Friday, February 12, 2010

Aku menghitung hari.....

Hari ini datang kerja sedih amat sangat...tapiaku kene teruskan kerja-kerja aku...almaklumlah esok dah mula cuti panjang......

3 hari lepas aku pergi klinik....bila aku membuat ultrasound...doktor menjangkakan aku akan melahirkan anakku pada 28 Mac 2010...Aku terkejut kerana sangkaan aku anakku akan lahir pada 9 April 2010....Emmmmm..ini kerana aku belum membuat apa-apa persediaan lagi untuk menyambut kelahiran anakku ini.....Biasanya aku akan bersalin awal dari jangkaan tarikh doktor...itu yang membuat aku risau.....

Apa lagi.....dah 2 hari nie aku rasa penat sebab balik kerja terus shopping barang untuk anak dalam kandunganku ini....ini pun ada yang tak siap lagi....petang nie balik nak beli kain untuk membuat....balutan bakul pampers, tong sampah dan tempat letak ubat.....

Memang dah menjadi kewajipan aku setiap anak yang lahir akan aku buat yang baru....Dulu yang pertama warna peach, yang kedua warna merah dan yang ketiga warna purple.... itu termasuk dengan kelambu berbunga dan selipar yang yang di tambah bunga untuk cantik.....heheheh...aku gak yang pakai sebenarnya bukan orang lain.....

Tapi bila aku fikir semula.....persediaan macam nak kawinkan anak......tapi itu semua untuk keselesaan dan kepuasan aku....Anak yang bakal dilahirkan ini jarak dengan anak yang kedua adalah 3 tahun lebih...jadi semua barang kakak dia aku dah sedekah kat orang ....satu pun tak tinggal..jadi aku kene beli semuanyabaru....tak pelah setiap anak ada rezekinya masing-masing....

Emmmmmmmmm....hujung bulan nie nak balik ke singapore ....takut tak lepas je...harap tak ada apa yang berlaku......Siti kahwin.....barang hantaran dia ada yang tak siap....nak beli bunga lagi pun masih tak sempat...tengok lah hujung minggu nie ke.....dah siap semua senang hati aku....

Semoga aku melahirkan anak dengan selamat.....Amin

Kursus Internet Marketing

Semalam ...aku pi kursus Internet Marketing anjuran K-Ekonomi.....5 Orang pegawai yang terlibat dalam kursus tersebut, termasuk aku....

Iyelah sekarang nie kan semua pakai internet ...untuk pemasaran ...dan kursus semalam mengajar cara-cara bagaimana nak pasarkan barang atau perkhidmatan yang ada didalam internet.....best gak..tapi kursus tu lebih kepada ceramah  dan akan jadi lebih best lagi kalau di buat dalam bentuk bengkel dan mengajar kami semua....cara buat E-book ke ....

Tapi apa-apa pun aku dapat gak tau pengalaman orang yang berjaya kerana internet...dari suka-suka dan sekarang berjaya...Aku tertarik dengan JUTAWANEMAS....walaupun ringkas tapi flow kejayaanya nampak....

Yelah...tapi kita mesti ingat apa pun yang kita lakukan bukan terus berjaya...ada jatuh bangunnya yang penting kita minat dan tidak putus asa ......

Kepada sesiapa sahaja yang berminat menjalankan perniagaan internet atau apa jua perniagaan ...mesti bersabar kerana tak semestinya sekali jual terus dapat untung... yang penting sabar dan bertawakal....

Suara Rindu

Suatu yang indah ceritanya bermula semalam
Andainya dapat kurasa selamanya
Tetapi kutahu tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Kuteruskan hidup hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita kutanggung sendiri
Apa yang tinggal hanyalah doaku padaMu tuhan
pasrahku hanya KAMU yang menentukan

Pun, tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi tinggal ku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah...aku

Semoga suatu hari nanti dapat kutemui
penawar dukaku yang berdarah luka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya..
Lagu nie tangkap lentok....walaupun dah lama Cerita balqis dah lama habis.....