Friday, January 17, 2014

Penyakit

Penyakit yang diterima adalah satu anugerah yang kita sendiri tidak tahu apa sebab musababnya...Kemungkinan  penyakit yang diterima oleh kita ada hikmahnya..tapi jangan lah sembuatkan rasa sedih kepada pesakit kerana penyakit yang ada bukanlah satu kehendak...Ia adalah takdir untuk diri seseorang.

Tak salah mengatakan penyakit yang menimpa seseorang itu mungkin bersebab...mungkin untuk mengingatkan kita  tapi janganlah mengata penyakit yang diterima itu adalah kerana diri kita yang mempunyai  hasat dengki atau pun seumpamanya....

Mungkin benar apa yang diperkata kan dan mungkin juga tidak benar....tak semua manusia sebegitu. jangan melabelkan semua orang adalah sama... kerana Allah yang maha sempurna juga  menjadikan manusia itu berbeza-beza.  Lagi-lagi  pesakit macam saya kerana penyakit yang diterima, diterima dengan rasa redha.

Hari ini dipenghujung hari, aku amat -amat rasa sedih. Bukan kerana tugasan harian ku tapi kata-kata  manusia membuatkan aku rasa terkilan. Dan juga hari ini ada juga manusia yang cuba mencari silapku. Apapun aku redha. Terima kasih Allah s.w.t kerana melindungi diriku dari umpatan dan kejian....

Thursday, January 16, 2014

Cinta ..Kasih..Dan Sayang

Menyebut kalimat kasih dan sayang mewujudkan suasana damai dan bahagia. Kalimat itu sering dirangkaikan dengan perkataan cinta, maka jadilah cinta kasih sayang. kasih dan sayang adalah satu perasaan. Hanya menyebut perkataan kasih dan sayang belum memberi apa-apa erti kerana hakikat kasih dan sayang terletak dihati ...bukan dibibir.

Terdapat banyak madah yang digubah dan disusun untuk menyatakan kasih dan sayang, namun  belum tentu apa yang digubah dan ditulis benar-benar mengambarkan perasaan yang murni terhadap orang yang dikasihi dan disayangi.

dalam cerita, sejarah dan pengalaman yang pernah ditempuhi membuktikan bahawa ramai orang kecewa dalam berkasih. Ada kata pepatah yang mengatakan " Lidah Manusia Tidak Bertulang" Lidah boleh memainkan sebarang kata-kata mengikut niat dan tujuan. manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata yang mempersonakan sehingga adakala terlupa dengan pesanan" Dalam Laut Dapat Diduga, dalam hati siapa tahu".

Dalam kamus, perkataan kasih diertikan  sebagai perasaan sayang atau cinta. Perkataan sayang pula membawa erti mengasihi dan  mencintai. Walau bagaimanapun, tidak dapat dihuraikan dengan jelas perkataan  mana yang mempunyai nilai tinggi dari perasaan. namun..kebiasaannya  perasaan kasih lebih berbekas dijiwa.
 



Wednesday, January 15, 2014

Bukan Hipokrit

Apa yang berlaku ada sebabnya ...dalam dunia ini..bukan semua akan memahami kita. Apa yang kita fikir memang tak sama dengan orang lain dan atas sebab itu...kita sepatutnya  memahami walaupun tidak merasai...

Sedih yang teramat .... baik bukan bermakna tidak ada rasa.... kerana apa pun yang berlaku biar disimpan dalam hati yang paling dalam...dengan sebab itu bila ada rasa...memerlukan masa untuk bertenang..berfikir..dan muhasabah diri...bila semua itu telah reda dan dapat menerima...hiduplah seperti biasa...

Dengan adanya " tempoh bertenang"  berfikirlah ...hilangkan rasa benci..rasa marah...rasa tidak puas hati..dan pupuklah rasa sayang ..agar hidup kita akan tenteram...

Bohonglah kalau tak ada sekelumit rasa benci dan rasa marah kerana saya juga manusia..tapi...sebagai manusia juga kita boleh memujuk hati sendiri. Apa-apa pun tertakluk pada HATI....walaupun hati kecil didalam tubuh tapi HATI mampu mengawal segalanya tubuh dan akal manusia.

Lagi-lagi bila  ..maaf telah dipinta..maafkanlah ..Maaf bukan bermaksud mengalah. Bila disebut umpama HIPOKRIT... amat terasa hati nie..tapi masih boleh mengukir senyum kan...

Untuk mermasam muka...bergaduh...tak tegur sapa amat mudah tapi untuk memupuk Siratulrahim amat payah...biar HATI ini menyimpan segalanya....

Profesional ?? terpulang pada intepretasi seseorang walau seprofesional mana pun ....manusia tetap manusia..adakala perasaan akan mempegaruhi kita tanpa sedar...

Takkan faham apa yang saya rasa ...apa yang saya hadapi...jangan mengandaikan siapa saya...kalau benar dan mengetahui mengapa ...

Kehidupan kita tidak sama cara kita dibesarkan juga tidak sama dan oleh itu cara pemikiran juga tidak sama....

Monday, December 30, 2013

Kehilangan - Firman


Selamat Tinggal 2013 - Selamat Datang 2014

Di penghujung tahun 2013, semakin ditinggalkan.. perlu dilunaskan apa yang belum dilaksanakan..selagi mampu..kerana masa tak pernah untuk menunggu kita..Walaupun payah walaupun susah tahun akan terus berganti ....

Kita sebagai manusia hanya boleh merancang serapi-rapinya tapi hanya Allah S.W.T yang menentukan segalanya..kita hanya boleh berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal...serta redha...dengan ketentuan yang ditakdirkan...

Tahun 2013... suka dan duka dilalui dan tahun 2014 yang akan mendatang tak tau apa yang bakal menempuh...Kita hanya boleh merancang sebaik mungkin dan lakarkan apa yang dirancang diatas kertas dan minda mengikut kehendak kita ..tapi kita masih tidak tahu takdir kita...

Sentiasa berdoa agar dimasa-masa yang akan datang di beri seperti yang dirancang...Aminn

 
SELAMAT  TAHUN BARU  2014

Disleksia ... Perlu Diketahui

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-ciri penghidapnya

  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.