Wednesday, December 14, 2011

Adakala Sepi Itu Indah Tapi Aku Rasa Sunyi...

Sepi sungguh hidupku...
Tiada tawamu..
Tiada usikan mu
Tiada renunganmu...

Aku...
Kau mengajarku...fikir dan terus berfikir
Aku bagaikan layang-layang dan kau bagaikan pengemudinya...
Bila aku hampir terlepas kau..akan menarikku...
Aku akur dan aku berterima kasih padamu...

Tapi aku rasa sunyi ...
Tak tau kenapa
Hanya senyuman yang kau beri...
Hanya pandangan mata yang aku tak faham maknanya

Aku tak harapkan apa-apa
Cuma apa yang aku nampak..
Apa yang kau nampak
Apa yang aku rasa
Apa yang kau rasa
Walaupun 2 hati dan 2 jiwa
Tapi aku faham dan aku tahu
Apa yang berlaku...

Membina Kebahagian daripada Kedukaan Orang Lain

Semua didalam dunia ini inginkan kebahagiaan..tapi kekadang ada yang lupa kebahagian yang dicari dengan mendukakan orang lain....

Tak kisah atau saja buat tak kisah hanya diri dia sahaja yang tahu...atau yang penting aku dapat apa yang aku nak atau...aku terpaksa kerana untuk diriku...???? Entahlah...semua itu...tertakluk pada diri seseorang itu sendiri...

Aku tak minta simpati cuma apa yang aku nak ..berpijaklah dibumi nyata...
Ketahuilah bumi ini bulat dan sentiasa berputar walaupun perlahan..sehingga kita semua tidak sedar akan pusingan itu...

Tuhan maha adil cuma aku harus sabar dan terus bersabar....
Telah puas aku leraikan resahku dilautan ..puas air mataku jatuh kebumi tapi kegilaan semakin menjadi-jadi..
Gigil diriku menahan sabar...sehingga adakala aku terasa tidak mampu ...

Ya Alah..berilah aku kekuatan untuk aku terus bersabar....





OST Ombak Rindu - Hafiz & Adira



..Hidup ini bagaikan layang-layang..
bila angin membadai,
ia terus terbang mencecah awan..
namun bila talinya terputus
ia hanyut dibawa angin
menyerah kepada takdir
terdampar di badai OMBAK RINDU...


REDHA itu IKHLAS
RASRAH itu MENYERAH...

Ombak Rindu


 






 
Lirik Lagu Ombak Rindu
–Hafiz/Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

 
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

 
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku




Sinopsis Filem Ombak Rindu :


Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.