Tuesday, September 15, 2009

Hujung Minggu di rumah nenek...Singapore

Pada 12 september yang lalu aku dan keluarga ku balik ke singapore...untuk melawat nenek....Al Maklumlah raya pada tahun ini aku balik  lewat ...tidak seperti kebiasaaanya...

Pada tahun ini adalah tahun pertama aku dan keluargaku berhari raya tanpa ayah yang disayangi...sedih sangat....masa bulan puasa nie pun amat -amat terasa kesunyiannya....

Tapi walaubagaimanapun kami sekeluarga perlu meneruskan hidup tanpa ayah yang disayangi...

Kebiasaannya bila balik ke singapura ...kami sekeluarga akan sama-sama mengemas rumah dan yang paling best ...pergi ke bazar Gelang Serai....adakalanya sehingga ke dinihari....dihari raya...kerana dihari terakhir ...harga barang akan turun mendadak....

Pada minggu lalu aku tidak ke bazar gelang serai....aku tak larat jalan jauh....suamiku,mak dan mak sedaraku pergi untuk mencari baju raya...dan mencuci mata hehehe...

Masa kat sana sempat gak tolong buat kuih...

Nama kuih nie kuih gajus...emmmmmmm sedap...

Ini lah  tuan punya kuih... mak cik ida...memang pandai buat kuh dan kek

Gelagat sepupu-sepupu dan anak ku....sepupu aku nie ramai yang masih kecik-kecik...

Mira dan Izzah ....dua-dua angah...tarikh lahir pun sama...8 Mac....sebab tu dia dua orang tu rapat sangat..

Permandangan dari rumah nenek..tingkat 15..

Ini pulak kuih tat...yummmm...yummmm sedapnye

Apa-apa pun aku ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada sesiapa yang mengenal diri ini

Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim..

Pada 28 Ogos  yang lalu aku telah berbuka puasa bersama dengan anak yatim....di Restoran Tomyam Klasik..

Aku adalah salah seorang daripada ahlijawatankuasa Biro Wanita Dunia Melayu Dunia Islam dan aktiviti ini adalah salah satu aktiviti rutin Biro kami...Alhamdulillah kami dapat pelbagai sumbangan dari pelbagai syarikat seperti: Bernas, Yayasan Taqwa WIlayah Persekutuan,PERPUSTAM,PUTRA Hospital, PKNM, Menara Taming Sari, A Famosa Resort, Restoran Tomyam Klasik, Restoran Subaidah, DMDI dan sumbangan orang perseorangan.

Seramai 60 orang anak yatim negeri Melaka.. dijemput untuk diraikan...Pada malam itu seramai 130 orang yang hadir pada majlis tersebut....Walaupun sederhana tapi terpancar kegembiraan di wajah-anak amak yatim tersebut....

Pada malam itu ..aku bawak kamera tapi tak sempat nak ambil kerana sibuk melayan anak-anak yatim yang hendak berbuka dan membantu menjayakan majlis tersebut....

Apa-apa pun ...kalau ada kelapangan gambar akan di upload kemudian....dan terima kasih kepada  jawatankuasa dan penyumbanga yang telah menjayakan majlis tersebut semoga Allah membalas jasa baik anda semua...AMIN......

Salam Ramadhan



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 

Semoga semuanya berjalan lancar dan di berkati Allah S.W.T

AMIN