Aku adalah seorang yang suka mencuba sesuatu masakan tapi dengan syarat mesti senang tapi SEDAP... Mengimbau kenangan masa dulu..aku mula memasak lauk kari Ayam tanpa bantuan sesiapa semasa aku berumur 12 tahun..itu pun sebab ada orang datang rumah dan emak pada ketika itu demam dan tidak boleh bangun. Alhamdulillah kari ayam aku menjadi dan dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
Keluarga disekelilingku memang pandai memasak..ada yang pandai buat kek, ada yang pandai buat roti, pandai buat masak masakan melayu dan western, kuih muih tradisional dan macam -macam lagi. Bila aku meningkat dewasa aku suka mencuba sesuatu masakan dan bila masakan aku digemari oleh anak-anak aku menjadi suka untuk terus mencuba.
Berbalik kepada Chef Izyan Hani... semasa di Pesta Buku Melaka 2013 aku dapat merasa Carrot Cupcake air tangan Chef Izyan, memang sedap dan aku juga telah mencuba membuatnya...yammy....dan semenjak itu aku mengikuti perkembangan beliau dan banyak tip yang aku perolehi yang boleh digunakan semasa aku membuat kek.
Dan ini adalah buku keluaran sulung dan edisi pertama yang aku beli secara online dari Chef Izyan...
So Cute : Namaku tertera di situ dengan tulisan tangan Chef Izyan ....
Suka sangat dengan tajuk resepi ini : Lasagne PERPUSTAKAAN..... bukan apa sebab aku bekerja di Perpustakaan..tu yang rasa bangga ada resepi sebegini hehehe....
No comments:
Post a Comment