor Anuar jelas sekali. Apabila aku di tolak di bilik bedah ...ada seorang Doktor yang tak tahu apa namanya..telah bertanya sesuatu dan masa aku menjawab tiba-tiba aku berasa sebak sangat dan ia menyatakan semua itu adalah kehendak Allah...S.W.T...aku tahu dan redha..aku tak pernah menyalahkan sesiapa....kerana bagi aku apa yang terjadi telah ditentukan Allah...

Bila aku dibaringkan dikatil pembedahan, Dr Izsuari perkenalkan diri sebagai Doktor yang membedahku dan Doktor Anuar yang akan membiusku...Bila Doktor yang aku lupa apa namanya ...menyuruhku mengucap...dan masa tu aku dengar Doktor Anuar memberitahu ku bahawa  dia akan mula membiusku...bila ubat buis masuk ketubuhku melalui tangan aku tetus tidak sedarkan diri....Aku mula sedar bila aku Di PAKU....ICU...pembedahan ku selam 2 jam..tetapi aku tidak sedarkan diri selama 4 jam...bila aku sedar aku terasa tidak selesa dan aku tak tahu kenapa tindakan refleks untuk mencabut salur pernafasanku..tiba-tiba aku terdengar ada orang yang memegang tanganku dan memberitahu jangan mencabut salur tersebut....tiba-tiba aku teringat segala pesanan Doktor Anuar...Satu persatu nasihat darinya aku terasa seperti dia ada berada dekat dengan ku...aku ikut segala pesanannya dan alhamdulillah aku tidak meronta dan aku rasa tenang bernafas menggunakan salur tersebut....lebih kurang jam 6  petang salur tersebut dicabut darimulutku dan aku lebih kurang jam 6.45petang akui dimasukkan ke wad...Alhamdulillah semuanya selamat....

Hari hari yang aku lalui selepas pe,mbedahan amat memeritkan...tekak dan lelangitku terasa amat sakit....sehingga nak telan air luir pun sakit....aku berada di wad selama 8 hari...Setiap hari Pakar bedah datang melihat keadaanku...termasuk Dr.Iszuari dan dolktor vijay yang kuat bercakap hehehe.Doktor ISzuari pendiam dan tersenyum je..oleh kerana dia yang bedah aku,...setiap hari aku membuka muliutku untuk dilihat oleh beliau...Aku lebih yakin...dia yang lihat dari Doktor biasa kerana dia yang bedah jadi dia yang tahu apa yang berlaku dalam mulut ini ...aku sendiri tak tahu apa dah jadi....Walaupun sakit aku disuruh untuk makan agar cepat sembuh...Aku pobia untuk bercakap dan makan....sekingga hari ini aku rasa masih susah untuk menelan makanan walupuin dah 13 hari berlalu.

Aku besrsyukur kerana aku selamat dalam pembedahan ini...aku berterima kasih pada doktor..Aku dimaklumkan lepas nie ada tindakan susulan yang aku perlu lakukan semula untuk memastikan pembedahan ku ini benar-benar berkesan... dalam masa 13 har ini aku telah turun berat badan sebanyak 8 kilo...huhuhuh...




Friday, April 6, 2012

Antara Ibu Dan Bibik

Tadi masa berbual dengan bos, dia ada menceritakan pengalaman dia yang mempunyai bibik...aku  hanya mendengar sahaja ...yelah aku tak ada pengalaman hidup bersama bibik tapi apa pun zaman sekarang macam-macam cerita mengenai bibik yang aku dengar dan aku lihat..

Jika dulu semua kerja rumah dibuat oleh ibu, ibu membasuh,ibu memasak, ibu menjahit dan semuanya ibu yang buat..tapi sekarang semua bibik yang buat. bibik membasuh, bibik memasak, anak tido dengan bibik dan semuanya bibik..sehingga anak-anak zaman sekarang lebih betah memanggil bibik dari ibu sendiri.

Bila lihat dalam TV, cerita melayu zaman sekarang kebanyakannya ada watak bibik... bibik memain peranan penting dalam rumahtangga. Yelah ....taraf hidup semakin maju dan meningkat dan bibik bukan dianggap sesuatu kemewahan tetapi sesuatu keperluan.

Kebanyakan pasangan zaman sekarang adalah bekerja, meninggalkan anak di taska dan yang berkemampuan akan mengambil bibik untuk mengasuh dan menjalankan tugas dirumah. Bila aku teringat semula.. pada awal perkembangan anakku untuk membesar, anak-anakku suka bila ada bibik yang melayan mereka tetapi bila mereka telah pandai membaca dan mula memahami rentak kehidupan, mereka mula takut dan tidak mahu dijaga oleh bibik...

Ini semua berlaku apabila bibik yang pada awalnya bekerja untuk mencari rezeki tetapi niat itu telah terpesong dek kerana kawan-kawan dan mereka ingin bebas umpama burung diangkasa. Memang bekerja sebagai bibik, hidupnya tidak bebas dan mereka sentiasa dikawal....tetapi jika tidak dikawal mereka ini juga akan menjadi lupa daratan.

Tetapi bila dilihat dari sudut lain pula hubungan bibik dan anak-anak majikan adalah rapat. Itu semua bergantung kepada keikhlasan bibik tersebut bekerja.. Jika bibik sayang pada kanak-kanak, kanak-kanak juga akan sayang pada mereka..

Bila semua bibik yang buat, nama bibik sentiasa melekat dihati dan bibir anak-anak, tapi tahukah kita kekadang si ibu terasa sedih dalam diam kerana bibik berada tangga teratas dihati anak-anaka sendiri. Mereka lebih selesa bibik yang menguruskan mereka dari ibu sendiri. Mereka rasa selamat berada dengan bibik berbanding ibu sendiri. tapi patut ke kita nak marah bibik kalau perkara sebegini berlaku? Tidak adil..untuk memarahi bibik dan sepatutnya kena berterima kasih kerana menjaga anak kita dengan sebaik mungkin.

Itu semua salah kita, bila balik kerja dah penat, semua keperluan anak kita minta bibik uruskan. Bila anak merengek nak tidur dan kita sibuk dengan kerja kita, kita minta bibik tidurkan anak kita. Bila difikir semula kesian pada anak-anak itu, kerana mereka ketandusan kasih sayang ibu dan bapa sendiri maka mereka beralih arah untuk menyayangi orang luar yang tidak dikenali iaitu bibik....

ala..dah mengantuk nak tido dulu nantisambung k...




Lamanya Tak Menulis...

Rasa lama sangat aku tak menulis...rasa rindu pada blog sendiri tapi kekangan masa yang terlalu padat dengan tugasan dan kehidupan harian membuatkan aku tersepit sendiri.

Tiada yang pelik dalam dunia ini...semua yang berlaku mungkin ada sebabnya cuma aku sendiri sahaja yang tak tahu.. hari ini aku rasa sedikit gembira..aku sendiri tak tahu kenapa ..tapi ok kot sebab tiap -tiap hari aku akan rasa kusut je...Walaupun aku sedang meniti hari untuk dibedah tetapi kali ini aku rasa tenang tak macam hari tu gelabah tak tentu pasal...heheheeh....yelah tak ada siapa pun yang tak takut bila dibedah...luka kat jari sedikit pun dah mengaduh...inikan pula nak buat pembedahan..Insyaallah aaku akan membuat pembedahan pada 13 April 2012. Aku berharap semuanya berjalan dengan lancar..

Bila hati rasa tenang...mood nak menulis pun mula datang...tapi bila kusut memanjang nak tengok blog sendiri pun tak ada perasaan.

Ok lah nanti sambung lain kali.