Terdapat banyak madah yang digubah dan disusun untuk menyatakan kasih dan sayang, namun belum tentu apa yang digubah dan ditulis benar-benar mengambarkan perasaan yang murni terhadap orang yang dikasihi dan disayangi.
dalam cerita, sejarah dan pengalaman yang pernah ditempuhi membuktikan bahawa ramai orang kecewa dalam berkasih. Ada kata pepatah yang mengatakan " Lidah Manusia Tidak Bertulang" Lidah boleh memainkan sebarang kata-kata mengikut niat dan tujuan. manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata yang mempersonakan sehingga adakala terlupa dengan pesanan" Dalam Laut Dapat Diduga, dalam hati siapa tahu".
Dalam kamus, perkataan kasih diertikan sebagai perasaan sayang atau cinta. Perkataan sayang pula membawa erti mengasihi dan mencintai. Walau bagaimanapun, tidak dapat dihuraikan dengan jelas perkataan mana yang mempunyai nilai tinggi dari perasaan. namun..kebiasaannya perasaan kasih lebih berbekas dijiwa.
No comments:
Post a Comment